Friday, April 26, 2013

Kulit cantik mulus

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Kawan kawan semua, haaa skema nya. Rasanya semua memang kalau boleh nak elak dari mengambil apa apa yang mengandungi chemical berbahaya kan. tapi tu lah sesetengah nya memang tak boleh elak, terpaksa jugak guna. mungkin sebab tak ada pengganti.

Okay, hany nak cerita sikit la pasal kali ni fokus pada pencuci muka. kebanyakan antara kita memang menggunakan pencuci muka kan. dannnnn dekat pasaran sekarang ni memang banyakkkk sangat produk yang dikeluarkan. buka je facebook, berlambak, dengan testi yang bagus dan berjaya semuanya. tapi itulah kita ni bukan tahu ada chemical berbahaya ke tidak kan. sesetengah produk tu memang ada nyatakan apakah kandungan, tapi ada yang tak nyatakan langsung. so macam mana tu.

As a muslim, kita kena consider yang pertama adalah HALAL, lepas tu bebas dari bahan kimia berbahaya. yang selalu hany dengar dan hany tahu serba sedikit bahan kimia yang dikatakan berbahaya adalah PARABEN, yang ni ada berapa beradik ntah, paraben, methylparaben, buthylparaben, segala ben ben la. Lepas tu HIDROKINON, hahaha maaflah kalau salah ejaan nya, tapi kalaus ebut dah sama kot.tu baru dua tu, yang lain lain lagi. hadoiiii susah kan.

Yes, ada yang cakap,

“alah ko ni, berapa sangat la yang dimasukkan dalam tu, mestilah dah lalui ujian kalau tak takkan la akan dijual”

Tapi kena ingat, kalau dah lama sangat menggunakan produk produk ni tak ke banyak bahan kimia yang kena pada kita. haiyooo kalau difikir fikir kan, uishhh banyak tu. tapi seriusly, hany pun tak tahu la nak gantikan dengan apa kan…macam shampoo kalau rajin hany guna limau dan sental sental kat kepala ni. tapi kalau DEODORENT ni macam mana eh? korang ada ke jumpa DEODORENT yang free chemical..ahaha ada ker DEODORENT ORGANIK. kelasss kau jah…nak organik saja.

Tapi, serius…hany pernah tengok mereka yang dapat KESAN BURUK akibat penggunaan produk kecantikan ni. huissshhhh scary kau.Tapi tak tahulah pada kulit dia jer yang kena dan orang lain tak. Mungkin ikut kulit jugak, tapi kalau seminggu guna sampai naik gelembong kat pipi apa kes kan. mana tak scary weh. Sepupu hany pulak, lepas sebulan guna tiba tiba kulit muka rasa pedih, macam orang letak cili yang dah ditumbuk tu. terus rasa bersalah sebab hany yang bagi dia guna produk tu.

Yerlah, dia banyak jerawat, so hany sponsor la beli produk tu dan bagi kat dia. sebulan tu memang licin muka, semua jerawat hilang. Lepas tu baru lah buat onar. naseb baek tak teruk setakat pedih pedih jer. kalau tak kesian sepupu ku. dah la tak kawin lagi kan.

Yang satu produk lagi, serius mencantikkan serta memutihkan kulit akak ni. nampak sangat perubahan nya. tersipu sipu dia hany tegur dia, nampak putih dan makin cantik. tapi puji dengan ikhlas la sebab memang berubah giler. Sebulan lepas hany tegur, hamek kau…naik jeragat dengan banyak nya. sampaikan atak bibir bawah hidung nampak macam ada misai sebab banyak jeragat kat situ. terus diam tak kata apa…kang tak pasal pasal hinggap penampor sebijik.

jadi nya kawan kawan, berhati hati lah dalam memilih produk kecantikan ni yer. memang naluri wanita NAK CANTIK ajerkan…tapi kena sentiasa berwaspada lah.sebab kulit muka hany pun memang sensitif. pakai sekali jer, memang terus rasa kalau tak sesuai ke apa.

936330_640049376009555_574564893_n

Ha kau, kalah kakton…nak kulit cantik dan mulus begini, makan Popia Riben kami. Ianya mengandungi protein yang tinggi dan juga kolagen. Protein kerana intinya adalah serunding ikan. Kolagen ialah dimana ikan ikan yang kami jadikan serunding telah memakan rumpai di dalam laut Winking smile

padahal…rupa sebenar….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

934682_640049519342874_1595621003_n

okaylah ni, janji muka tak pedih tak gelembong gelombong kannn Winking smile

Okaylah, semoga bijak memilih…

15 comments:

Irfa said...

macam mana ambik gambar lawa cam tu?
camera360 ke?tp mata awak mmg cantik le

matahati-aishahazhar said...

hehehe... takut tgk bulu mata tu.. buatkan mata jadi garang...

Lady D'yot said...

hoih..takut tgok muka yg first tu..hihi..kalau deadorant cer pakai yang crystal tu. banyak brand cam smelly no more..etc..sebab rasanya dia bahan semulajadi dari garam mineral..mmg takde bau wangi. tapi bila pakai ketiak tak berbau pape la..wangi tak, masam pon tak..and ketiak rasa kering je sepanjang hari dan malam. hehe

Unknown said...

mmg kena hati2 pilih produk kosmetik sekarang nie...haha gambar efek 365 kew

syalinda johari said...

wei..ko pakai product ekin tu ka..aku tgk gambar sebenar bwh tu elok ja kulit..aku ni skrg ni, sejak2 pakai product itu hari tu yg aku tunjuk botol kat ko tu, menjadi2 semacam ja kulit aku..huwaa..lepas tu aku try product lain pun mcm tak hokey..ni last week beli product hada labo kat watson tu..

aziazib said...

skrg mmg macam2 produk memutihkan kulit makin banyak dijual. sape nak cantik.. hihi

Mrs Velentine said...

gambar yang real pun cantiklah..natural beauty..klik2

fiqkbe said...

kalau kak hany kata akak adik beradik kak ton, mesti org percaya ni ;D

Tie HT said...

orang zaman dulu tak pakai pun deodorant ey..sekarang cam tak boleh kalau tak pakai :)

Masha Meisters said...

hehe...tahu dah rahsia gambar kulit halus....kikiki

produk2 tu semua memg ada je bahan kimia...
nak makan juga kena make sure rajin minum air kosong,,,hehe

Kekzamanis said...

Deodorant yang takde checmical setakat ni Mieza guna 'Smelly-no-More'.. Taktaula takde langsung bahan kimia ke apa.. Tapi dia berasaskan garam bukit ke apa ntah.. Macam tu lah.. Dia bentuk Crystal. Memang takde bau langsung, tapi sangat berkesan untuk hilangkan bau ketiak.. Cubalah! ^_^

Miss N™ said...

Wahh..bulu mata dah macam che ta.. :)

barang skrang ni byk beno yg ada chemical...susah bebeno nak cari yg free chemical...

tapi mcm deadorant ygrosmiza ckp ni, pernah gak nur jumpa..tpi belum cuba lagi...

Chic Na said...

sebelum beli tu kena cek dulu la kan. takut jgk chemical ni sbb kesan dia long term.

Teena Tna said...

kadang sy beli trus jer, x tgok pun ingredients dia, lps ni kne hati2 laa..

btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa@blogspot.com

Ida Iar said...

puas ku scroll atas..bawah..atas..bawah..haha. comei terus kalah kak ton..hihi.

~TQ Dear~

Followers