Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, hany dan MZ dan selamat sampai ke kampung halaman, semalam jam 10 malam. hehe so far perjalanan ok, takde jem. tapi kami bertolak lewat, dan singgah agak lama di kemasik, tu yang lambat sampai.

Esok, dalam jam 10 atau 11 pagi, kami akan bertolak ke Kelantan, dan ahadnya akan balik ke Selangor. Isnin hany dah start kerja. Semalam bawak kete 110 jer. owhhh giler boring. memang la hany tak lari laju pun selalunya, tapi 110 kat highway lengang rasa macam sengal jer.ahaha jom download AES detecter jom…

Selamat Menyambut Hari

Raya AIDIL ADHA,

buat semua…

 

Berhati hati walau dimana anda berada…

Sunday, October 21, 2012

Cerita Bola…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Plan asal nak pergi tengok live di Stadium Shah Alam untuk final Piala Malaysia 2012, semalam. tapiiii setelah mengambil kira dari semua sudut…hehehe banyak jugak la benda difikirkan, maka suami buat keputusan untuk tengok di depan tv, sambil baring baring makan kepek pedas.

Sebenarnya dah lama owh hany tak tengok live kat stadium. memang teringin sejak semi final pertama dengan Selangor lagi. tapi ada kekangan la so tak dapat pergi. takper lah, lain kali jer lah kan.

598891_280038178774490_1096139275_n Kelantan vs ATM

Rasanya ramai tengok jugak perlawanan semalam kan. Kitorang layan depan tv jer lah, tapi puas hati sikit sebab kali ni ada live di astro HD, 134. kitorang memang tak langgan sport punya, selalunya tengok di 801 jer. semalam puas hati la kan, dapat tengok di HD nya kan. nampak habis jerawat orang ahaha. itu yang ko perati.

Personally, bagi hany lah. memang perlawanan semalam tak sepantas macam perlawanan semi final. kalau tengok semifinal Kelantan dgn Selangor, ATM dgn Lions12. Game tu memang besh.pantas laju jer. tapiiii game semalam pun tetap mendebarkan.ahaha kalau ada siapa ingat game kelate lawan sime darby? hany pergi tengok live masa tu. aaahhhhh sakit hari ok, slow giler game. lepas tu macam banyak mistake jer. ntah apa apa.memang tak puas hati sangat tengok game tu.

Tapi game semalam, memang puas hati lah. berdebar debar okay tengok.ahaha kalah orang yang main kot ko.

ATM, uishhh masa ATM samakan gol tuh memang debor giler lah. cepattt je dia berjayakan samakan gol. ATM bagi hany, semangat diorang kental kan, tak cepat down la team dorang ni. macam masa lawan LIONS12 gak, padahal last minit dah ni, sempat lagi sama kan gol. terus heret ke penalti.

Kelantan, rata rata risau sebab Ghaddar & Farhan tak main. tapi Kelate berjaya terjemah dengan memenangi perlawanan semalam. tapi tu lah, ketiadaan ghaddar dan farhan berjaya naikkan kembali prestari Matyo. Kelate memang dah berpengalaman la sebab dah banyak kali pergi final.dan bermain untuk liga AFC kan.memang kelebihan di pihak kelate la semalam.

548714_281850875259887_473762392_n Puas hati, sebab matyo dah lama tak score. ni masa berjaya sumbat 1st gol

293802_282015728576735_1670437942_n (1) Kapten Kelate, Piya. hehe hany suka permainan dia, dia cool. jarang la terlibat dgn insiden apa apa, jarang jugak dapat kad. tapi semi final dia dapat kad kuning sebab bukak baju and promote AJihs Nasi Lemak…ahaha lawaks;)

75615_282001668578141_1691546429_n Pemain yang penuh kontroversi. tapiiii kontroversi dia pun prestasi still mantop kannnn.

397296_281915495253425_434024699_n Gol kemenangan dari Indra Putra. sape tengok semalam? ramai cakap gol bertaraf international…

36325_277282162383425_1756752907_n Farhan yang hany duduk di bangku penonton sebab dapat 2kad kuning. trademark farhan, kasut dia mesti kaler striking…

Aperpun, TAHNIAH ATM dan TAHNIAH KELANTAN!!!

Credit gambar to Muhd Adlan Photography

Friday, October 19, 2012

Great! yes Great Wall…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Okay, hany promise…buat masa ni, ini adalah entri terakhir mengenai Beijing. ahaha sangat banyak jer entri pasal Beijing. Almaklong la orang jarangggg sangat ke luar negara nih kan. Last keluar dulu adalah tahun 2007, ke Boston. setelah 5tahun baru keluar balik…ahaha maka lagi 5tahun la kot nak keluar lagi ni ;)

InsyaALLAH ada rezeki kan, esok lusa kot kot boleh pergi lagi kan. tapiiii kalau menggunakan duit sendiri, tempat pertama hany nak pergi adalah ke Tanah Suci, Mekah…InsyaALLAH…aamiin.

