Tuesday, October 27, 2015

GREENAARD; AURAHERBS GARCINIA CAMBOGIA PLUS

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Garcinia Cambodia ni adalah buah asam gelugur. Buah asam gelugur ni digunakan sebagai bahan untuk diet. Dan ianya mampu menjadi penahan selera makan yang sangat berkesan. Kiranya kalau produk yang ada bahan garcinia cambogia ni, ha itu produk untuk diet diet lah.

GreenAard,
Brand keluaran anak tempatan. GreenAaard by Diana Ishak. Juga mengandungi garcinia cambogia. Tapiiii yang beza nya GreenAard ni adalah dari segi kandungan dan harga nya. InsyaALLAH harga GreenAard jauh lebih murah yer.

Hany dah jadi Dealer untuk produk GreenAard ni, so siapa yang berminat boleh dapatkan dari hany. Hany akan update dari semasa ke semasa mengenai GreenAard ni. Kat bawha ni adalah testi bergambar owner produk, Puan Diana Ishak.



Haa, nampak kan beza nya. Jangan risau GreenAard ADA KELULUSAN KKM. Sebab tu hany berani jadi dealer.

Korang jangan mintak gambar hany, baru je start ambil GreenAard ni. Nanti pasti hany tempek gambar before and after ye. Jangan risau. Tuan tanah kena jadi testi jugak kan. Takkan nak tayang orang lain je sebagai testi.


Ini pula adalah raw herbs yang ada dalam GreenAard. Boleh tengok fungsi setiap herba ni.

Boleh hubungi hany di 019 959 7323 untuk sebarang pertanyaan serta order.

Sunday, October 25, 2015

25 October 2014

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

25 oktober tahun lepas,
Adra Rizzqina dilahirkan. Selepas 5 tahun menunggu rezeki yang satu ini. Alhamdulillah, ALLAH makbulkan jua doa kami untuk memiliki cahaya mata. Alhamdulillah... ALLAH pinjamkan kami anak syurga ini... Alhamdulillah...

Kami namakan Rizzqina, sempena rezeki yang kami perolehi ini. Rizzqina bermaksud Rezeki Kami. Hany fah terdetik, kalau ALLAH makbulkan doa kami, dan hany mengandung, nak namakan dengan nama yang bermaksud REZEKI. Kalau lelaki nak bagi Rizqi, perempuan Rizzqina. Alhamdulillah...


Selamat Hari Lahir Adra Rizzqina ;)

**yeayyyy ummi dah boleh bedal laksa yesss**

Wednesday, October 14, 2015

Anok Dara Saya

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

1 Muharram,
Kalu zaman sekolah dulu, mesti ada pertandingan nasyid, lagu wajib lagu maal hijrah ni lah. Haha hany dulu pun join pertandingan nasyid ni. Kikiki...

Alhamdulillah,
Ikut kalendar Hijrah, 1muharram Adra genap 1 tahun, kalendar masihi 25oktober nanti. Setahun doh anok dara saya ni. Kejap giler masa berlalu. Patutlah rasa berat je bila dukung dia, patut lah macam makin tinggi sampai dah boleh capai segala mak nenek dah. Dah setahun rupanya.




Cubaan nak bagi pakai tudung. Hahaha xsempat 5saat, terus tarik mengamuk melalak. Hahaha sabau je lah. Ni lah orang kata, dari kecik tak ajar tak biasakan pakai headband, kan dah susah nak pakaikan tudung. Hadeihhh...siap kita ni pakai tudung skali, tak mahu jugak dia.

Takper, slow slow ajar,kena setiap hari pakaikan dia tudung. Hehe tapi bertabahlah dengar raungan dia.

Friday, October 9, 2015

Amalan yang boleh dilakukan untuk Cepat Mengandung

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rasanya entry sebelum ni pun dah banyak hany tulis antara usaha serta amalan dan ikhtiar untuk mengandung kan. Haa kali ni hany upkan dalam bentuk bergambar. Mungkin yang ni lagi menarik...sebab biasalah orang tak suka baca panjang panjang kan, kalau tengok gambar banyak banyak tak pe...

Hahaha
Patutnya gambar ni last sekali sebab, kena tawakkal pada ALLAH atas semua usaha yang telah kita buat kan. Memang kena tawakal, sebab ALLAH lah yang bagi semuanya.

