Thursday, February 21, 2013

Tensen, Stress…bagaimana hadapinya….

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Okay, serius, mek bukan nak buat entri tip mahupun panduan mengatasi stress. sangat tidak sesuai dan sangat tidak tahu. Tapi, mek nak share cara mek lakukan untuk hadapi ketensenan ini. Dalam minggu ni ada satu perkara yang trigger mek punya stress. Mula mula dapat berita tu,owhhhh…then terus datang dalam otak benda benda lain.owhhh, serius tak boleh handle.

Mek call membe, nasib baik dia tak kerja.maklumla dia kerja sif kan, tak tentu. terus cakap nak pergi rumah dia petang tu.

Sampai jer rumah dia, si baby baru bangun tidur,tapi masih dalam buaian. Terus duduk main main dengan anak sulong dia. mek rapat sikit dengan anak sulong dia sebab dari baby selalu lepak sama sama semua.Aidid tengah tengok cite kartun, lepas tu ajak sembang, dia cerita pasal ultraman la, apa la. lepas tu main lawan lawan ultraman. Aidid dah besar ler, sakitnya ciksu kena tumbok kena serang dengan ultraman.

IMG_5031ha watermark kena tampal kat muka, kang ada orang curik gambar susah.dahla anak orang kan,matik kalu (bajet konon sape ntah nk curik gambar) ;)

Lepas tu si baby keluar dari buaian.di angkat la,mana boleh keluar sendiri. Ya ALLAH, makin sepet mata qaseh ni. terus dukung qaseh. qaseh rasanya tak sampai 6bulan lagi.ni kali k3 rasanya jumpa qaseh. masa kali ke 2 jumpa, qaseh sombong, taknak langsung kat mek.sedih tau.

Elok jer, dia keluar, hany terus dukung, dia pandangggg je hany…lepas tu qaseh senyum. alaaaa comey. lentok lentok, gomol gomol…ya ALLAH, seronoknya perasaan ni. Mak qaseh cakap pelik jugak selalunya qaseh susah nak close dengan orang yang baru jumpa nih. haaaa see chemistry ok qaseh dgn ciksu kan;)

IMG_5035 pipi tombammm gigit kang.

Lama jugak lepak rumah membe ni.Dah sedar diri maka kena lah balik rumah. serius seronok sangat. Semua benda dah hilang lah. Masuk dalam kereta pun masih ada lagi bau qaseh.haaa melekat gitu. kejap kejap mek hidu lengan, sebab ada bau qaseh. bawa kereta sambil senyum senyum.

Malam nya, banyak jer cerita mek kat mz , macam burung berkicau.ahaha…tidur awal pulak tu, demi mengekalkan perasaan gembira…dan pergi kerja dengan keadaan yang free stress;)

Lepas tu, Rabu pergi kerja. hwaaaaa ada lagi benda yang buatkan mek stress.tapi kali ni tak ada la sampai tak boleh fokus. tapi stress ni bukan pada perasaan sangat, pada fizikal. Sampai berdenyut denyut la kepala mek.

sabau jer lah kan…

Wednesday, February 20, 2013

Sesi Gelak: Ganu Kiter ;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Dapat dari epupu ku, eh isteri sepupu ku.ahaha pagi pagi buat orang tersenyum. Tq dear.

sbelum akak nikoh.tok kodi ngesoh name ic pengatin laki.kodi kata nok tanye soalan skit.pengatin laki debo doh ni.

Kodi: lame dh kenal hok puang ni?

Pgntin: dlm 2 thn lbih

Kodi: hoo molek la...mesti g dating sokmo ni dok?

Pgtin:kdg2 je Tok.dia trg sy duk kl

Kodi: Doh xjupe,org muda leni org ngorat wat sek sokmo la ni

**terangkat pggung pgntin&wali dengor soalan tu***

Pgntin: Mnada Tok,kang haram!

Kodi:bakpe haramnye,kang ada niat nok nikoh.wat sek la.barang percume!