Takyah banyak cakap, mariiii tengok gambau!

1 well, macam biasa “bodyguard” mesti mengiringi punya.ahahha ok ok ini last hany panggil korang bodyguard ;)

Kalau pergi Great Wall ni, please la korang kena pakai kasut. jangan jadi macam hany. yerlah kasut nya dah koyak kan, lepas tu beli yang crocs pink tu jer. bukan kasut tutup full pun. dan memang tak sempat nak beli kasut bertutup lain. seriau jugakla naik pakai slipar jer. hany prefer pakai slipar ni sebab lagi selesa dari crocs yang hany beli. Hush puppies ok! ahaha nak jugak bagitahu kannn. so tapaknya tak licin la. tapi yang masalah lah, masa mendaki tu sah sah la berpelu kan, tapak kaki hany basah, dan rasa licin antara tapak kaki dan slipar. bukan tapak slipar yang licin. Apapun ko memang besh hany slumber pakai slipar, sampai kotor kaki…

DSC_0836Ni geng geng dari Ganu. cakap loghat Ganu ok dekat Great Wall…Terbaekkk ah!!!

Dorang ni cakap la, hany lepas jumpa dengan geng geng Ganu dia, terus tersenyum jer muka. padahal sebelum ni macam takde mood. ahaha memang la sebab risau fikir kang licin pakai slipar ni.ahaha Teganu punya pasal…terus OK!

DSC_0877 Okayyyy, jom kiter…

DSC_0913 eh eh tak balance…jangan pandang bawah…gayat!!!

DSC_0927 panjatttt jangan tak panjatttt. dia punya curam tu boleh tahannn gak la. seb baek ada pemegang.sangat membantu ok.

DSC_0937ahaha nampak ajer orang nak ambil gambar.sempatttt!

Masa kat sini hany agak seriau dan takot, sebab lorong dia sempit, lepas tu mendaki kan, ada yang naik ada yang turun, sekali selisih tu…eiiii rasa macam nak tercampak jer.ahaha imaginasi sangat tinggi…

DSC_0977 Majoriti adalah rakyat china jugak yang datang sini.bagus la dorang ni support betol. eh mamat tu macam pakai kot la pulok.ahaha kelas gitu daki Great Wall pakai kot.

DSC_0892 hssshhhh penat penat. stop dulu. gambar tak ikut susunan dah ni.

DSC_0950 berehat di tepi tepi…ahaha penat weh naik sini…

DSC_0985 wife opismate hany…

DSC_0963 ahaha burok muke. serius gayat bila pandang bawah. ni baru sikit naik ni.

DSC_0973 tak sempat la nak ukir nama sendiri kat sini.

DSC_0980 ni pergi pagi ni, orang dah ramai…kalau lewat sikit lagi la ramai orang.

Hany kalau ada rezeki kena pergi lagi la daki Great Wall ni, sebab hari tu naik sampai station 1je kot. serius, kaki krem. dah la pergi great wall dulu,then lepas tu ada banyak lagi tempat nak pergi. memang kremmm kaki. tu lah dah lama tak exercise kan. padan muka ko hany! masa panjat setiap tangga tu, ada yang sampai kena angkat kaki lebih dr 45 darjah tau. kalau kawad kaki mesti angkat 45 darjah kaki kan. ni ada yang lebih lagi sebab mendaki kan. anak tangga dia boleh tahan besar weh. tapiii yesss, Great Experience.

DSC_0122 hany sebak tengok gambar ni…

Ko tengok semangat ayah budak ni. sanggup kendong anak dia demi untuk panjat Great Wall ni kan. rela ok. KAsih seorang ayah. dan korang perhatikan, anak dia pegang BENDERA CHINA tu. memang semangat la dorang ni.eiii kalau la aku ada FB bapak dia nih kan, aku tag gambar ni. nanti anak dia dah besar, gambar ni sangat bernilai buat dia…memori nih beb! sebak weh….

DSC_0991 Tangga turun ke kanan tu ada kedai souvenier…

Ahaha, hany turun situ sebab nak pergi toilet. siott jer, boleh nak terkencing lak kan. sekali toilet langsung takde air, sinki pun takder. dahla ada anjing menyalak nyalak. terus kenselkan hajat. moralnya, sila lah membuang dulu sebelum panjat Great Wall. mampos ko kalau nak terberak tiba tiba…ahaha terjun la korang dalam semak tu ahahaha….

hurmmm begitulah seadanya cerita ini. ahaha ending yang siot kan.ok lah korang pun dah boring asyik entri Beijing jer. ni last la buat masa ni.nantikan gatal datang, hany buat lagi entri…

Thursday, October 18, 2012

Maaf kerana dah lama melupakan mu…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum, Semalam mimpi arwah abang hany…huhu hari ni pagi pagi lagi dah emo. terus korek entri lama…hwaaa lagikla sedih…

Repost
Pemergian mu, kami redho, kami pasrah.