Yer, semua orang memang nak anak kan. Yang pastinya kita semua memang nak yang terbaek. InsyaALLAH niat kita memang dah betol...

Dalam Islam pun dah kata haram merokok kan. Haa tu kajian saintifik pun ada buktikan merokok sumbangkan ketidaksuburan. Yer ramai je yang merokok tapi isteri subur senang je dapat anak. Alhamdulillah...tapi kalau yg ada masalah tu baik elakkan...

Berurut ju ga perlu. Macam hany pun pergi berurut juga. Tapiii make sure berurut dengan orang betol betol tahu yer. Sebab nak kena cek peranakan kita jugak. Jangan main taram je berurut.

Makanan tambahan or supplement. Hany pun ada ambil asid folik sebelum pregnant. Orang kata untuk persediaan kan. Cubalah ambil asid folik. Atau nak cuba supplement lain juga. Tapi make sure lah betol betol konsisten yer.

Ingat tak entri hany. Kitorang memang amalkan susu kambing ni. Kitorg buat macam yg di suggest dalam rancangan ustaz syarhan, suami genggam 3biji kurma,isteri genggam 3biji kurma. Mohon doa pada ALLAH semoga dengan ikhtiar ni ALLAH murahkan rezeki dapat anak. Lepas tu kurma 6biji tadi masukkan dalam blender, campur 2botol susu kambing, yang fresh yer. Blender. Agak2 hancur kurma, tuang air susu n kurma dalam 2bekas,isteri dan husband minum.

Lepas tu,setiap pagi amalkan minum 1gelas or sebotol susu kambing setiap seorang. Maknanya suami 1,isteri 1. Setiap pagi. InsyaALLAH...


Haaaa, tang diet ni hany tak berjaya buat. Hari ni kemain diet esok hancur habis diet. Hahaha payah benar nak control makan. Tapi yer setuju, kena maintain berat badan pada berat sepatutnya. Sebab berat berlebihan undang pelbagai masalah, paling kita taknak...hormon kacau bilau... susah!

Doa. Bukan doa untuk kita ajer. Doakan orang lain jugak. Hak ni memang hany amalkan. Tak rugi pun kita doakan orang lain. Kalau siapa jadi customer beli qaseh dengan hany, hany selalu pesan doa kan jugak orang lain murah rezeki blablabla...

Kita suami isteri ni pun kena doa. Yes sah sah kita akan berdoa kan. Sungguh sungguh dan jangan pernah putus asa...

Ha minta juga mak ayah,mak mertua ayah mertua. Doa orang tua ni insyaALLAH... dimakbulkan. setiap kali balik kampung ke, call ke. Mintak la orang tua doakan kita. Kitorang pun macam tu, sebelah mertua ada nenek lagi, mintak juga dia doakan...

Haaa,
Hany bermasalah dengan kitaran haid. Itu punca kan. Kena usaha jugak lah make sure kitaran haid ni elok. Alhamdulillah kitaran haid hany normal bulan 4 2013, bulan 3 2014 hany pregnant. Hany ikhtiar dengan amalkan Qaseh Gold.

Tekanan...
Hoiiii ini pun punca weh. Bila stress akan ganggu emosi kita,kadang kadang boleh ganggu haid tau. Stress ni, hmmm kita kena pandai handle sendiri. Yer diri sendiri kena handle. Orang lain boleh tolong nasihat, tapi yang laksanakan kita sendiri...

Makanan sunnah. Macam hany, hany ambil qaseh gold. Memang dalam tu dah ada kurma,madu, habbatussauda, zafran, buah tiin, gingko baloba...sebab hany ni payah nak telan satu satu kan. So kalau nak cuba 019-959 7323. Meh dapatkan info dari hany.

Seterusnya....

Haaa,
Yang paling penting juga selain DOA. Amalkan bersedekah. Bukan dalam bentuk wang ringgit ke usd ke, tapi dalam apa jua kita boleh bersedekah. Memeberi pada orang. Amalkan, jangan tinggal...sila amalkan bersedekah...

