Wednesday, October 7, 2015

Batik Sarawak

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rasanya korang semua pun dah maklum kan pasal batik sarawak ni. Sekarang ni tengah in kot. Ramai orang jual online sekarang kan. Hany ni sebelum ni tidok la berminat pun dengan batik sarawak ni. Selalu je teman sepupu pergi beli di area sk ni. Hany duduk je teman tak tengok langsung.

Sekali last week, membe hany balik rumah mertua dia di sarawak. Tanya dalam group wassap nak tak kain batik sarawak ni. Eh tengok design hmm macam menarik la kan. Terus order jugak 2,3helai. Order sekali untuk adik adik ipar,mertua, mak,makcik. Haha dari 2,3helai terus jadi banyak helai ;)





Ni lah antara design yang hany ambil. Kaler pelbagai lah. Sebenarnya yang buatkan dia menarik corak dia tu. Cotak songket tapi harga jauhhhh lagi murah dari songket lah kan. Dan material dia takder lah sekejung songket.

Tengah memikir ni, nak buat baju apa lah hai. Untuk adra okay lah dia kecik so senang la kan. Hany ni besar muat ke tidak 2meter kain ni. Hahaha...

Hany plan nak jual jugak kain batik sarawak ni, korang berminat tak?


No comments:

~TQ Dear~

Followers