11January... Hany kehilangan seorang abang lagi abang...sbnrnye asal hany ada 5org abang, tp hanya 3dari mereka yang hany kenal and jumpe. yang sulong dah kembali ke rahmatullah masa hany sek rendah lagi...then pada 11January2008, kembali nya seorang lagi abang hany......so skrg tinggal sorg lagi abang...2yang xdisebut yg mana hany xpernah jumpa pon telah kembali ke rahmatullah...hany xlahir lagik masa tu...

pada yg pernah dengar citer nih, mesti dah tau camne citernye kan...hany pernah cerita kan kt blog lame hany,

11January, adalah hari jumaat, abang pergi untuk selama lamanya lebih kurang jam 7++ pagi...dan hany xsempat berjumpa dengan nya, apatah lagi mak ayah hany pon xsempat jumpa...abang meninggal di hospital alor star, kedah akibat kegagalan buah pinggang berfungsi...kidney failure...(ye kot ayat dia mcm tuh)...

Alhamdulillah...

hany tidak rasa ralat mahupon menyesal, even hany xsempat menatap wajah arwah buat kali terakhir...dan yang pasti kami; hany, mak, ayah hany sudah ampon serta maafkan segala dosa dosa nya...(harapnya dia pon maafkan hany atas segala kelakuan nakal adik nya ini)...

sewaktu dia terlantar dihospital...hany station di puncak alam, selangor...dan alhamdulillah...hany sempat melawat abang...mak ayah pon sempat bercakap ngn abang...alhamdulillah...

hany stay kt penang,umah paktam, then paktam yg bawak hany pergi hosp alor star...memang hany ada family angkat kt kuala muda, kedah, tapi masa tuh tengah banjir. so, hany xmoo nyusahkan family angkat hany untuk bawak hany ulang alik ke hosp. so hany decide utk stay kt balek pulau then dgn bantuan paktam, hany ulang alik ke hospital...hany keje part time ngn paktam masa final sem kt upm..kitorg close since hany study lagik...

masih hany teringat,

arwah ditempat di bilik yg berasingan, at that time, dia didapati ada batuk kering...so dek tidak mahu berjangkit, maka abang diasingkan bilik...masa hany jumpa abang, paktam xmasuk...hany xtau ape reason dia..but bg hany dah cukup bersyukur dia nak tolong hany kan..xkesah la dia xnak jumpa abang hany pon...hany xkesah...

sebelom masuk jumpa abang, hany mengintai dari pintu wad, abang nampak segar..tapi sekali sekala kedengaran batuk, batuk yg agak kuat...hany kuatkan semangat...sebelom masuk lagi hany dh senyum kat luar pintu...then terus hany masuk...hany bagi salam...sambil senyuman gembira masih dibibir hany...

abang terkejut bila terpandang hany masuk sambil memberi salam...yer, hany mmg expect pon abang akan terkejut, sbb bg hany sudah semestinya dalam fikiran abang tiada siapa dari ahli keluarga akan melawat abang...tapi tekaan abang salah...hany sebagai adik, hany sanggup datang ok...terus hany salam dgn abang dan cium tangan arwah...

ada bbrapa org yg memandang dari bilik sebelah (partition cermin, so bley nampak) memandang hany dgn muka kehairanan...maybe dalam hati dorg, ishhh hany xpakai mask...pesakit kan ada batuk kering, batuk tuh menyebarkan virus...boley berjangkit...hello!!! hany xkesah ok, waktu tuh, hany xterpikir langsung berjangkit ke haper ker...but hany excited, gembira, dapat jumpa...and yang paling penting hany tahu abang gembira melihat darah daging dia berada disitu...bayangkan apa kata abg hany kalau hany masuk pakai mask...ishh mesti dia sedey kan! NO No No, hany xnak dia rasa macam tuh....

hany pon duduk sblh abang atas katil...hany tanya ape semua kan...bgtahu keadaan mak ayah hany semua...update sikit2 pasal kerja...pastu, arwah pon bertanya kat hany..

"Terok doh kan abg di ni?"

sambil tunjukkan kaki dia yg bengkak

"eh, dok la..sihat je napok, batuk tu sikit jer"

hany cuba menggembirakan abang...walaupon pada masa tuh dalam hati hany  trkejut...sebabnya hany tekan dekat bahagian bengkak di kaki abang dgn jari...maka terhasil la lekokan...tapi bila jari ditarik lekokan tuh still ada...xhilang...seolah olah tiada tindak balas..(orang tua tua kata, kalau mcm tu dah xlama la tuh)...hany masih mampu maintain macho hany...xsedey, xsebak....


lepas tuh, hany tanya apa abang nak makan, sbb arwah mmg kuat makan...dan ketahuilah bahawa makanan di hospital, macam mana rasanya kan? masa tu hany belikan arwah roti, tea ais, air mineral beberapa botol, then sebotol air berperisa (tak ingat air apa), itu yang arwah nak masa hany tanya...