Itulah sikit sebanyak...usaha dan ikhtiar yang boleh kita lalukan...seterusnya berserah pada ALLAH. Kerana DIA tahu apa yang terbaek buat kita...aamiin

**kredit pic to imuslimshop**

    Sebelum & Selepas

    • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


    Haaa kali ni nak letak gambar sebelum dan selepas guna Ellfie ni. Hmmm tak sure lah ada perubahan ke tak. Hahaha apalah ko ni, takkan tak perasan kannn.


    Haaa,
    Itulah dia sebelum dan selepas ellfie. Yang sebelum ellfie tu hany ada guna foundation dan bedak sikit lah. Yang selepas ellfie tu, hany hanya guna day cream ellfie jer.

    Yang sebelum tu gambar masa raya aidilfitri, yang selepas gambar masa raya haji. 2bulan jugak lah kan beza nya.

    Hmmm...so far hany suka ellfie, harga pun mamfu milik lah.



    Thursday, October 8, 2015

    Update Penggunaan Ellfie Beauty

    • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    Hmmm, ni dah masuk mingguke berapa ntah. Hahaha rasanya dah cukup sebulan kot, ke menghampiri sebulan hany guna ellfie beauty ni. So far hany puas hati lah, takde leceh banyak nak kena guna kan. Cuci muka,guna toner dan guna krim siang atau krim malam. Setel.

    Untuk pore hany, setakat ni macam takde tanda tanda mengecil pun. Ke sebab dah terlalu biasa sampai tak perasan. Tapiii hany memang tak expect pun pore ni boleh mengecil dalam jangka masa sekejap, sebab pore payah kot nak tertutup balik. Ke pore hany yang degil ;)


    Haaa ni gambar terkini masa balik raya haji. Ni masa di kelantan. Hany gunakan krim siang je ni. Ini pun lepas dah solat semua ni. Malas nak touch up dengan krim siang balik. Biar je yang dari pagi punya. Bagi hany ok lah, takder lah selekeh sangat kan. Masih segar je nampak.

    Yang beshnya, krim siang ellfie ni bau wangi, lepas tu takyah dah nak letak foundation ke, bedak lagi ker. Sebab krim dia dah macam foundation dah. Tapi kalau nak pakai bedak lagi ke boleh je. Hany memang agak malas, so guna je lah krim siang ni lepas tu calit lipstick sikit, setel....

    So far puas hati dan masih gunakan lagi ellfie beauty ni ;)

    Wednesday, October 7, 2015

    Batik Sarawak

    • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    Rasanya korang semua pun dah maklum kan pasal batik sarawak ni. Sekarang ni tengah in kot. Ramai orang jual online sekarang kan. Hany ni sebelum ni tidok la berminat pun dengan batik sarawak ni. Selalu je teman sepupu pergi beli di area sk ni. Hany duduk je teman tak tengok langsung.

    Sekali last week, membe hany balik rumah mertua dia di sarawak. Tanya dalam group wassap nak tak kain batik sarawak ni. Eh tengok design hmm macam menarik la kan. Terus order jugak 2,3helai. Order sekali untuk adik adik ipar,mertua, mak,makcik. Haha dari 2,3helai terus jadi banyak helai ;)





    Ni lah antara design yang hany ambil. Kaler pelbagai lah. Sebenarnya yang buatkan dia menarik corak dia tu. Cotak songket tapi harga jauhhhh lagi murah dari songket lah kan. Dan material dia takder lah sekejung songket.

    Tengah memikir ni, nak buat baju apa lah hai. Untuk adra okay lah dia kecik so senang la kan. Hany ni besar muat ke tidak 2meter kain ni. Hahaha...

    Hany plan nak jual jugak kain batik sarawak ni, korang berminat tak?


    Thursday, October 1, 2015

    Zikir Untuk Hamil

    • بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

    Kali ni nak share pasal zikir untuk hamil. Ini hany dapat dari page fb ustaz syarhan. Tak rugi kalau di amalkan, dapat pahala jugak kan.


    Kan kita disuruh berikhtiar, berusaha... Walau apa cara sekalipun selagi TIDAK BERCANGGAH dengan ISLAM. apa salahnya kita cuba amalkan zikir ni, insyaALLAH semoga dimurahkan rezeki oleh ALLAH.

    Aamiin...

      ~TQ Dear~

      Followers