• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Alhamdulillah selesai sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warga Malaysia. Siapa yang kita sokong, menang atau kalah, sudah diketahui keputusan nya. Pahat ada yang masih berbunyi kan. yang pasti sila jangan buat keadaan makin tegang.
Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza dalam PRU13 kali ni. dan semestinya hany pun sama, ada pengalaman sendiri. Yang mana hany adalah orang ke 2 terakhir mengundi. Alhamdulillah sempat mengundi walaupun mendapat sedikit kecelakaan semasa dalam perjalanan.
5mei, selepas suami mengundi di Kelantan, dalam jam12 bergerak menuju ke Terengganu. Perjalanan 3jam jika tidak jem, so dah plan akan jem, maka ada la lebihan masa 1jam lebih kan. maka sempatlah. tapiiii, dalam perjalanan terlibat dengan sikit kemalangan. Alhamdulillah, kami tak ada apa apa dan penunggan motor yang terlibat pun tak ada apa apa. tapi pungpangpungpang, delay jugak, jam 2 baru kami betul betul bertolak. Ya ALLAH, ngam ngam 3jam ni. mustahil untuk tidak jem kan. mesti akan jem.
Dalam hati tak henti henti baca Ayat Qursi, doa pada ALLAH semoga sempat untuk hany mengundi. dan juga doa semoga perjalanan selamat sampai. Suami pun hany rasa sama sebab nampak bibir dia macam terkumat kamit. Dia kalau boleh taknak hany terlepas dari mengundi. memecut memang memecut tapi laju mana sangat kan bawak kancil, dengan kereta bersusun kat jalan tu.
Tiba satu tempat, husband cakap “dari sini ke KT 1jam ni perjalanan”, hany tengok jam memang lagi 1jam sebelum jam 5. lagi la risau ni.dah fikir nanti sampai Batu6, mesti jem dekat bulatan batu 6, dengan ada trafik lite lagi. Dalam hati terus kan lagi berdoa, “Ya ALLAH, sempatkan la aku untuk mengundi, selamatkan perjalanan kami Ya ALLAH”. Husband dah start mengantuk, jalan pun banyak kenderaan. memotong mana yang boleh je lah.
Dah masuk kawasan batu 6 tu, hany terus pakai spek, keluarkan IC. ahaha padahal jauh jugak la Pulau Duyong dari Batu 6. Semangat ni. husband kejap kejap tengok jam. Jam kereta, jam HP, jam tangan husband semua masa berbeza.hahaha susah nak agak masa. radio pulak tak berapa clear. On FB semua dah up kan status sebentar lagi pusat akan ditutup bla bla bla…huiiii lagilah hati bergetar.
Husband cakap, ni kalau tak ada trafik lite ni sempat ni. tapi ada 3lagi trafik lite ni. Dalam hati, Ya ALLAH, sempatla aku nak mengundi…sempatlaaa. itu jerlah duk ulang dalam hati ni. sampai trafik lite, merah.tapi alhamdulillah kejap je, trafik lite ke2 dan ke3 pun merah, tapi dnegan kuasa ALLAH…kejap sangat merah lepas tu turn kitorang hijau.
Elok sampai depan Sekolah Kebangsaan Duyong, penuh orang berdiri di hadapan sekolah. semua menunggu masa tamat dan menunggu peti undi di bawa keluar. Ramai sangat…sempat la jeling antara mereka tu memang rakan seperjuangan masa sekolah rendah. Husband hentikan kereta depan pintu, hany keluar terus menuju pintu masuk sekolah. semua orang menjerit…Cepat cepat cepat…dah nak tutup. cepat cepat cepat!!! uisshhh lagi berdebar.siot betol la.
Petugas terus datang pada hany, junior sekolah hany.
petugas: Derah kak, nok tutup doh ni. (sambil brjalan seiring dgn hany)
hany: dang dok ni…dang ah ork
petugas: dang dang lagi ni.kak cek doh salurang aner?
hany: cek doh, salurang 4.
petugas: kak masuk teruh ah,dok ayoh cek la di kaunter. masuk lalu. (terus dia bawa ke bilik untuk buang undi)
Belakang hany ada sorang makcik disorong dengan kerusi roda. makcik tu sampai dulu,tapi sebab berkerusi roda, jadi dia lagi lambat.maybe makcik tu orang terakhir mengundi. Masuk bilik saluran 4, yang jaga bahagian cek ic, baru je bangun dan berjalan keluar ke pintu.hany masuk, dia terkejut…ada lagi…terus dia pun masuk cepat cepat. cek ic dan nama dalam senarai mengundi.
Petugas tengah baca nama dan nombor IC, yang calit dakwat terus panggil, tak payah tunggu habis baca la dia cakap. calit calit dan dapat la kertas undi. Ya ALLAH…sempat jugak aku mengundi.terima kasih ya ALLAH.sambil berjalan ke petak untuk undi. terketar ketar tangan ni, ahaha bukan sebab tak tahu nak undi mana,tapi sebab risau takot tak sempat.
Sempat snap kertas undi parlimen. masa ni semua petugas dah nak simpan semua dah, polis pun ada kat luar, so dapat la snap. kalau tak mahu kena marah ni
Masa masukkan kertas undi dalam peti undi masih lagi terketar ketar. Dah setel semua, bila keluar,junior hany masih menunggu. ok kak nasib baik dang kak. sambil berjalan keluar, sambil bersembang…sampai kat pintu pagar, dengar suara yang memekik tanya, DANG DOK? DANG DOK? hany angguk jer, tak tahu mana orang yang bertanya sebab ramai sangat.
ALhamdulillah, saya rohani hashim sempat untuk mengundi. Alhamdulillah ya ALLAH, dengan izinMU aku sempat mengundi, dengan izinMU kami selamat dalam perjalanan.
Kalau diikutkan memang tak semapt sebab masa yang ada memang betul betul 3jam. tapi yerlah dengan kuasa ALLAH, apa apa boleh jadi. Dan ingatlah DIA mampu mengubah apa saja. DIA yang mengaturkan apa jua di dunia ini. Kita sebagai hamba NYA, kembalilah pada DIA, yakinlah dengan DIA. sesungguhnya DIA lah penentu segalaanya…aamiin.
ha ha ha undi penentu okay!
Itulah sikit perkongsian mengenai PRU13. pasal keputusan hany taknak komen apa apa. pada yang dapat mandat, berusaha lah untuk tepati apa yang dijanjikan serta memperbaiki segala apa yang tidak elok…
Ingat, Yakinlah dengan ALLAH wahai sahabatku sekalian…aamiin.