hany kembali ke wad...berbual lagik...then hany tanya nak bercakap dengan mak ayah ke tak? sebabnya hany tak rasa hany dapat bawak mak ayah hany melawat abang dalam masa terdekat...sudah semestinya abang nak bercakap dgn mak ayah. anak mana tak rindukan mak ayah kan, nak nak lagi dalam saat seperti itu...
hany kol mak, dan bagitahu abang nak bercakap...hany terus hulurkan handphone pada abang...dengan tak semena mena air mata abang terus gugur sambil bertanyakan mak ayah sihat ke tak? berjujuran air mata gugur...sampai tiada suara yang keluar...abang berhenti sambil hulurkan handphone pada hany...abang mintak hany bagitahu mak, jangan menangis...sebab abang tak sanggup mendengarnya...


hany keluar dari wad untuk bercakap dengan mak...hany bagitahu mak, tenangkan mak...jangan nangis sebab abang mintak jangan ,menangis...yer sangat syahdu suara mak hany saat itu...seketika kemudian, hany kembali ke wad dan hulurkan handphone pada abang...kali ni, abang sedikit tenang...dapat berkata kata serta bercakap dgn mak, abang juga bercakap dgn ayah hany....air mata tetap gugur dari mata abang...saat abang berulang kali meminta maaf serta meminta menghalalkan segalanya dari mak dan ayah...saat inilah airmata seorang perempuan gugur...gugur dari mata hany...hany sangat tak tertahan waktu ini...


selepas beberapa ketika...
hany meminta untuk pulang...hany meninggalkan phone number pada yang berkenaan...hany mintak pada dia supaya inform hany sekiranya ada apa apa....dan hany berjanji pada abang untuk kembali melawat....waktu tuh, kebetolan pulak, anak mak angkat hany seorang nurse, dan bekerja di hospital tersebut...jadi hany pon meminta dia juga tengok tengok kan abang...


4, 5 hari sebelom 11 January,
dia yang hany tinggalkan phone number, kol hany katanya abang hany meminta hany datang ke sana...hany cakap InsyaAllah...hany xley janji since ade banyak keje...then dia kol lagik..berulang kali...katanya tak sanggup tengok abang asyik mintak hany datang ke sana...last sekali, hany bersetuju...hany akan melawat abang esoknya...hany amek MC on friday, 11 January...


Khamis malam, hany menaiki bus ke kedah...dan hany memang plan untuk tido dirumah mak angkat hany, then besok pagi akan ke hospital...mak ayah hany dah mengetahui akan pemergian hany melawat abang...hany sampai di rumah ayah angkat(abah) hany jam 6pagi...abah suruh hany tido dulu, then dah cerah sikit baru gerak ke hospital...hany tido kat sofa jer, sbb penat sgt hany rasa...xsempat langsung masuk bilik...

then,
jam7++, mak hany kol, smbil suara sebak kedengaran...mak cakap ade orang kol dan bgtahu abang dah takder...hany yang tengah mamai mamai nih, terkejut yang amat...terus hany larik keluar rumah sambil jerit nama abah...(abah ade kolam udang, pagi pagi abah akan bersihkan kolam kt luar), sambil nangis hany bgtau abah...kitorg terus siap cepat-cepat dan bergegas ke hospital...jam 9++ smpai. hany dibagitahu abang pergi jam 7++...patutla abang beriya suruh hany datang...bukannya sekadar melawat...tetapi yang paling penting untuk mengambil jenazah nya...dan membawa pulang ke kampung halaman...


masa hany sampai ke bilik mayat...hany dikehendaki untuk cam mayat...seyesly...rasa macam dalam citer la...tapi xderla yg pakai tarik tarik laci tuh...masa tuh jenazah dibaringkn atas katil tuh jer, ada la attendan hospital yang datang dan selak sedikit kain yg menutupi jenazah...mahu tak mahu, hany lah satu satu nya waris arwah ketika itu...hany terpaksa hadapi...air mata masih berjurai gugur...tapi saat kain di selak...memang hany tak tertahan lagik...seolah olah baru sedar itulah abang hany, padahal memang dah diberitahu yg abang sudah tiada...hany menangis semahu mahu nya di bahu mak(mak angkat hany)...
abah diam tak terkata...mak turut menangis...lala bergenang air mata dan adik mad, terpinga pinga seolah olah bertanya kenapa kak menangis sambil memegang tangan mak...keluarga angkat hany hanya mengenali hany, even dgn mak ayah kandung hany pon diorg tak pernah jumpa...tapi maybe disebabkan melihat keadaan hany, mereka turut sebak....


