بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Tuesday, August 18, 2015

Sky Enigma Travel & Voucher Hotel Free

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maybe ramai pernah dengar nama Sky Enigma ni. Tapi hany memang 1st time lah. Hany dapat call dari sky enigma ni, kata dapat voucher cuti free,boleh menginap free di 14resort di Malaysia. Katanya terpilih masa hany pegi PICC, mom 7 baby expo last year.

Okay,memang ada hany pergi. Tapi nak ambil tiket kena ambil di Midvalley, dan wajib pergi suami isteri. Hmmm mcm tu pulok. Okaylah kan, maybe diorang nak explain semua kan. So hany mintak dia emailkan details and info. Sebenarnya dengan email ni boleh la tengok and search apa yang berkaitan kan.

Maka,bila dia email...dalam email kena print out invitation tu, untuk penegsahanasa nak check in di event dia nanti. Aik kenapa lak macam tu kan. Lepas tu macam..hmmm benda free ni mcm semacam je,sebab sebelum ni dah pernah kena, dari palace golden horses tu.

Hany pun google lah, tapi memang tak banyak pun info pasal sky enigma ni,dan voucher free cam ni. Naseb lah ada 1 forum, tu pun ada 2 reply je bila ada yang bertanya.

Maka,sah seperti yang kami sangka kan. Diorang ni nak promote package percutian. Kiranya beli pakej percutian tu dari company diorang. Well pakej nya mahal yer, bukanacam matta fair tu,beli utk certain date n tempat. Yang ni siap kena bayar bulan bulan sebab pakej smeua puluh puluh ribu. (Ni hany baca dari forum tu lah).

Tapi forumer tu cakap memang voucher fre tu dia bagi,tapi setelah dengar dia bebel bebel, pujuk pujuk untuk ambil pakej diorang tu. Ooo patut lah dalam email dia mention, ada kena spend 60minit. Untuk sesi pujuk memujuk la nih.

Maka, kitorang pun tak jadi pergi lah. Lagipun dekat midvalley,hari ahad...hoiiiih jemmm weh.

Takperlah takde rejeki nak dapat voucher free kan...

Dalam forum tu ada brader ni ajarkan, dia kata petgi je buat buat sengal tak tahu apa benda. Then dalam hati nekad,jangan terpengaruh dengan semua benda diorang offer. Kalau nak jadi kejam, cakap jer...saya datang ni nak claim voucher free,awak call kata free kan. Kalau taknak kejam, cakap je elok elok takperlah saya tak berminat. Brader tu cakap, nanti diorang bagi jugak voucher free 3h2m tu. Wallahualam...

Okay lah itu je,info utk korang...

7 comments:

JHS said...

Aku dah terjebak dgn Sky Enigma ni 4 tahun lepas..tak pernah pakai lagi..rugi siut...huhuhu

Rohani Hashim said...

Ko langgan ke pakej tu? Meh la aku nk guna hahaha...bleh dpt diskaun kan?xfree pun xpe janji dpt diskaun sket pun dh ok.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Buat mcm kwn MM... dpt call mengatakan dpt jam free.
Then dgn yakin dia pun pegi opis tu. Tunggu punya lama
kt opis tu. .. staff dia x sampai2.. Once org tu sampai je..
dia (staff tu) bukak kotak jam.. blom sempat org tu terangkan apa2
kwn ai dah grab.. "OK T.kasih. Free kan?. Sy ambik ye.. byee
dah lambat ni..". hihi

Rohani Hashim said...

Mm, hahaha ini lagi bagusss ni. Tapi betol jugak kan,dah cakap pree kann haha mmg besh la kwn mm

Nor Marshaliza Shaidan said...

Singgah cni
Parking

Jemput singgah blog sy VITAMIN WAJIB MASA TRAVEL

Zikri Kamaruddin said...

saya dgn isteri pergi dah skyenigma, tapi amat mengecewakan, dah dpt vaucher free, tapi sebelum nak tebus vaucher ni, kena book dulu hotel pilihan sebulan sebelum tarikh kita nak bercuti.

so, kitorang pun booking sebulan sebelum, lps 2 minggu tunggu jawapan, akhirnya hantar sms, hotel dah penuh. dia minta cari tarikh lain. ceh, penat aku dah ambik cuti sebulan sebelum, dan aku ambik tarikh yg bukan cuti sekolah, boleh penuh jugak????

mmg curiga betul aku.

Rohani Hashim said...

Zikri Kamaruddin,
Ye ker? Sabo je lah nmpak nau nk bagi tkmau bg je. Habis dia paksa x beli pakej kejadah benda dia tu? Sy bg kt blog,ada org yg betol2 dpt pree ni. Dia ckp dia amek voucher tu then dia zendiri booking,bkn yg kt situ booking. Tp nmpak mencurigakan kan, kitorg xpergi pun.lps tu ada lg staff dia call,tp tetap tolak.malas nk ke midvalley tu.

Followers