Ini Wilayah Hijau: Tensen, Stress…bagaimana hadapinya….


21 February 2013

Tensen, Stress…bagaimana hadapinya….

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Okay, serius, mek bukan nak buat entri tip mahupun panduan mengatasi stress. sangat tidak sesuai dan sangat tidak tahu. Tapi, mek nak share cara mek lakukan untuk hadapi ketensenan ini. Dalam minggu ni ada satu perkara yang trigger mek punya stress. Mula mula dapat berita tu,owhhhh…then terus datang dalam otak benda benda lain.owhhh, serius tak boleh handle.

Mek call membe, nasib baik dia tak kerja.maklumla dia kerja sif kan, tak tentu. terus cakap nak pergi rumah dia petang tu.

Sampai jer rumah dia, si baby baru bangun tidur,tapi masih dalam buaian. Terus duduk main main dengan anak sulong dia. mek rapat sikit dengan anak sulong dia sebab dari baby selalu lepak sama sama semua.Aidid tengah tengok cite kartun, lepas tu ajak sembang, dia cerita pasal ultraman la, apa la. lepas tu main lawan lawan ultraman. Aidid dah besar ler, sakitnya ciksu kena tumbok kena serang dengan ultraman.

IMG_5031ha watermark kena tampal kat muka, kang ada orang curik gambar susah.dahla anak orang kan,matik kalu (bajet konon sape ntah nk curik gambar) ;)

Lepas tu si baby keluar dari buaian.di angkat la,mana boleh keluar sendiri. Ya ALLAH, makin sepet mata qaseh ni. terus dukung qaseh. qaseh rasanya tak sampai 6bulan lagi.ni kali k3 rasanya jumpa qaseh. masa kali ke 2 jumpa, qaseh sombong, taknak langsung kat mek.sedih tau.

Elok jer, dia keluar, hany terus dukung, dia pandangggg je hany…lepas tu qaseh senyum. alaaaa comey. lentok lentok, gomol gomol…ya ALLAH, seronoknya perasaan ni. Mak qaseh cakap pelik jugak selalunya qaseh susah nak close dengan orang yang baru jumpa nih. haaaa see chemistry ok qaseh dgn ciksu kan;)

IMG_5035 pipi tombammm gigit kang.

Lama jugak lepak rumah membe ni.Dah sedar diri maka kena lah balik rumah. serius seronok sangat. Semua benda dah hilang lah. Masuk dalam kereta pun masih ada lagi bau qaseh.haaa melekat gitu. kejap kejap mek hidu lengan, sebab ada bau qaseh. bawa kereta sambil senyum senyum.

Malam nya, banyak jer cerita mek kat mz , macam burung berkicau.ahaha…tidur awal pulak tu, demi mengekalkan perasaan gembira…dan pergi kerja dengan keadaan yang free stress;)

Lepas tu, Rabu pergi kerja. hwaaaaa ada lagi benda yang buatkan mek stress.tapi kali ni tak ada la sampai tak boleh fokus. tapi stress ni bukan pada perasaan sangat, pada fizikal. Sampai berdenyut denyut la kepala mek.

sabau jer lah kan…

Komen
9 Komen

9 comments:

Cik Nur said...

kalau stress lagi kena pegi jumpa qaseh lagi la..hihih...

syalinda johari said...

weh..kalo kat putrajaya, mai ja lepak2 dulu kat umah haku..sama2 kita lepaskan stress...huwaaaaaaaaaa

are_lin@yu said...

comlnya pp dia..nk cubit skt..hehe

fiezaradzi said...

lama tak dt blog hany..sabar ek hany.. in shaa Allah, hadapi dgn baik setiap stress tu.. all d best..

Mrs Velentine said...

baby kalau tgk depa mmg hilang stress

Nyue said...

encem boy..wahh..geram tgk..cute je pp tuu...ala korea look..eheh

Chic Na said...

nasib baik ada aidid ngan qaseh. :)

Solehah Shamsuddin said...

wah dua2 comel. Aidid n Qaseh mmg btl2 comey. sejuk mata akak bila tengok diorang kan :)

N.Aima K said...

antara makhluk yang boleh hilangkan stress ialah binatang peliharaan dan orang yg kita sayang..hik hik hik.. kena peluklah makhluk2 ni utk hilangkan stress nih!!