selepas urusan cam jenazah...hany terus kol makcik hany, mmg makcik dah tahu, tapi untuk pengesahan...hany menangis teresak esak...sambil bercerita...hany tak sanggup nak maklumkan pada mak ayah hany kt ganu, hany minta makcik yang smpaikan segalanya...seterusnya, hany kol sape yg berkenaan msg sapa yg berkenaan...sejurus selepas itu, mak kol, mak tanya hany...bole bawak ke jenazah balek ke ganu, mampu ke hany untuk uruskan semuanya...then seketika lepas itu, mak kol lagik...dia dah berbincang dgn ayah hany, sekiranya hany xmampu nak uruskan segalanya...mak redho mak pasrah, semadikan saja jenazah disini...sebak didada semakin terasa...then hany terfikir kenapa abang beriya nak hany datang kan! kenapa beriya suruh menjenguk dia...jauh disudut hati hany, hany tau abang nak hany bawak dia balek...then hany inform pada mak ayah serta keluarga makcik hany...mereka bersetuju untuk settlekan hal disana...mereka akan sediakan apa yang perlu..tugas hany bawak abang balek...


prosedur takla mudah dan takla sukar...hany amek keputusan mandikan jenazah, kafankan dan sembahyang terus jenazah di hospital...dan sewa van jenazah untuk membawa jenazah ke terengganu. disebabkan hari jumaat...sedikit kesukaran dihadapi...tapi alhamdulillah...semuanya dapat diselesaikan...


paktam dari penang datang...anak ayah angkat hany yg sulong dtg dgn isterinya...
pihak hospital hubungi org yg akan kafankan jenazah dan orang orang yg akan sembahyang jenazah...ustaz yg mandikan serta kafankan jenazah dtg dgn cepat sejurus diberitahu...semasa jenazah dimandikan dikafankan...kami menunggu diperkarangan rumah mayat...masa ni, handphone hany xhenti henti berdering, call in, msg masuk...


hany kol mak hany kat pulau duyong...mak kedengaran macam lain sangat suaranya...hany tanya la kenapa, mak diam jer...lepas tuh mak terus alih topik dan bertanya hany mcm mana skrg...hany pon bgtahula yang semuanya dah selesai...dan hany akan bawak pulang jenazah ke terengganu....then kemudian mak cakap...

"Mek jgn terkejut, mok ade kt spital nih..."

"knape plak" --->hany terkejut yang amat...tadi elok je kat rumah....

"tadi lepas dengar abg di xdok, pok pengsan...mok terus kol ambulan"

Ya Allah...
mmg meraung giler hany kt situh...mak ckp xder ape...xde aper kt hany...then mak letak phone...agaknya xnak dengar hany nangis...sepantas kilat...hany dial numbe spupu hany..yang ni hany agak rapat...

"kakgie pok masuk spital...tolong ar g spital tengok pok...tolong ar"

"la...pulok...aku baru nok g umoh mu nih...dok ape laaa, aku g spital terus ar"

sedikit lega bile dgr camtuh...
mmg la kat hospital ade nurse ade doctor kan...ayah hany masuk hospital sebab terkejut dgn berita kematian abang...ayah dah la ada sakit jantung...hany menangis lagik...ye la mane nak uruskan yang di depan mata, mana hany fikir pasal ayah hany lagik...waktu tuh, hany doa dalam hati, jangan la ayah hany pulak yang pergi...banyak lagi yang belom hany tunaikan untuk ayah...banyak lagi yang hany nak buat untuk ayah...


Sejurus selepas itu,
ustaz pon panggil hany...alhamdulillah jenazah sudah dikafankan...hany nampak sekujur badan berselimut putih diatas katil, hanya kelihatan muka sahaja....ustaz memanggil hany untuk menabur apa tah...katanya sepatutnya waris lelaki yg buat semua ini...tapi disebabkan hany je waris arwah ketika itu, ustaz cakap xperla biarla hany yang buat...so saat ni, hany kentalkan hati...hany anggap hany ni anak lelaki...hany buat seperti yang di arahkan ustaz...alhamdulillah...hany berjaya sempurnakan....


saat ni, muka arwah sangat tenang...agaknya arwah tahu yang dia akan dibawa balik ke terengganu...bersih tenang sangat hany tengok...dan mungkin jugak abang sempat bercakap dgn mak ayah kan...


kumpulan yang akan sembahyang abang pon sampai...dalam sepuluh orang...seketika, ketua kumpulan tersebut bercakap cakap dgn abah...hany xtahu apa yang dibualkan...hany berdiri jauh, dah la hany berseluar ketat, ber t-shirt agak singkat...so segan sikit la...abah datang kt hany...kata abah, ustaz tuh cakap...sepatutnya waris lelaki arwah yg kena bercakap dgn ustaz...kena wakilkan ustaz...macam mintak tolong la.."ustaz, saya mintak ustaz sembahyang arwah ustaz"...ha mcm tuh laa...tp sekali lagik, xperla disebabkan tiada wakil...abah cakap abah dah menawarkan diri untuk pikul tugas tersebut...tapi abah bukan darah daging arwah...so nak tak nak, sekali lagi hany kena lakukan semua tuh...


