Monday, December 24, 2012

Kata kata semangat buat si hijau…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

24-12-2012 13-27-35 Post di FB….

Bagi sikit kata kata semangat buat si hijau ni….

Friday, December 21, 2012

Domain free untuk anda…..

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Semalam masa duk blogwalking bagai, hany terdampar di sebuah blog ni, hehehe terdampar ok. ayatttt tak hengat you…!ada hadiah dan boleh dapat free domain. tapi domain adalah .my hehee okaylah kan .my pun .my lah. tapi domain ni, hany free untuk setahun sahaja lah. dannnn domain free ni hanya untuk 1500 yang terawal. setakat semalam hany register, dapat free lagi.

Katakan lepas ni nak renew, hanya bayar rm20 setahun sahaja. 

21-12-2012 16-29-43

Hany dah buat semalam, hany takde bayar apa apa, dan invoice yang dapat pun dah tertulis PAID.

21-12-2012 16-30-18

Tapiiii domain hany masih pending lagi status nya. Kena tunggu dalam 48jam untuk di proses atau di luluskan. hehehe tak apa lah tunggu saja….

okay, untuk tahu cara mendapatkan free domain ni, sila lah ke http://www.coklateyes.my . Untuk lebih spesifiknya, baca di entri ni yer…

 

http://www.coklateyes.my/2012/12/soalan-hantu-cara-dapatkan-hadiah-hebat.html

 

So, kalau nak tu, cepat cepat lah melawat blog coklateyes ni yer, dan baca langkah langkah dengan teliti ok. GOOD LUCK, and thank you COKLATEYES.

Wednesday, December 12, 2012

Dua hari punya makanan…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Minggu ni, Ofismate ada datang hantar barang, so hany jadik tourist guide la konon kan. Haruslah bawak makan tempat yang besh besh.hehehe tapi dorang dah ada senarai dorang sendiri kan.

1) Makan tengahari tak kesahla kat mana

2) Makang sotong, ikang, udang celup tepung

3) Minum air buah gelas besar

4) Pergi beli kopok lekor

Ha, itu senarainya, dorang sampai memang ngam ngam waktu lunch, so hany terus bawak pergi kedai nasi kukus Alias. Kedai ni banyak pilihan lauknya. tapi hany takde ambil apa apa gambar.

Then, petang nya lepas kerja hany bawak dorang makan celup celup tepung ni. kitorang pergi ke Pantai Teluk Ketapang, yang dekat dengan airport tu. kitorang makan di food court, nama kedai PAK ASIN. Kedai dia tengah jugak la. selalunya memang kedai dia ni jer yang ramai orang.

197986_565570386790788_1532459840_n Sotong RM5 1pinggan tuh

Malamnya bawak dorang minum di AIr Buah Gelas Besar, terletak di seberang takir or bukit tok beng. Memang tempat ni glemer la dengan air buah yang sodap, pekat liakt terasa buah nya.Kalau melalui jalan menuju ke Airport, kedai ni memang terletak di jalan menuju ke airport la. sori tiada gambar jugak, sebab malam tu hujan, malas nak amek gambar…

Keesokan nya, Breakfast kedai tepi UMT, kedai nia da nasi lemak, nasi dagang, nasi minyak, pulut kuning. so far makanan dia sedap ;). semua sedap aku nih.

12282_566522793362214_1312258597_n

Tengaharinya,Makan di kedai makan Cik Ta Itek Serati. ha ngko itek gituh. tapi hany tak makan itek lah.ehehehe takde gambar jugak. Petangnya lepas beli kopok lekor di Losong, ha kitorang suka beli kopok losong di kedai ADNAN. pergi jer ke kawasan losong tu, kawasan yang ada kopok lekor tuh, nanti carilah ADNAN kopok lekor tu.

Sebelum dorang gerak balik, dorang ajak minum, kitorang minum di gerai yang bawah jambatan tu, di pulau kambing. ahaha kedai nya sempoi jer, kalau tak biasa makan kat gerai jangan la pergi sini kan. kitorang makang Pulut Lepa, ketayap, roti nan. hehehe

544047_566099643404529_1989105862_n Pulut Lepa = Pulut Panggang

Lepas tu, malam nya hany makang rojak share dengan mak hany. ahaha makang lagik…

262613_566178600063300_1110881272_n rojak

haaaa begitulah hari makan makan ;)

Thursday, December 6, 2012

Antara Kegilaan & Kesukaan…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Ha, gila & suka. macam mana tu. hehehe jangan risau masih waras lagi ;) Nak bercerita pasal KEGILAAN. Rasanya tak sesuai kot perkataan KEGILAAN tu, tapi tak per lah taram saja.

