Ini Wilayah Hijau: Selamatkan Pasar Payang


18 February 2013

Selamatkan Pasar Payang

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

“Main dam dua tiga papang
Dok sedor sampai ke malang
Kedai payang jual budu belacang
Batek tembaga dan macang-macang”

Lirik lagu Iklim, Blues Terengganu Kite. Kedai Payang dalam lirik adalah merujuk kepada Pasar Payang. Umumnya semua orang tahu kan, kalau ke Terengganu pasti akan singgah di Pasar Payang untuk membeli bermacam jenis benda, songket, kain batik, kain sutera, keropok, telur penyu…

Dan sekarang isu terkini, Terengganu akan membina sebuah hotel di tapak Pasar Payang sekarang. dengar cerita hotel 5 bintang. whatever!

61720_10200601759027174_313292344_n

Mek tak tahu lah, memang perlu ke nak bina hotel di Ganu ni. memang la di akui tak ada lagi hotel 5bintang ni di terengganu, tapi kalau betul rasanya nak menginap di tempat yang luxury bagai ni, silalah ke Pulau Duyong, kan dah ada Riyaz Heritage. Tempatnya tak jauh pun dari Kuala Terengganu. EMo ok emo. Pasar Payang ni warisan, warisan Melayu. Kenapa perlu nak hapuskan. kenapa? kat pasar ni Melayu, Cina serta India ada berniaga, boleh dikatakan dah beberapa generasi yang berniaga di sini.

Okay, katanya peniaga akan dipindahkan ke pulau warisan sementara hotel siap, dan bersebelahan hotel akan dibina pasar baru. Cuba bayangkan, kalau dah namanya bina baru, letak sebelah hotel. agak agak sewa dia macam mana? mampu ke peniaga nak bayar? lepas tu, pembeli agak agak boleh dapat harga macam sekarang ker? sah sah la TAK kan. semua akan naik, semua akan mahal! itu memang PASTI.

Mesti tak fikir orang bawahan kan. yang meniaga ni bukan semua perniagaan songket sutera yang untung banyak, kalau korang pernah lalu bawah pasar payang, tempat tercorot semua tu, ada je pakcik makcik yang hanya menjual tembakau, yang menjual rokok, yang menjual selipa, yang menjual barang macam cekak rambut, getah rambut, jual parang, barang plastik. cuba fikir berapa sangat untungnya kan. Nak dibandingkan dengan harga sewa nya tuh. emo!!!!

69260_574060539273615_1851377880_nni zaman dolu dolu ni…nostalgia

559920_539194529453885_1503779417_n  Sekarang, masih di tapak sama

Sekarang, sedang ada usaha dilakukan untuk selamatkan Pasar Payang ini. Harapnya usaha ini akan mendatangkan hasil yang berbaloi. kalau ada petition, mek pasti sokong. Di khabarkan pembinaan hotel ini akan bermula hujung tahun ini.

18-02-2013 13-29-46 Alhamdulillah ada yang berusaha untuk selamatkan pasar payang.

Pic:kredit to FB PASAR PAYANG.

**korang semua la kan, kalau ke Terengganu, korang singgah tak PASAR PAYANG ni??? satu kemestian kannnn???**

Komen
11 Komen

11 comments:

fazilzura said...

SAYA X STUJU SAMA SEKALI... BANTAHHHHH ..

bina arr kang aku bakor otel tu ...

org g ganu pun bkn nak dok otel motel ni sgt, lebih prefer homestay kut.. xyah la susah2 wat , duit tu baik bantu org2 susah lg bagus..

PASAR payang tmpt paling best nak soping oooo uhuhuhuhuhuhuh dan trade mark ganu kut

Nafisa81 said...

tak pernah pergi lagi

Chic Na said...

eh mana boleh. tu landmark terengganu tu. saya bangkang. :)

cik violet said...

pleaseeeeeeeeeee... jangan hapuskan pasar payang.. trademark kot.. xcomplete kalau pegi KT xsinggah sana! huhu

Rohani Hashim said...

@zura,
ok hany join sklai pergi bakar hotel tu ;) and yup agree mmg trademark ganu.


@Nafisa
hehe kalau ada kesempatan bolehla pergi ye nafisa


@Chicna
yer memang sangat bangkang. harap sangat usaha ngo tu berkesan untuk selamatkan pasar payang


@Cik Violet
ha tu lah, kitorang ni memang itulah tempat nya. nak beli brg2 harian, keperluan smeua. even kalau nk balik kl ni pun harus pergi pasar payang beli bekalan bawak balik sini. ;(

mamawaiz said...

x setuju............
mcm x de tmpt lain nak buat hotel pon

Cik Nur said...

kalau xde pasar payang, xdelah tempat yg nak dituju lagi kalau shopping...huhuh

Arina Shamsul said...

sll dgr cerita pasar payang ni.tapi tak pernah lg ke sana :) masuk tv pun sll kan. :)

Irfa said...

Sja nk bikin panas.luas lg tpt lain.knape situ jugk nk buat hotel?org luar dtg nk tgk tpt warisan tp lps satu,satu nk di robohkan

r.i.t.a said...

sangat suka pasa payang... satu tarikan yg sangat bagus utk kuala terengganu... suasana kt situ harmoni je org niage walopon kebanyakkan seme jual mende yg sama...

fiezaradzi said...

kat sini nak buat jugak ke? igt kat kg suami fiza je kata nak buat, kat patai chendering tu.. entah betul, entah tidak..