macam kosong, xboley nak buat ape lagik...untuk selesaikan dgn cepat...hany pon berjalan menuju ke arah ustaz tersebut...semuanya berjubah putih, bekopiah putih..ada yang tua ada yang muda...dengan nada sebak, air mata masih mengalir...di sebelah tangan memegang handphone, dan sebelah lagik menekup mulut dgn selendang yang dah basah dgn air mata dan hingus..."ustaz, saya mintak ustaz tolong sembahyang jenazah abg sy ustaz"....ustaz tersebut hanya mengangguk...then terus hany pergi mendapat kan mak hany...menangis lagik...paktam turut serta sembahyangkan jenazah...


+- jam 3ptg,van jenazah sampai...nasib baek lala nurse kt situh, then kitorg tumpang mandi di asrama dia...lala cuba carik baju kurung dia...ye la kan xelok la hany nak balek ke ganu dgn jenazah pakai sluar ketat tshirt senteng...tapi nak buat camne lala tuh kurus...mane nak muat kan...so gamble je laa...hany sarungka sweater...

jenazah dimasukkn ke dalam van, hany salam salam ngn mak, abah, lala, adik mad...ucapkan terima kasih pada diorg serta paktam yg sanggup datang dari penang...seterusnya, kami bergerak ke ganu..dengan 2driver dari pihak hospital...

Dalam van,
hany berulang kali membaca surah Yasin yang dibekalkan oleh mak angkat hany...berulang kali...smpai hany tertido...elok je hany terjaga...hany terus bukak yasin dan ulang...ntah smpai kat mane ntah...driver stop utk solat dan makan...sudah tentulah hany xde slera utk makan...hany turun solat dan melihat je 2driver tersebut makan...dorg orderkan air pon hany xsentuh...manala hany ada slera kan waktu tuh...seketika kemudian, kami teruskan perjalanan...salah sorang driver hulurkan coklat utk hany...dia beli sbb tgk hany xmakan dr siang...


hany amek dan simpan dalam poket...xslera la nak makan...dalam pada itu, banyak msg duk bertanya kat mana lokasi hany sekarang...kat kampung semua sudah bersedia...kaum keluarga dah berkumpul kat rumah, ayah hany pon dah keluar dari hospital...liang lahad dah tersedia....alhamdulillah...+- jam 2.30pagi hany sampai ke pulau duyong...waktu tuh hujan renyai renyai...lebey kurang 10minit sebelom sampai hany kol spupu hany yang sebaya dgn hany...dia yang uruskan segala urusan untuk kebumi...dia mintak hany terus bawak jenazah ke tanah perkuburan...semua saudara akan menanti di sana...
sesampai hany ditanah perkuburan...


hany turun dari van terus mencari mak dan ayah hany...waktu tuh...semua urusan telah bertukar tangan...spupu hany yang ambil alih...terasa satu perasaan yang sangat lega...macam terlepas semua beban dari hany...hany hulurkan air mawar yang dibekalkan ustaz pada pakcik hany....hany salam mak...salam dgn makcik makcik hany...yer, semuanya mata bengkak..sama ada menangis, ataupon dah mengantok....hany carik ayah...ayah dalam kereta...tengah baring sbb keadaan masih x mengizinkan...


jenazah terus diusung ke liang lahad...masa tuh hany memandang dari jauh jer...dengan bersweater hijau, bertudung krim...hany pada ketika itu tidak merasakan apa apa dah...tiada setitik air pon jatuh dari mata hany, tiada sebak, tiada esakan keluar dari mulut hany...mungkin hany dah terlalu laam menangis dan mungkin jugak sebab hany puas kerana sudah menunaikan apa yang arwah mahu hany lakukan...


ayah hany mahu menuju kearah lioang lahad...tapi semua makcik hany xbenarkan...biarlah kami melihat dari jauh...tidakla terlalu jauh...ayah pasrah dek kerna ingin mengelak dari berlaku kejadian tak diingini...sebelum jenazah dibawak turun, spupu hany ada bertanya, ada sapa sapa nak tengok arwah untuk kali terakhir...hany cakap tak payah la..sebab nya dah dikafankan, tak elok untuk dibukak...itu jugak pesanan ustaz yg kafankan jenazah...semua pasrah...
kenapa jenazah dikebumikan pagi pagi hari, kenapa tidak menunggu esok hari? sbbnya jenazah dah terlalu lama bimbang sekiranya lagi lama lagi jenazah uzur...tak elok untuk siksa jenazah seperti itu...


hany bersyukur,sepupu-sepupu, rakan sekampung, jiran jiran yang menggali liang lahad, yang tolong semasa urusan pengkebumian arwah...alhamdulillah....bersyukur sangat...dahla keluarga hany xder lelaki dah kan...harapkan sepupu jer laa...dan sekali lagik...hany di panggil untuk menyiram air mawar...sepatutnya ayah hany yang sempurna kan, tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan, hany yang perlu pikul tanggung jawab tersebut...
alhamdulillah...jenazah selamat dikebumikan jam 3++ pagi...
hany tido dengan lena...mungkin kerana kepenatan...tapi yang pastinya hany puas, tenang serta gembira dapat sempurnakan segala urusan....ameen.....

