Ini Wilayah Hijau: Kau ni asyik MC jer…


17 April 2013

Kau ni asyik MC jer…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Yer, hany MC lagi. kali ni dapat 2hari MC. so gunakan mc dengan sebaeknya,rehat kasi cukup yer hany.

Isnin pagi, so far tak ada rasa apa pun,macam biasa jer,cuma tekak macam tak sedap dan ada batuk sikit. petangnya hany ada buat HSG, test tiub di KPJ Damansara. malas nak terangkan lebih lanjut HSG ni. So far, masa buat hsg ni tak ada rasa apa lagi,tapi on da way balik tu, start rasa sakit bahagian bawah, rasa macam krem gitu.ntah tak tahu nak describe dengan betul apa rasanya.

Balik rumah, dah rasa badan macam panas sangat. masa mandi tu,giler la terketar ketar. pegang tiub getah pun boleh nampak tangan ketar ketar. sejuk bukan main rasa air tu. lepas solat maghrib, terus berselimut siap berstoking bagai. kipas buka 2 je, selalunya 3pun panas lagi. suara lemah je mengadu dengan suami tak larat, penat…ahaha siot manja bebenor!

Perot masih sakit, sesekali batuk, rasa macam nak terkeluar je usus.ahaha boleh pulak rasa macam tu kan. Panadol tak de, kalau ada pun memang nak kena elakkan ambil panadol. so minta husband keluar belikan 100plus. sebelum tidur minum 100plus 3gelas. tidur rasa macam dalam aircond bukak 16.sejukkkkk.

Bangun pagi selasa, panas dah kurang alhamdulillah,tapi pening kepala + batuk sikit. Pagi ada appoinment di Azzahra bangi, pergi buat checkup blablabla…bagithau la doctor sakit buat HSG semalam masih terasa. doc cakap memang akan rasa maybe 2,3 hari lagi.then kena check saiz telur.hwaaaa kena masukkan rod lagi dalam tuttttt….huuuuu sakit lagi. doc cakap macam berdarah sikit, takpe dia bagi antibiotik and MC 2hari,rehat katanya.

Okaylah, rehat betul betul yer hany. memang acap jugak la hany MC.habis memang sakit kan nak buat macam mana, bukan ku pinta…tapi tu lah terfikir jugak nak kena ambil supplement ni. dah makin berumur, badan tak kuat sangat dah sekarang kan. tapiii, tu lah kalau boleh taknak ambil sebarangan sebab hany sekarang tengah treatment untuk pregnant, kalau boleh taknak la campur yang bukan bukan ni…

so far blood pressure tak tinggi 137/74. dan berat hany turun 2kg compare dgn bulan february. hehehe sebulan turun 1kg. okaylah tu kan ;)

Komen
11 Komen

11 comments:

littlehumblelynn said...

Result HSG dah kuar belum hany?
Hopefully-smooth journey utk hany
Take care dik

Rohani Hashim said...

Dah kluar kaklyn,alhamdulillah normal. Tq kaklyn. Aamiin

Mrs Velentine said...

semoga cepat sembuh hany

Kella said...

Hanny dah buat HSG jugak ya??
ni demam sebab HSG ke hanny..? semoga cepat sembuh tau.. kita pun alhamdulillah normal masa HSG hari tu.. sekarang dok check mengecheck telur gak nih.. hummm takpe.. yang penting kita usaha ya hanny!! =)

Tihara said...

insha Allah moga dimudahkan segalanya..amin :)

Rohani Hashim said...

Mv,trima kasih. Aamiin

Rohani Hashim said...

A'ah mas,br lps buatla. Ntah tiba2 bdn panas semcm je. Ahaha trkejut agaknya. Haishhh manja kan. Yer mas kita usaha ok. Chaiyok haiyok!

Rohani Hashim said...

Tihara,terima kasih. Aamiin

Chic Na said...

kiranya sakit sbb rawatan HSG tu ya. apepun take care ye hany.

Cik Nur™ said...

Rhat secukupnya Hany..
Time buat HSG tu tak rasa ape eh..
lepas tu pula rasa sakit...

apapun, jaga diri...

syalinda johari said...

hani...takper, buat menda2 tu mmg akan kena mc punya, macam ada bos sorg kat sini..in shaa allahh... kembar 3...ko doa banyak2 okey... kami kawan2 ko mendoakan yang terbaik untuk ko...