السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hmmm, ni dah masuk mingguke berapa ntah. Hahaha rasanya dah cukup sebulan kot, ke menghampiri sebulan hany guna ellfie beauty ni. So far hany puas hati lah, takde leceh banyak nak kena guna kan. Cuci muka,guna toner dan guna krim siang atau krim malam. Setel.
Untuk pore hany, setakat ni macam takde tanda tanda mengecil pun. Ke sebab dah terlalu biasa sampai tak perasan. Tapiii hany memang tak expect pun pore ni boleh mengecil dalam jangka masa sekejap, sebab pore payah kot nak tertutup balik. Ke pore hany yang degil ;)
Haaa ni gambar terkini masa balik raya haji. Ni masa di kelantan. Hany gunakan krim siang je ni. Ini pun lepas dah solat semua ni. Malas nak touch up dengan krim siang balik. Biar je yang dari pagi punya. Bagi hany ok lah, takder lah selekeh sangat kan. Masih segar je nampak.
Yang beshnya, krim siang ellfie ni bau wangi, lepas tu takyah dah nak letak foundation ke, bedak lagi ker. Sebab krim dia dah macam foundation dah. Tapi kalau nak pakai bedak lagi ke boleh je. Hany memang agak malas, so guna je lah krim siang ni lepas tu calit lipstick sikit, setel....
So far puas hati dan masih gunakan lagi ellfie beauty ni ;)