 

AL-FATIHAH buat arwah abang hany

Rosdi bin Hashim

Saturday, October 13, 2012

Shopping…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Shopping time!!! masih lagi cerita di Beijing.mahappp ada sikittt jer lagi ni.ahaha tak puas hati la kalau tak tempek semua gambar kannnn. Ni semua hany campur tolak bahagikan jer. ahaha malas nak buat 1entry untuk setiap tempat shopping. Masa pergi GREAT WALL, kitorang ambil pakej kereta la,then sekali la di bawa ke SILK factory, JADE factory, SILK Street…

DSC_0432 selimut or cadar, ahaha tak hengat.

DSC_0433 angry bird…

DSC_0447 kain pasang

DSC_0450 RM150 4meter

DSC_0441 sutera jugak ni

DSC_0443 hany berkenannnn sangat yang ni. tengoklah harga 1280/2=RM640….

page

;)

Seterusnya, di JADE FACTORY…

DSC_0770 kalau dah jadi mcm ni, ribu ribu harga dia….

DSC_0757 oloooo cute nya laaa

DSC_0784 cincin…

DSC_0778jadi model  tolong try untuk suami suami belikan buat isteri kesayangan….

IMG_4107 hany beli cincin jer. ahaha haruslah kaler hijau, baru nampak keJADEan nya kannn. serius tak ingat harga, kalau tak silap RMB150, dalam RM75.

Seterusnya, ni gambar masa shopping area wangfujing. tempat ni dekat jer dengan hotel kitorang stay tuh. dia macam lorong gitu, ala ala petaling street tu.tapi kecik jer lorong nya.

DSC_0657 sempit jer lorongnya…

DSC_0652 murah murah barang kat sini…kena bargain la kan.

DSC_0663 minum teh. ahaha kecik jer cawan nya kan.

DSC_0662 aper tu…untuk budak budak…

DSC_0661 patung patung pun ada…

Seterusnya SILK STREET. nama jer street, tapi sebenarnya dalam building. ha kat sini pun senang nak pergi sebab hentian train dia sangat la dekat dengan building ni. kat sini korang nak cari henbeg, banyakkkkk gilerrrrr, luggage….baju, alas meja, kasut, cap, semua benda lah kot. Nasik lemak tak der lah.

Kat sini, dorang boleh la cakap melayu sikit sikit, miss mulah mulah, masuk miss, mulah mulah…malaysia. ahaha mesti itu jer dorang hafal kot. dah tahu sangat dah orang Malaysia ni suka shopping.

DSC_0540 kedai hijau ;)

DSC_0544 pilih pilih…tengok mana berkenan…hany tak beli pun henbeg. hany susah sikit kalau nak beli henbeg ni,ntah kena ada kriteria tertentu. padahal henbeg hany skrg tunggu masa je talinya tuh.

DSC_0565 kedai tak ramai sangat orang kot.

DSC_0562 tengah ushar casing iphone.tak der yang berkenan laaa….

okayyyy, sudah cukup sudah gambar, banyak kot ni.mampus la kalau habis quota blogger nih.hehee…so far shopping kat sini memang heaven la. tapi korang kena la pandai bargain yer. contoh boot. mmbe hany beli, harga asal dia letak dekat RMB2000 kot, dia mintak RMB500. tak dapat. lama gak duk tawar menawar, tak dapat jugak. dia pun blah. siap keluar hisap rokok, sekali yang meniaga tu datang cari dia, sampai keluar bangunan cari tuh. bagi la dengan harga RMB600= RM300. ahaha murah tu beb. boot kulit, tingginya lepas lutut. kalau kat sini memang riban la harga. jangan risau dah cek bukan kulit BaB!.

ada lagi tau entry kat beijing ni, hehehe entri ke GREAT WALL;)

Monday, October 8, 2012

Macam Nak Bunuh Diri jer…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,

uishhh tidakla sampai nak bunuh diri kan.hish mintak jauh dari terlintas nak lakukan semua tuh. kisah nya adalah menahan teksi macam nak bunuh diri. serius weh. only in china jugak kot bagi hany lah.

Kesahnya, dorang ni memang berebut rebut la nak teksi. duk sana ko jadi driver teksi jer lah dah kayo. berebut rebut orang nak naik teksi. Kitorang lepas training kena pindah hotel sebab nak join lagi 2orang click kitorang. so senang la nanti nak balik ke airport sama sama. lagipun click kitorang tu stay dekat area city, senang nak akses kemana mana la.

