بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Sunday, October 21, 2012

Cerita Bola…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Plan asal nak pergi tengok live di Stadium Shah Alam untuk final Piala Malaysia 2012, semalam. tapiiii setelah mengambil kira dari semua sudut…hehehe banyak jugak la benda difikirkan, maka suami buat keputusan untuk tengok di depan tv, sambil baring baring makan kepek pedas.

Sebenarnya dah lama owh hany tak tengok live kat stadium. memang teringin sejak semi final pertama dengan Selangor lagi. tapi ada kekangan la so tak dapat pergi. takper lah, lain kali jer lah kan.

598891_280038178774490_1096139275_n Kelantan vs ATM

Rasanya ramai tengok jugak perlawanan semalam kan. Kitorang layan depan tv jer lah, tapi puas hati sikit sebab kali ni ada live di astro HD, 134. kitorang memang tak langgan sport punya, selalunya tengok di 801 jer. semalam puas hati la kan, dapat tengok di HD nya kan. nampak habis jerawat orang ahaha. itu yang ko perati.

Personally, bagi hany lah. memang perlawanan semalam tak sepantas macam perlawanan semi final. kalau tengok semifinal Kelantan dgn Selangor, ATM dgn Lions12. Game tu memang besh.pantas laju jer. tapiiii game semalam pun tetap mendebarkan.ahaha kalau ada siapa ingat game kelate lawan sime darby? hany pergi tengok live masa tu. aaahhhhh sakit hari ok, slow giler game. lepas tu macam banyak mistake jer. ntah apa apa.memang tak puas hati sangat tengok game tu.

Tapi game semalam, memang puas hati lah. berdebar debar okay tengok.ahaha kalah orang yang main kot ko.

ATM, uishhh masa ATM samakan gol tuh memang debor giler lah. cepattt je dia berjayakan samakan gol. ATM bagi hany, semangat diorang kental kan, tak cepat down la team dorang ni. macam masa lawan LIONS12 gak, padahal last minit dah ni, sempat lagi sama kan gol. terus heret ke penalti.

Kelantan, rata rata risau sebab Ghaddar & Farhan tak main. tapi Kelate berjaya terjemah dengan memenangi perlawanan semalam. tapi tu lah, ketiadaan ghaddar dan farhan berjaya naikkan kembali prestari Matyo. Kelate memang dah berpengalaman la sebab dah banyak kali pergi final.dan bermain untuk liga AFC kan.memang kelebihan di pihak kelate la semalam.

548714_281850875259887_473762392_n Puas hati, sebab matyo dah lama tak score. ni masa berjaya sumbat 1st gol

293802_282015728576735_1670437942_n (1) Kapten Kelate, Piya. hehe hany suka permainan dia, dia cool. jarang la terlibat dgn insiden apa apa, jarang jugak dapat kad. tapi semi final dia dapat kad kuning sebab bukak baju and promote AJihs Nasi Lemak…ahaha lawaks;)

75615_282001668578141_1691546429_n Pemain yang penuh kontroversi. tapiiii kontroversi dia pun prestasi still mantop kannnn.

397296_281915495253425_434024699_n Gol kemenangan dari Indra Putra. sape tengok semalam? ramai cakap gol bertaraf international…

36325_277282162383425_1756752907_n Farhan yang hany duduk di bangku penonton sebab dapat 2kad kuning. trademark farhan, kasut dia mesti kaler striking…

Aperpun, TAHNIAH ATM dan TAHNIAH KELANTAN!!!

Credit gambar to Muhd Adlan Photography

15 comments:

NISA KHAIRI said...

apa pun game smlm memang best and sengit..suka sangat!memey sokong kelate pun...hehe

Chic Na said...

tak tengok pun, tp tahniah untuk semua. dua2 mmg best sbb dpt masuk final. :)

fiqkbe said...

fiq dh tertdo smlm masa ngah tgk bola. x sempat tgk saper menang. heee :P

Deq's Qienz said...

terbaekk la permainan smlm.puas ati tgk..my hubby sokong ATM, tp sy ckp klate compom menang..hikhik

Cik Nur said...

Nur sibuk bertwitter semalam..hihih.
apapun tahniah buat kelantannnn..!

dya bunga said...

dya xtgk pun.haha..

Si Matatajam said...

M tak layan bola Tp my hubby mmg minat sangat la..so semalam dia tgk sorang ja la..ha ha..

Zura@Iwan said...

kita pun layan gk bola n hb..hikss..

Nyue said...

hehehehe...suka sgt2...ehehehehh

Mrs Velentine said...

Mv sokong ATm tp Kelantan menang tahniah

kinara kinatara said...

alamak..kina x tengok:)

LYAfrina said...

psaingan mlm tu mmg sengit...
tp..lya sokong ATM..

Chic Na said...

salam aidiladha hany sekeluarga.

balik mana raya ni?

etuza said...

kuat jg penangan Kelantan ni kalahkan TDM yang memang dah sasa merbah...)

Cinta Misteri said...

CiM sokong ATM!!!!!! tak kiralah kalah ke apa, tapi..... season baru nanti Johor ada kembar. Jgn jeles

Tahniah ler kat negeri Chic Na tu yeaaa

Followers