Monday, August 31, 2015

Kesan Pengambilan Qaseh Junior

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

QASEH GOLD JUNIOR ni adalah campuran minuman botani formulasi 8 makanan sunnah iaitu Kurma, Madu, Kismis, Tiin, Zaitun, Delima, Air Zam Zam & Habbatussauda, juga tambahan Za’faran, Garam Bukit, Gam Arab, Pegaga, Badam dan Bayam.

Antara khasiat Qaseh Gold Junior adalah:
- Membekalkan Tenaga
- Mencerdaskan Minda
- Menyokong Tumbesaran
- Menguatkan Sistem Imun
- Membekalkan Serat

Antara Testimoni ibu ibu yang memberikan si manja mereka Qaseh Junior

1459690_563399867087307_1109197237_n

1454904_10201853865722728_1922364350_n

999198_560585797368714_985506225_n

susu

Untitled

InsyaALLAH….dengan mengamalkan Qaseh Junior secara istiqomah, pasti ada kebaikan. Berikan lah yang terbaek buat simanja anda….

UTK ORDER


6 Tahun

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Haaa,
Tadi tertengok memori yang di facebook tu. Dah 6tahun friendship dengan si dia. Haha siapa lagi kalau bukan incik suami ku lah. Alhamdulillah...6 years and counting, aamiin...

Tahun ni merupakan tahun ke 6 perkahwinan, kitorang kahwin 2009. Kiranya jadi friend lepas dah nikah la. Sebelum tu kenal kenal masa guna friendster lagi. Hahaha ada lagi ke friendster tu eh?


#sehatisejiwa

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan
Buat seluruh Rakyat Malaysia...

#sehatisejiwa kita memelihara keharmonian negara...

Thursday, August 27, 2015

Kita Usaha, Kita Ikhtiar, InsyaALLAH...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ada ramai jugak yang mesej, nak order Qaseh Adinda, usaha untuk hamil. Ada jugak yang wassap, walaupun tak order, tapi lebih nak share cerita, stress akan hal mengandung ni. Alhamdulillah... hany boleh share or layan selagi hany free lah. Maklumlah dah ada anak ni kan, masa terhad sikit lah.

Tapiii,
Tak kurang jugak yang bertanya, kalau amalkan Qaseh Adinda ni kak, berapa botol kak boleh hamil. Allahuakbar, soalan mencabar ni. Honestly, benda benda macam ni akak sendiri tak boleh jamin dik. Kita usaha kita ikhtiar. ALLAH yang bagi rezeki. Akak dulu setahun jugak akak konsisten dengan adinda ni. Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi...


Antara kebaikan Adinda



Alhamdulillah selepas 2botol, ada rezeki...

Sebab tu hany kata, hany tak boleh jawab soalan macam ni. Kita usaha kita ikhtiar, dengan kesungguhan usaha kita, mana tahu ALLAH cepatkan rezeki kita kan. Lagi pun makanan sunnah ni, memang dah kita maklum akan kebagusan nya, banyak manfaat kan...insyaALLAH...

Kalau ada yang nak tahu, hany sudi share, tak beli pun takper...hany sudi reply.
019-959 7323 wassap or telegram yer.

Tuesday, August 18, 2015

Sky Enigma Travel & Voucher Hotel Free

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maybe ramai pernah dengar nama Sky Enigma ni. Tapi hany memang 1st time lah. Hany dapat call dari sky enigma ni, kata dapat voucher cuti free,boleh menginap free di 14resort di Malaysia. Katanya terpilih masa hany pegi PICC, mom 7 baby expo last year.

Okay,memang ada hany pergi. Tapi nak ambil tiket kena ambil di Midvalley, dan wajib pergi suami isteri. Hmmm mcm tu pulok. Okaylah kan, maybe diorang nak explain semua kan. So hany mintak dia emailkan details and info. Sebenarnya dengan email ni boleh la tengok and search apa yang berkaitan kan.

Maka,bila dia email...dalam email kena print out invitation tu, untuk penegsahanasa nak check in di event dia nanti. Aik kenapa lak macam tu kan. Lepas tu macam..hmmm benda free ni mcm semacam je,sebab sebelum ni dah pernah kena, dari palace golden horses tu.

Hany pun google lah, tapi memang tak banyak pun info pasal sky enigma ni,dan voucher free cam ni. Naseb lah ada 1 forum, tu pun ada 2 reply je bila ada yang bertanya.

Maka,sah seperti yang kami sangka kan. Diorang ni nak promote package percutian. Kiranya beli pakej percutian tu dari company diorang. Well pakej nya mahal yer, bukanacam matta fair tu,beli utk certain date n tempat. Yang ni siap kena bayar bulan bulan sebab pakej smeua puluh puluh ribu. (Ni hany baca dari forum tu lah).