Lepas training, kitorang terus balik hotel setel apa yg patut and then berusaha ok menahan teksi nak ke hotel lagi satu. semua teksi taknak pergi sebab peak hour dan jauh kata mereka, dan ada yang tak tahu kat mana hotel tuh.siot jer, rasanya dekat sejam jugak la menahan teksi tu.dahla dengan lugage besar masing masing kan.

Gaya kat sana ko nak tahan teksi, ko duduk tengah tengah jalan. kiranya laluan teksi tu lah. ko tahan la.baru la dia berhenti dan ko akan jadi org yang dapat naik cab tu.itupun kalau dia tahu tempat nya. mula mula kitorang duduk tepi pejalan kaki la sambil tahan teksi. jangan bayangkan gaya ayu tahan teksi. semua tengah berlengas dengan lama tunggu tak dapat dapat ni. last last, hany pun jalan ke tengah jalan sambil angkat tangan tahan teksi.ahahaha memang agak scary, masa mula mula buat, bila teksi tu nak sampai automatik hany bergerak lari ke tepi.takot weh kang kena langgar lak kan. sudahnya orang lain akan berlari dan dapatkan teksi tu. dah beberapa kali buat, terus jadi berani. sampaikan klik hany cakap, “ko ni dah bleh jadi orang China la hany” taknak wehhhh berak tak cebok yeuuuuwwwww. tapi nasib tak baik sebab semua taknak pergi sebab jauh dan jalan busy.

Tengah tengah duk bincang skali berhenti la sebuah kereta, dia yang offer nak hantar. ahaha sebabnya itu adalah teksi illegal. kat sana dorang taknaik yang illegal ni sebab mahal. tapi kitorang dalam keadaan terdesak, maka jangan lah sombong kan.takper mahal pun kita tontong la ramai2. Kitorang tunjukkan alamat, wahhh dia terus cakap tahu katmana. terus angkat beg kitorang.

Plan nya, click yg suami isteri akan naik teksi kesana dengan beg kitorang semua. yer lah 3luggae besar gedabak, 1handcarry dah 3beg laptop. mana muat kan. hany dengan sorang lagi akan ke sana naik subway. sekali, driver teksi tu berjaya muatkan semuanya termasuk kami 4orang+dia dalam teksi.ahaha serius macam sardin.tapi apa ada hal janji selamat sampai.ahaha memang terbaek la.

Setelah dekat sejam maka sampailah kami ke hotel ke2. hany kemas barang mandi and then terus keluar balik sebab nak cari kasut sebab esoknya nak panjat Great Wall kan. kasut comey kaler pink tu buatkan hany tak yakin sebab takut licin jer. sadisnya, kedai kasut area situ semuanya jenis kasut cute cute, cun ayu buat jalan jalan jer, takde jenis yang kasut sukan tu.

IMG_3962 nampak ramai orang kiri kanan church ni. ha tu aktiviti malam dorang. Exercise. ada beberapa group. ada yang menari gangnam style, taichi, poco poco…ntah apa apa la lagi. kalu nak join, masuk and follow je tarian tu.

IMG_3963
IMG_3969
IMG_3970
IMG_3972
Kira ni area city and moden sikit la. ala ala bukit bintang kot. ntah, xpernah pergi bukit bintang malam hari.

IMG_3973 ha, nampak 2orang cikaro nih. dia ni selalu aim tourist la, nanti kan dia datang. “massage sir, massage massage, we have beautiful lady, massage sir”

Mula mula dia offer massage la kan, lepas tu ko dah stuju nanti dia bawak la jumpa orang nak massage tu. lepas tu ko nak servis lain pun boleh. itu hak ko.ahaha ramai giler berkeliaran dorang ni. kiranya ni team marketing la.

yang hany perasan, dorang ni memang kasar. nak nak driver teksi tu, ko menahan je lah. mungkin mereka jadi macam tu sebab mereka terpaksa bersaing untuk survive kan. tapi serius dorang kasar dan garang.

Tuesday, October 2, 2012

Berselera tak?

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Ha, agak agak korang berselera tak guna tandas ni?

578597_532621756752318_175931767_n

Tanda macam ni banyak sangat hany jumpa kat Beijing hari tuh. Public toilet. kalau dalam shopping mall tu proper la toilet dia kan. ahaha ada satu masa tuh, pergi la kedai halal kan, sekali toilet dia adalah macam ni. terkejar kejar la nih pergi toilet nak terkencing, sekali masuk ko….nampak je cenggini, terus tak rasa nak kencing. ahahahaha…

Sinki takde, tisu takda, dinding separate kan pun tak ada. ni nak suruh membuang secara berjemaah, sambil sembang sembang pasal kerja. Lepas tu buleh la berpegangan tangan sambil meneran. ahaha yerkkkkk.

**gambar ni dah upload kat fb…sumber google. ni kira bersih la ni, yang hany hadap hari tu…ahaha urut dada…**

~TQ Dear~

Followers