Wali: hoi! mung tok kodi jgn wt aib ank nantu aku gitu depang org rama ning!!!!

Kodi: ce wt mari talipon mung aku nk cek ***kodi mitok ngan pgntin***

Pgntin: talipon saya ikut suka saya la nk save menda pun

Wali: wi la awang eh kalu mu rasa mu dok wat ***ketor tangan pgntin bg fon ke kodi,muka meroh merang

Kodi: doh ni natang ape?wat sek la ning, ke org panggil menda gining?

 

***wali cepat2 bangun g tengok,pgntin pun sama naik***

 

Ramai2 pakat kata "oooo WHATSAPP!!!"

Monday, February 18, 2013

owh inilah running man yang diperkatakan itu…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Okey, Running Man ni, rasanya semua orang dah heboh dah sampai mana dah orang tengok kan. Dannn mek pertama kalinya tengok adalah semalam. ahad malam, jam 12 tengah malam kot. eh dah masuk isnin la kot.ntah lupa waktu.

Alkisahnya, sana sini kot orang duk up status cakap pasal running man, lepas tu selalu la masuk blog DD nih. dia memang hantu korea kan.apa yang dia cerita tu mek baca jer, kadang kadang tak ada effect pun sebab mek tak layan cerita korea nih. DD kan dia kan ahaha macam gaya nak ngumpat pulok.ahaha ampun DD. DD  selalu cerita kat blog dia, pasal karektor yang dia suka dalam running man ni semua. mek baca la, tapi macam tak berminat sangat sebab fikir, ni mesti cerita yang jenis sambung sambung ni. malas la nak follow. sekarang mesti dah beratus ratus episod dah….so abaikan ajer lah.

Lepas tu, Dapat pulak opismate hantu korea. ni memang betul la minat korea kan. ada satu hari tertanya la dia pasal running man ni. dia apa lagi excited gila la bercerita kan. Mek ni ada la ONE HD tu, tapi memang tak pernah tengok la.makanya lepas tu gigih la mencari kan, kot kot la ada siaran running man tu kan.

running_man_shinkishin

Maka, satu malam tu, mek dengan MZ pun ngadap tv kan. tiba tiba ada la ulangan running man ni.Mek pun cakap kat mz, jom tengok dulu. semua orang cakap besh. mz ni lagi la kan mana nak melayan korea punya cerita ni kan.

Masa kitorang tengok ni ulangan yang Running Man Olympic tu. gigih 2orang ni mengadap tv. kalau tak silap kul12 start ok. padahal esoknya kerja. gigih menunggu ni, nak tengok la apa yang besh sangat yang selalu sangat diperkatakan.

Kitorang memang bantai gelak gila gila ketawa terbahak bahak, nak nak tang dorang berlumba kat atas ais tu, yang geng running man ni peserta pertama, laju gile kat depan, sekali salah laluan, sepatutnya kena pusing kat selekoh tapi dia dah laju sangat terbabas. serius, memang gelak tak ingat la. ha ngko penangan running man. dengan mz sekali melayan. sudahnya kitorang tunggu sampai kul 1 lebih. ahaha…gigih tak gigih kan.

running man cartoon 

cute meh ;)

Honestly mek boleh melayan, dan dah jatuh cinta sikit dengan running man ni. tapiiiiiiii, ahaha serius nama sorang pun tak hingat. ahaha. maybe orang lain enjoy sebab dah kenal pelakon, dah tahu perwatakan dan enjoy tengok dorang kan. tapi hany enjoy tengok gelagat setiap peserta. yang lain lain memang tak tahu sebab tak kenal sangat kan.

yang pasti, duk mencari lagi kot kot ada lagi siaran ulangan episod lain pulok running man ni.hehehe…

Sekian, dari mek yang baru menonton running man. DD, kita dah tengok running man la DD ;)

Selamatkan Pasar Payang

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

“Main dam dua tiga papang
Dok sedor sampai ke malang
Kedai payang jual budu belacang
Batek tembaga dan macang-macang”

Lirik lagu Iklim, Blues Terengganu Kite. Kedai Payang dalam lirik adalah merujuk kepada Pasar Payang. Umumnya semua orang tahu kan, kalau ke Terengganu pasti akan singgah di Pasar Payang untuk membeli bermacam jenis benda, songket, kain batik, kain sutera, keropok, telur penyu…

Dan sekarang isu terkini, Terengganu akan membina sebuah hotel di tapak Pasar Payang sekarang. dengar cerita hotel 5 bintang. whatever!

