Ini Wilayah Hijau: Repair TV; Anda buat sendiri


15 January 2016

Repair TV; Anda buat sendiri

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alkisahhh...tv kt rumah ni rosak lagi. Haha ini kali ke2 rosak sepanjang 6 or 7tahun ni lah. Beli betul2 sebelum masuk rumah nak duduk berdua ni lah kan. Beli masa tahun 2009. Nak masuk 7tahun dah la kan.

Masa pertama kali rosak 2tahun lepas, yang mana 5tahun hayat penggunaan tv tu. Itu hantar repair dekat bangi. Dengan melayu lah. Masalah screen, tapi tak tukar screen, power ke apa penyebab nya. Dalam rm150. Okay lagi berbaloi baiki dari beli baru,so proceed baiki. Masa ni takder anak lagi,lama sikit tarak heran. La ni ada anak, payah weh takde tv.

Call brother yang sama, dia tanya dah berapa tahun usia tv.cakap 7thn. Dia kata tak amek dah untuk baiki sebab dah smpai hayat. Ini paling lama dia dengar. Selalunya tv yg kurus kering ni, lcd led ni, 3,4tahun dah rosak dah. Abang punya ni dah bagus la smpai 7tahun boleh guna lagi. Brand HITACHI yer. Japan mariii...power sungguh!

Call, orang lain...dia tanya brand and model apa, dia reply takde spare part dah sekarang, so dia tak mau. Hahaha kami gigih demi menyelamatkan duit. Dari beli baru. Jumpa 1lagi di Kajang, area hentian Kajang tu. Wassap blablabla...dia suruh datang kedai.maka semalam gigih la pergi hantar. Gara gara tak menahan,takde tv susah nak bagi si adra ni ralit.hahaha owh kitorang memang taknak ajar kebergantungan pada handphone yer. Dia attach dgn tv takpe sebab boleh control. Tapi,tv xde ni sekali sekala bagi jugak handphone tapi hany pegang,dia tak boleh pegang.

Kalau nak ke kedai brother ni, dia area kawasan yang ada kedai perabot besar tu. Kan kalau menuju ke hentian kajang, akan lalu 1 kedai perabut besar,kedai sebelah kanan, masuk trafik lite situ then naik ke atas masuk kiri.akan jumpa kawasan rumah kedai. Cari sign kedai nama CITRA KLASIK. Kedai brother ni atas sederet citra klasik. Takpun google je or waze yer.

Sampai je, tolak pintu penuh tv bersusun. Dr sebesar2 alam smpai yang kecik.dalam hati,adoiiii mesti lama ni nak siap. Dah ada banyak kat kedai dia ni.

Bila masuk dalam, ada sorang perempuan dengan 2orang lelaki. Husband pun letak tv and cerita masalah and apa berlaku. Kitorang buka tv tiba2 ada bunyi pop, mcm meletup tapi takde bau.

Diorang pun cerita, kat situ konsep kedai dia. Customer datang dan customer bukak sendiri tv, inspect sendiri, baiki sendiri, tapi dengan guide dari diorang. Kitorang mcm terkejut jugak,sebab 1st time dengar kan,mana ada lagi buat konsep macam ni. Lepas tu brother tu tanya,ada masa tak ni,kalau ada boleh buat sekarang.dah alang alang kan,buat lah. Tapiii kena ingat,hahaha sebelum start tu kena bayar RM50. Ini servis caj untuk dia ajar & guide kita. Again,haha terkejut, tapi dah itu cara...so bayar lah.

Tapi, kita boleh jugak nak tinggal biarkan brother tu yang repair. Boleh jer. Tapi sebab kan kitorang free semalam, okaylah buat sendiri lah kan.

Ketahui lah, nak bukak casing belakang tv tu, mak aiiii banyak giler skru weh, serius banyak sangat.

Test kapasitor. Ingat lagi belajar fizik. Mampos tak ingat dah, giler kau zaman bile belajar. Lain lah kalau sekarang kerja under elektrikal ke aper kan.mana nak ingat,tapi akak tu ajar lah...ce dulu tengok ada terbakar tak. Blablabla...