Tapi forumer tu cakap memang voucher fre tu dia bagi,tapi setelah dengar dia bebel bebel, pujuk pujuk untuk ambil pakej diorang tu. Ooo patut lah dalam email dia mention, ada kena spend 60minit. Untuk sesi pujuk memujuk la nih.

Maka, kitorang pun tak jadi pergi lah. Lagipun dekat midvalley,hari ahad...hoiiiih jemmm weh.

Takperlah takde rejeki nak dapat voucher free kan...

Dalam forum tu ada brader ni ajarkan, dia kata petgi je buat buat sengal tak tahu apa benda. Then dalam hati nekad,jangan terpengaruh dengan semua benda diorang offer. Kalau nak jadi kejam, cakap jer...saya datang ni nak claim voucher free,awak call kata free kan. Kalau taknak kejam, cakap je elok elok takperlah saya tak berminat. Brader tu cakap, nanti diorang bagi jugak voucher free 3h2m tu. Wallahualam...

Okay lah itu je,info utk korang...

Friday, August 14, 2015

Adra Aina Aniq

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa dah ada anak ni, tajuk entry nama anak anak ajer kan. Dulu kemain nama sendiri je naik kan. Ni saja jer lah jumpa jumpa lepas raya. Plan pun tak lah plan sangat sebab kalau plan selalunya tak menjadi...

Jumpa di Ayer8 Putrajaya, haha jauh sikit lah...tapi senang semua orang nak cari kan. Kitorang makan di kedai Tomyam ape ntah yang mengadap tasik, so kena turun ke level bawah la.


Adra & Aina. Masa ni dayah mama si aniq x sampai lagi. So kitorang lepak dulu sambil pesan makanan. Kebulur dah masa ni. Ha adra dapat jumpa geng, tapi bukan nak main sangat. Biasalah adra ni penakut sikit orang nya. Tapi maybe si aina ni ala ala baya dia, so dia okay je,kalau orang dewasa mau meraung ni.

Si adra ni, itu je lah mainan dia,wet tissue, botol drypers tu. Aina pun dah terikut main wet tissue. Bila si aina bukak video upin ipin, ain akemain baik lagi ajak adra tengok sama. Tapi si adr ani bukan jenis tengok sangat, tapi kalau time muzik tu dia suka, lepas tu tak layan dah.

Nampak headband bunga bunga diorng ni, itu hadiah dari mama aniq. Haha cute je kan. Budak berdua ni, masa kitorang pakaikan, berusaha nak cabut. Lepas tu dah distract diorang dengan mainan...tahan jugak la pakai atas kepala ni. Ha adra barulah nampak gegurl sayang...


Ni gambar kitorang. Yang ambil gambar ni anak si dayah, abang Aqil. Pandai dah haaa, boleh harap jadi fotografer dah nyah anak ko. Si Aniq tuu haaa baju kotak2 kaler merah tu. Cubaan nak melarikan diri dari mama dia. Haha sampai terlindung muka mama.

Alhamdulillah...diberi masa serta peluang untuk berkumpul. Dulu kitaorang ber3 keje sama ofis. Hehe kaki gossip kakaka...idok la bergosip sangat kan. Sama department lagi. And dayah dan filah ni member uitm husband hany.

Nyah,tq utk headband tu. Harap next time ada peluang lagi lepak lepak ;)

Tuesday, August 11, 2015

Gojes Sangat!!!

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa kali ni nak share testimoni bergambar lagi.




Haa gitu kan, tona kulit makin sekata, kulit nampak glow je kan.

Bawah ni hany sertakan printscreen dengan akak ex opismate dulu.kitorang berdua ni memang kenal dengan akak iza ni, yang testimoni gambar ke2 di atas. Tengok apa akak dalam wassap ni cakap pasal perubahan wajah kak iza.


Haaa nampak perubahan selepas gunakan gojesss ni tau. Untuk sebarang info dan pertanyaan,

boleh wassap hany 019-959 7323

Monday, August 10, 2015

Puding Roti, Nasik Lemak, Teh Tarik, Daging Dendeng...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa senarai makanan ajer kannn. Tapi tapi tapi, ini semua hany tak dapat lagi raya ni. Haha melampau kan, takkan teh tarik tak dapat lagi?

Begini ceritanya...

1)PUDING ROTI
- owhhh puding roti buatan Syalinda, sahabat ku yang comey lottey (hahaha puji kemain ni...). Linda punya puding roti, mabelesss melotop terbaekkk ok. Tapi, since ada masalah yang tak dapat dielakkan, rasanya lepas raya ni memang tak dapat la merasa puding roti dia ;( sob sob sob...daku redha linda...

2)NASIK LOMAK
- nasik lomak sedara hany, yang duk di sentul. Hahaha sambal dia pedasss meletop jugak. Tapiii yang ni,kalau nak pergi hari ahad,confirm dapat rasa,cumanya tak tahu lah incik suami nok pergi ke tidokkk sebab ke sentul tu boleh tahan layan jemmmssss. Nak kena pujuk pujuk duluuu niiii.