61720_10200601759027174_313292344_n

Mek tak tahu lah, memang perlu ke nak bina hotel di Ganu ni. memang la di akui tak ada lagi hotel 5bintang ni di terengganu, tapi kalau betul rasanya nak menginap di tempat yang luxury bagai ni, silalah ke Pulau Duyong, kan dah ada Riyaz Heritage. Tempatnya tak jauh pun dari Kuala Terengganu. EMo ok emo. Pasar Payang ni warisan, warisan Melayu. Kenapa perlu nak hapuskan. kenapa? kat pasar ni Melayu, Cina serta India ada berniaga, boleh dikatakan dah beberapa generasi yang berniaga di sini.

Okay, katanya peniaga akan dipindahkan ke pulau warisan sementara hotel siap, dan bersebelahan hotel akan dibina pasar baru. Cuba bayangkan, kalau dah namanya bina baru, letak sebelah hotel. agak agak sewa dia macam mana? mampu ke peniaga nak bayar? lepas tu, pembeli agak agak boleh dapat harga macam sekarang ker? sah sah la TAK kan. semua akan naik, semua akan mahal! itu memang PASTI.

Mesti tak fikir orang bawahan kan. yang meniaga ni bukan semua perniagaan songket sutera yang untung banyak, kalau korang pernah lalu bawah pasar payang, tempat tercorot semua tu, ada je pakcik makcik yang hanya menjual tembakau, yang menjual rokok, yang menjual selipa, yang menjual barang macam cekak rambut, getah rambut, jual parang, barang plastik. cuba fikir berapa sangat untungnya kan. Nak dibandingkan dengan harga sewa nya tuh. emo!!!!

69260_574060539273615_1851377880_nni zaman dolu dolu ni…nostalgia

559920_539194529453885_1503779417_n  Sekarang, masih di tapak sama

Sekarang, sedang ada usaha dilakukan untuk selamatkan Pasar Payang ini. Harapnya usaha ini akan mendatangkan hasil yang berbaloi. kalau ada petition, mek pasti sokong. Di khabarkan pembinaan hotel ini akan bermula hujung tahun ini.

18-02-2013 13-29-46 Alhamdulillah ada yang berusaha untuk selamatkan pasar payang.

Pic:kredit to FB PASAR PAYANG.

**korang semua la kan, kalau ke Terengganu, korang singgah tak PASAR PAYANG ni??? satu kemestian kannnn???**

Sunday, February 17, 2013

Diari wanita hamil

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Jeng…

jeng…

jeng…

jeng…

 

Hehe…aamiin, taklama lagi lah tu eh.Begini, tadi habiskan masa di JJ equine, masuk popular dan terpandang lah akan sebuah buku ini. cover pink. ok tertarik dengan tajuk nya,bukan sebab kaler cover tu ok.

IMG_5008 Cute kan cover dia, tang sidai stoking baju sluar tu sangat comey

Antara kandungan yang terdapat dalam diari ini.

IMG_5010

IMG_5011

Beberapa muka surat yang sempat di snap.

IMG_5009

IMG_5012 

IMG_5013

Dalamnya ada jugak ruangan kosong untuk ibu tulis apa perkembangan terkini baby dan diri sendiri.

Dan harga nya adalah:

IMG_5015 RM 26

Hehe suker lah weh. nanti di fikirkan, apa salahnya kalau beli sekarang kan. hehe ;)

Wednesday, February 13, 2013

15minit dan niat


Assalamualaikum,
Adoiii,kurang gemar buat posting gunakan hp ni,sebab tak ada word Bismillah tu. nanti lah usahakan macam mana nak buat supaya ia muncul.