Tv kitorang ada kapasitor terbakar, so replace kapasitor. Then bila on, pop terbakar lagi. So brother tu check power board. Yang ni dia buat sebab kena cek satu satu aliran power semua lah...cek cek cek tak jumpa,sebab semua okay. Replace kapasitor terbakar lagi. So brother tu syak power board problem. Caranya, pergi beli power board dari hitachi,then tukar. Boleh tukar sendiri sebab husband dah tahu camne cara nak pasang.

Ni antara sikit tv yang ada bahagian dalam, bahagian luar, bahagian sebelah kiri banyak lagi.

Tu rupa power board,yang kitorang kena beli and tukar.

Sudahnya,kitorang balik je lah tanpa solve problem tv tu. Sebab spare part takde kat kedai tu. Kena call hitachi untuk tanya spare part.

So, apa pandangan korang servis macam ni???

1) bagus untuk elakkan dari kena tipu
- yes bagus sebab nak elakkan dari kena tipu. Korang sendiri buka kan, buat sendiri kan. So selamat lah. Sebab, masa kitorang pergi,ada sorg lelaki. Dia hantar tv dkt kedai lain, 3bulan xsiap. Takde khabar. So dia ambik dan datang kedai ni. Buka buka banyak main komponen hilang. Brother tu buat kira kira,kalau beli komponen tu semua,sama dengan harga tv baru. Termenung laki tu. Tv LG Plasma tu. Sedapp je korang main sebat komponen tv orang yer.

2) kalau kes kitorang ni, macam tak solve kan. Haha terasa jugak mcm pay rm50 for nothing.hahahaha....

3) maybe kalau sesetengah kedai, dia cek cek and spare part takde, mungkin yang okay, takde ambik duit. Mungkin lah.

4) in term of bussiness, yes bagus untuk kurangkan man power. Jadi bila manpower kurang,gaji pun kurang dibayar, jadi takder lah dia nak caj mahal2 kan.

2benda hany belajar, sambil sambil duk nunggu, sambil sambil jaga anak. Sekarang kan semua tv dah kurus kering kan, lcd led tu. Diorang cakap kalau dah berusia 3,4tahun tu ger ready lah yer. Kebanyakan start rosak dah. Jangka hayat tv skrg tak mcm tv zaman dulu, boleh smpai puluh2 tahun.tv skrg 4 5 thn je. Kitorang punya ni smpai 7thn, dah bersyukur lah 7thn, lama sgt dah tu riwayat tv ni.

Lagi 1,kata akak tu, kalau casing tv dah berkarat, sangat bahaya. Itulah dia kata. Akan effect screen ke apa. Sebab tv sorg brother ni semalam, takboleh repair dah kes hilang komponen tu. Tapi akak tu cakap, kalau boleh repair pun, akak tak suggest untuk repair sebab tv awk ni dah berkarat,bahaya ni.

Kedai ni dah lama, tapi servis macam ni baru 1bulan diorang implement. Yang baiki sendiri ni. Okay, korang sila pergi hari bekerja, sebab kalau hari minggu memang ramai dan kena Q.kedai ni dibuka sehingga jam 1pagi. So sesuai lah kalau hari bekerja pergi malam yer.

For now, kedai ni tak mesra baby lagi,diorang baru nak set up tempat untuk menunggu. Jadi kalau bawak anak anak, sila jaga betol2 sebab kedai mcm ni faham faham la,merata rata barang kan.

Okay, ini no brother ni apa apa sila call brother ni yer. Saya up entri ni sebagai perkongsian, takder share apa apa, dan takde dapat apa apa. Call direct brother ni.
0192002554


Naseb ada kakak peneman, kalau tak mengamuk la dia.

Okay daaa....
Komen
4 Komen

4 comments:

Yana Libra said...

oooo...menarik konsep dia..lain dr lain :)

Qaseh Suhaida said...

Tv led sy pun rosak tp xtau nak hntr repair kat mana..

Rohani Hashim said...

@ yana libra,
Ha menarik kan konsep nya. Lain la dari tempat lain

Rohani Hashim said...

@qaseh suhaida
Kalau dekat dengan kajang boleh la hantar yang kami pergi ni.