1) CHAR KUEY TIAW

- Serius, rasanya memang hany agak gila, asyik nak makan CKT ajer. ada satu hari tu balik ke Equine sana, jumaat malam hany pergi makan CKT sorang sorang sebab MZ keje malam. Gasak la kan, sebab teringin sangat nak makan. Lepas tu sabtunya, MZ berpuasa kalau tak silap. Dia malas nak fikir makan kat mana….hany ajak pergi makan CKT lagi. ahaha hany boleh tak cukup 1pinggan ok. MZ yang berpuasa steady je makan. last last hany order 1pinggan lagi…Niat hanti nak makan sorang sorang, sekali macam tak sampai hati…share lah dengan MZ.ahaha tamak kan…

- Kat Ganu pun mencari CKT jugak, tapi ntah hany rasa macam susah pulok nak jupe. Ada sekali pergi Mydin Mall, naseb la ada yang buat CKT. Lepas tu, 2hari lepas pun makan CKT lagi.ahahaa gilerrrrrrr;)

 

2) DURIAN CREPE

- Ni pun giler jugak, tapi sekarang dah tak sangat sebab kena sound dengan MZ. dia suruh makan durian yang buah tu jer. sebab durian crepe kan ada campur mcm krim ke apa orang panggil tu. MZ tak bagi hany makan banyak banyak.

- Hari rabu ke khamis, dah order dengan akma kat ganu ni, lepas tu pergi equine order lagi.aaa sodapnyaaaaa…pastu balik ganu order lagi.ahahaha ok itu last kot…hehehe takmoo order dah ;)

 

Kesukaan Pulak…

Hany, kalau dah suke sesuatu tu contoh atudung ke baju ker, haa siap lah mesti asyik pakai yang tu jer. hehehe…contoh macam tudung ni…

546837_550989908248836_689354293_n

TUdung ni corak dia macam baju askar sikit, ada hijau askar tu,ada grey and hitam. makanya bila dah ada hitam tu, ikut suke hati jer nak pakai kan. suker tudung ni sebab dia awning lembut tu bukan hard awning, so takkan kemek la. Lepas tu, tudung ni pulak besar. so sangat selesa. SIze L.

Sudahnya, pakai baju hitam tudung ni, pakai baju grey tudung ni, pakai baju dark pink pun tudung ni.ahahaha ada aku kesah! Tapi adalah jugak yang perasan dan tegur. ahaha habis dah selesa kan.

Dah dua orang tegur asyik pakai tudung sama jer. alaaaa nyah, i pergi kerja tak ada la pakai tudung ni jer. U tak pernah tengok i pergi kerja, lepas tu kebetulan u jumpa i memang i pakai tudung ni…jangan la kutuk i nyah…ahahaha tu tak kira lagi yang tanya, “Apsal ko pakai tudung besar besar ha?”

Apakah yang harus ku jawab, takkan u tak faham lagi nyah? Takpe lah i senyum je dengar soalan u tu…;)

Monday, December 3, 2012

Kalau bab makan...


Assalamualaikum,

Haaa dah sebulan lebih berada di Terengganu. Alhamdulillah semua benda yang lama tak makan dah dapat hany makan. Hehe kalau bab makan lajuuu je kan.

Tapiii memang pun kalau bab makan mesti tahu jugakla kat mana tempatnya. Jadi kaunter pertanyaan jugak la hany ni.

A : hanbun, kat mana area equine ni ada steamboat malam2 mcm ni?

H : sebaris dgn MCD tu. kan ada gerai jual steamboat tu.

A :a'ah la. Lupe area situ ada. Ok ok tq.



N :hany,katmana nak mkn tengahari area equine ni.

H :ko tahu JJ equine tak?ko masuk kawasan kedai cina depan JJ tu,ko cari kedai chara kampung. Ada kerabu besh kedai tu.



Z :hany,kat mana ikan bakar besh kat Ganu ni.

H :Pulau Duyong pun ada ikan bakar besh. Steamboat pun ada. Beshh...



Mz : nok makang daner ni tengohari.

H :hehehe jom g nasik kukus tepi trafik lite tu. ada pelbagai lauk.


Ha kannn. Bab makan tahuuu je. Yerlah selalu sangat ajak membe membe keluar makan kan. Setiap orang bawa ke tempat berbeza.

S :weh beli gok blablabla.
H :nok beli mana ni?malas aku peri ke bandar tu. jauh la aku dari kustem.
S :Laaa singgah je la kat Sabasun kat gong badak tu.
H : haaa? Sabasun? Kat mana?mana aku tahuuuu.


Haha terus taktahu kalau bukan tempat makan!!!!


- Posted using BlogPress from my iPhone

~TQ Dear~

Followers