• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
yer dah nak masuk 3series dah. hahaha patut la rasa lain macam jer, peralihan umor rupanya. chewahhh salahkan umur pulok. yup dah nak masuk 30 pada 16mei nanti. hari guru lagi. kalau hany jadi cikgu mesti meriah kan, hehe tiap2 tahun ada sambutan. tapiii apakan daya tiada jodoh untuk menjadi pendidik ni.
Dah nak masuk 30 tahun di dunia ni. nak bercerita pasal pencapaian ker apa ker ada orang herana. hahaha so tak payah la bercerita. tapi itu lah, masih menanti rezeki nan satu itu. teman teman sebaya sudah masuk 2, ada yang dah 3…tak apa lah ini semua kuasa DIA kan. mungkin ada lagi yang hany tak layak untuk mendapat anugerah dari DIA, yang perlu hany perbaiki. InsyaALLAH….semoga dimakbulkan tak lama lagi aamiin.
Sebenarnya hari lahir MZ 13.mei baru ni. malas nak buat entri, dekat FB pun tak wish. takper yang penting face to face dah wish kan. buat apa beriya wish kat fb ke apa kan, dah serumah direct je lah.
KItorang tak ada celebrate pun sebab nak sekalikan dengan besday hany. so sekali harung. jimat. pelan penjimatan MZ pun tak suka sangat kek, so tak beli pun masa besday dia. kebetulan besday dia isnin dan bulan Rejab, kitorang berpuasa hari tu. dan berbuka hany masak salmon. kira okaylah tu celebrate jugak. lagipun jarang makan salmon ni.
Plan nak pergi makan steamboat, tapi tengah survey lagi nak pergi yang mana. Yang MAEPS tu dah selalu pergi, teringin nak pergi yang Steamboat Antarabangsa Bangi tu, nampak macam menarik. tapi tempat dia macam sempit jer.hahaha macam la ko nak pergi ramai sangat kan. tapi yang maeps ni suasana dia besh sebab dia kawasan terbuka dan luas.
Kebelakangan ni jugak selalu sangat dapat selsema dan demam, macam senang nak kena la. Lepas tu pagi pagi selalu sangat bersin bersin bertalu talu. huhu nampak sangat kan antibodi dah tak kuat. hohoho…
sudah sudah cukup sudah, kang melalu lagi panjang assalamualaikum.
4 comments:
Oh, thn ni 3o ye. So kakak la ni. Haish! takpe kot beza setahun ja. Welcome back geng hijo.
mude lg tu ..
besday kite selang 1 hari yew..
happy advance besday , and welcome to the club 3series
wahhh..besday sama bulan dgn suami kan..sama la kita..saya 18 jan, suami 8 jan..pastu berangan dapat baby kang bulan jan gak..kikiki
nak makan steamboat tu jangan lupa kita aw aw
Post a Comment