Friday, March 21, 2014

Choo Sarang

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

21.March, serius cepat masa berlalu kan. dan lagi 3bulan ++ nak menuju Ramadhan. Ya ALLAH... puasa tak habis ganti lagi. hehehe lagi mahu gelak gelak kan. selalu jer last minit baru nak ganti kan. kena habiskan jugak dalam masa 2bulan ni.

Haaaa...
Sekarang dah layan 2 citer korea. sebelum ni layan RunningMan. Sekarang ni memang suker giler la layan Return Of Superman. Alaa tv show pasal bapa kena jaga anak tanpa isteri untuk tempoh tertentu. ada 4 family, 1 tu ada baby kembar, 1 ada anak lelaki yg dah besar, 1lagi anak perempuan dlm 7 tahun dan 1 lagi anak perempuan 4 tahun. yang 4 tahun ni la nama Sarang.

Serius, jatuh cinta betol la dengan Sarang ni. cute giler. comey giler. 

Ni Sarang and ayah di Choo Sung Hoon

Sarang ni suka Mickey Mouse, Thinker Bell, Apanman...kalau tanya suka bapak dia ker mickey mouse, mesti dia jawab mickey mouse.haha pasrah je bapak dia. Sarang ni kuat makan. asyik makan je keje nya. suke makan anggur. 


Masa ni bapak and atuk dia bawak pergi tengok rusa. menangi dia takot agaknya...

Punya lah susah Rain nak selfie dengan sarang ni...

Dekat korea rasanya, fesyen rambut Sarang memang jadi ikutan.hehe cute kot dengan Sarang, tapi kalau orang tua...hmmm ntah ler ;)

Sarang kan kening macam nipis je. sekali bapak dia kalerkan guna eye ape tuh. haha sabor je lah sarang menahan je...bapak dia gelak bersungguh sungguh masa ni.



Suke buat aksi depan kamera.

Di rumah diorang memang ada kamera la. sebab nak rakam aktiviti harian diorang ni. Sarang ni suka bangun pagi, kalau nampak kamera, suka buat muka gini.haha okaylah kamu memang comel!!!!

Hany memang selalu la melanguk tunggu depan tv..hehe yang hany ingat setiap Ahad 7.50pg, 3.50 petang, dan 11.50malam. rasanya yang 11.50malam adalah new episod. yang lain ulangan. tapi, daku tetap tengok. sangat tak puas tengok aksi aksi Sarang ni.


hahaha fokus jer muka kakaka...

Drama K-pop hany tak layan yer. tak boleh beza, rupa paras macam sama je semua orang ;)



7 comments:

syalinda johari said...

hany, teringat ker anak dara aku Iris...kuat makan...hahahahaa..

nak tgk jugak la cerita ni hari apa and tv apa wei?? mesti iris suka tgk cita ni sbb rambut macam iris..hahaha..

Lady D'yot said...

ooo..ini lah sarang yg disebut2 tu..channel bape kat tv?

Unknown said...

Syalinda,
oit aku dah tulis hari dan waktu. ko mesti tak baca, tengok gambar je. cubit kang ;)

KBS 392, setiap Ahad 7.50pg, 3.50 petang, dan 11.50malam. rasanya yang 11.50malam adalah new episod.

Unknown said...

Yer nadia, inilah srang yg suke korek hidung lepas tu makan taik idung dia hahahaha

Anonymous said...

salam

sya pun tgk gak...best kan.dah sampai ep17 kot..sarang nie bdak bijak ,pandai buat muka..hehehe..

salam kenal
Mila

syalinda johari said...

hahahaha..wei ada jual CD dak..kang berebut pulak dengan anak jantan aku tu...
wei video dia gunting rambut tu...cute sangat weiiiiiiiii.. hahahaha

Unknown said...

Mila,
Salam kenal. Ha kann sarang mmg suka buat muka. Cute.

Syalinda,
Alaaa xtahu ada x cd. Tp ko boleh dnload kt utube. Dah ada smpai ep17 dah.

~TQ Dear~

Followers