3) TEH TARIK
- Ni pun macam mustahil nak dapat ni. Buat sendiri je lah. Hany suka teh tarik isteri exbos hany. Sedapppp... hmmm kaktie, nak pi rumah nak minum tehtarik bolehhh? Dah terlepas open house kak tie baru ni...

4) DAGING DENDENG
- hmmm betol ke tidok eja ni, daging dendeng hasil masakan jiran belakang rumah. Serius, ini memang hany suka. Sebelum bersalin,nasik la sempat rasa. Haha jahat kan, terpaksa orang buatkan, kot awak mengidam ngidam. InsyaALLAH rasanya dapat rasa weekend ni. Huiii tak sabor weh nak tunggu weekend.

Haa itulah antara sikit sebanyak masakan yang hang suka. Haha masakan sendiri, hahaha hany suka gile ikang singgang. Ha kau tubik ayat ganu. So last week dah makan lauk singgang ni. Smpai 2hari ikan tongkol singgang. Puas hati...

Friday, August 7, 2015

Testimoni Qaseh Gojes

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ha, ni antara testimoni mereka yang dah gunakan GOJES  ni yer. Berikut antara feedback dari pengguna Gojes. Hehe baca dari gambar je yer ;)




Ini antara testimoni dari mereka yang amalkan Gojes ni yer. Jom lah cuba untuk kulit lebih remaja gittew ;)


Hubungi hany: 019 959 7323

Lebih Anjal Lebih Lembab...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

GOJES by Qaseh Gold. Kolagen yang diperkayakan dengan KURMA, DELIMA, TERATAI, CUKA KURMA, ARGAN, SAKURA, ASTAXANTHIN & GARAM BUKIT.

Mengembalikan keremajaan kulit anda...





Hubungi : hany 019-959 7323

Tuesday, August 4, 2015

Keropok Seameq

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Weekend baru ni, sedara hany ada datang. Sekali diorang bawak la ketopok segera ni. Serius, hany taktahu pun akan kewujudan keropok seameq ni. Bungkusan dia fancy ala ala twisties gitu. Biasa keropok segera kan sempoi je bungkusan, yang lutsinar nampak rupa kat dalam tu kan.

Ha inilah rupa dia...kelasss ko jah

Yang hany dapat perisa keju dan lada hitam. Rupanya ada perisa bawang, perisa bbq lagi. Waaaa serius i is terkejut dan bangga sebab dah ada yang komersial kan cara gini. Mesti ramai yang suka. Senang kan. Yang lada hitam siap ada sos, yang keju tak de pulok.

100% keluaran Terengganu yer

Ejaan seameq, haha nak glemer la tuuu, padahal sebenarnya nak letak SEMEK je kot ;)

Baguslah kan, nampak umppphhh la bungkusan macam ni dan dipelbagai kan dari segi perisa. Kalau nak info lanjut lagi sila lah ke web diorang http://maperow2013.wix.com/index

Semoga terus maju jaya yer semek !

Monday, August 3, 2015

Tub Cleaning-Washing Machine

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaaa korang pernah tak basuh washing machine korang? Apa petanda korang kena basuh?

Haaa, pernah tak korang bila basuh baju, dah siap semua...masa nak sidai tu sekali tengok ada tompok tompok hitam melekat di baju? Kalau ada maknanya memnag dah kena sangat la basuh mesin basuh korang tu. Sebabnya dah terlalu banyak sangat benda alah tu terkumpul. Sampai terkeluar dan melekat pada baju.

Okay, hany nak share cosway punya sabun basuh. Eh ni khas untuk tub cleaning tu lah. Bukan untuk basuh baju yer.


Ha ini dia pencuci tu. Kalau tengok betol betol dia biji biji kan. Boleh nampak biji biji dia, tak macam sabun biasa yang halus butiran dia. 1kotak ada 2paket ni. Hany guna 1paket sekali basuh. Harga fia lupa lah. Hahaha sila rujuk cosway yer ;)

1) isi air penuh mesin basuh tu
2) masukkan sbaun drum cleaner tu
3) biarkan semalaman
4) esoknya, basuh macam.basuh baju biasa atau gunakan function tub cleaning yg ada di washing machine tu.

Masukkan air sampai penuh

Bila tuang sabun tu dia berbuih 

Lepas 20minit hany tengok,naik buih macam ni

Esoknya bila basuh buih akan terhasil mcm ni tebal,dan ada lah tompok2 hitam naik sekali.

Hany tak ambil gambar masa buang air dari mesin ni. Ada keluar sekali habuk habuk hitam. Memang banyak. Ye lah kalau bertahun tak pernah basuh kan. Berapa banyak habuk terkumpul kan. So cuba cuba lah bersihkan mesin basuh anda yer.

~TQ Dear~

Followers