Hari ni hati girang lagi riang ria. Sebabnya adalah tidak jem. Pergi kerja tidak jem dan alhamdulillah balik pun tidak jem. Ingatkan pergi tadi dah terlewat sebab keluar jam8,tapi dek kerana kereta kurang maka sempat sampai sebelum jam8.30.owhhh heaven. Balik pun sama.

Hari ni balik kerja lewat sikit.dalam hati nak balik on time.5.30 nak cabut terus. Sebab nya niat nak jumpa suami sebelum dia pergi kerja. Jadi kena balik laju laju. Gerak jam6ptg. Dalam hati alaaaa mesti tak sempat jumpa la. Sebab memang tak sempat kalau hari biasa ni. Kalaupun kereta tak banyak trafik lite lagi kan kena redah.

Bawak dengan kelajuan normal,kadang2 90 kadang2 110.eh lupa ada aes depan tu.sempat slow kan kereta ke 80.ahaha tahu takot. Lepas tu sambung 110,100 balik. Sampai kawasan trafik lite nampak hijau. Ya ALLAH sempat la aku lalu hijau ni sempatla sempatla.sebabnya selalu kat situ 4,5buah kereta je lepas bila hijau.

Alhamdulillah,lepas. Tingtongtingtong sampai rumah 6.15.yeahhhh sempat jumpa.

Tiba tiba terfikir. Ummm niat tu niat,dan di permudahkan oleh NYA.aamiin...

- Posted using BlogPress from my iPhone

February 2013

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Serius, cepat kan masa berlalu. dah february, dah pertengahan february dah wei. lajuuu masa berjalan sekarang ni kan. hurmmm.

1) Pokok bunga.

- hari ni paka baju kalerful ada hijau,pink, merah. ahaha rasa macam pokok bunga berjalan jalan.

 

2) Solat Jumaat

- Hany tak tahu lah, ni perasaan hany je ker. yang hany perasan la, time solat jumaat kan, masih ramai lagi lelaki melayu (Sepatutnya ISLAM la kan), berkeliaran di pusat membeli belah. latest hany perasa jumaat lepas, kitorang Q nak masuk alamanda jam 1ptg, ramai lelaki dalam kereta Q jugak nak masuk. 1.30 pun maish ada yang berjalan jalan di ALamanda. Rasa macam shock lak, eh benda ni biasa ker? Rasanya kalau dulu, tak ramai la waktu solat Jumaat dorang kat pasar raya ke apa ker kan. eh ke ni semua halusinasi aku je eh…

 

3) Koktail

- Betul ke ejaan nya tuh. sekarang ni dalam peti ais mesti ada stok koktail buah tuh. hany buat yang paling sonang dan cepat je. masukkan susu then masukkan buah serta nata de coco. siap! suami suka and hany pun suka.

 

4) Pasar malam

- Ada sekali pergi pasar malam putrajaya, pergi lepas solat maghrib. serius rasa nak marah dengan penjual ikan dan tudung yang bising bising. rasa bingit giler la. rasa nak mengamuk je dengar dorang jerit jerit. last last beli satay n 5biji timun then terus balik. padahal dalam hati nak sangat ushar tudung. ahaha bongok nak marahkan orang tanpa sebab.

 

5) Wayang

- Sabtu tengok Good day to die hard, Isnin tengok hantu kak limah2: usin mon dan jin pakai toncit. hwaaaaaa menyesal tgk kaklimah 2 ni, mengarut lah, ntah apa apa. better korang jangan tengok. die hard tu of coz puas hati la. action memanjang kan. rasanya lepas ni sambungan die hard mesti bagi kt hero yang jadi anak Mcclane tu. botak dan rupa paras pun lebih kurang.

Salam februari wahai teman semua;)

~TQ Dear~

Followers