Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011

Kepala Ultraman


Ahad yang damai,
sedang MZ ingin melabuhkan bontot untuk tido siang…


“B, jom kite g tasik kat sebelah kepala Ultraman tu nak?”


“Kepala Ultraman? oooo, ummm ok gok…”


ahhaha,
dasar dengki tak mboh bagi suami tido. sebabnya tak mengantok dan tak boleh join tido sama sama…;)


030420115261 Kepala Ultraman ;)



Parking harus la takder, sebab kul6 baru keluar dari rumah, tu pon bontot berat je sebab duk layan game. hahahaha, maka Tom Grey lepak tepi jalan je ar….janji selamat;)


030420115265 yang kiri dua lelaki duk amek gambar, yang kanan dua prepmpuan duk amek gambar, jap lagi tuh berkenal kenalan la tuh ;)



030420115266 kenapa feeling macam bukan dekat Malaysia je bila tengok gambar nih



030420115267 Nampak tak pasangan pengantin tengah ber foto shoot. sampai senget benget si perempuan haaa….



030420115273 Itu empangan



030420115275 tenang…



030420115277 Budak ni comey owhhhh….



Dek kerna dah lewat sampai, maka stay sekejap je la, pastuh hari pun dah beransur gelap..maka balik la yer. sila sedar diri.


030420115289 jambatan yang selalu ada orang lepak



Weekend ni kemana pulak yer…hummm ada cadangan tempat menarik???


**sayang nak letak watermark dekat gambar tuh…hohoho, takper la sape je pun nak amekkan, sila jangan perasan orang nak copy yer hany**

Wednesday, March 30, 2011

Masjid Besi & Nokia 6220 Classic




Masjib Besi, letak nya di Putrajaya, Nokia 6220 Classic, sekarang ada dengan hany…jadi apakah kaitan nya???


Nokia 6220 Classic,
handphone yang sangat simple, candy bar, dah nak masuk 2tahun dah dengan hany. sekarang dah start buat perangai, kekadang suka suka hati jer dia nak hang, nak restart sendiri. sampai kan kadang kadang, hany dah cabut bateri tapi kat screen masih ada gambar lagik…ahahaha giler ke ape kan!


tapiiiii…
Nokia 6220 Classic ni besh sebab gambar boleh tahan cantik wooo. 5.0 megapixel, lens carl zeiss, autofokus. fuhhh daku masih puas hati. seriesly, hany suka amek gambar, kamera digital hany rosak…bateri tak leh caj plak…hampeh betol…so kalau kemana mana berbekalkan Nokia 6220 Classic hany jer lah….


270320115188


270320115192



270320115193 

Ketiga tiga gambar di atas adalah di ambil menggunakan Nokia 6220 Classic hany dan tidak sedikit pun di EDIT. not bad la kan. masa hany amek gambar nih, sekeliling hany, semua menggunakan DSLR siap dengan tripod lagik ok. jelesh!!!


jadi, berpuas hati lah dengan mutu gambar tak seberapa nih, padan la dengan tools yang digunakan.


B, syg suka sangat amek gambar, kan besh kalau syg ada DSLR sebijik kan b kan…


Uishhh sebijik tuh berapa? mahal tuh….


hurmmm,
betul jugak cakap MZ kan, idok mampu ler gamaknya kan…tak per lah guna je lah Nokia 6220 Classic ni kan…



**agak2 DSLR tuh mahal tak eh? ke ada yang murah, yang light ligth jer harganya?**

Tuesday, March 29, 2011

Monumen Alaf Baru


Letaknya di Putrajaya, alaaa area jambatan yang orang selalu lepak tuh…


Ahad baru nih,
dek seharian duk di rumah, hany main game pun dah naek level 19 dalam masa 3jam…ahaha game World of Zullian. game ni, kena bina penempatan, yang mana kena ada sumber air, jalanraya, sumber makanan, ada sekolah, rumah, ada balai bomba…dan ada la kena sampai target untuk setiap level. seronok owh…


duk syokkk main game, tetibe MZ tanya…


“tok sey tubik ko”


“mariiilahhh” tapi mata ngan tangan duk syok main game…


pastu, seketika kemudian, MZ tanya lagik…


 “tok sey tubik ko”


ok,
dah 2kali dah, maka kena la bersiap nih.kang tak pasal2 kansel pulak keluar nya. sedang elok Azan Asar. hany siap2…MZ solat then terus keluar.


sebenarnya, tiada arah tujuan. pergi Alamanda (mesti korang boring dah kan dgn Alamanda tuh), jengah MPH, sebab nak cari buku PASSPORT RASULLULLAH. tapi hampa tak jumpa. selalu tak de stock…eiii…


then,
pergi rotiboy…pastu pergi A&W…seterusnya pergi jenjalan di Monumen Alaf Baru.


270320115183 
270320115182 
270320115180 inilah bekal kami…rotiboy, float dan mmm apa tah nama dia, tapi inti durian ok!


270320115177 sambil mencari port nak lepak..hamek gambar sikit…
(hehe kena protect gambar suami,pdhal sape je nak copy kan)


270320115176 ha yang terpacak tu la monumen nya.


Nak naik kenalah daki sikit…sikit jer…tak tinggi mana pun. tak sempat la ketiak nak berpeluh dah sampai. kat atas tu korang boleh la tengok sekeliling…tapi tak tinggi sangat…


Sebenarnya,
masa lalu nak naik ke atas, korang akan dikeliling cermin sebagai penghadang la…dan disetiap cermin itu ada tertulis, tahun dan peristiwa penting yang berlaku di MALAYSIA nih. bermula dari tahun berapa hany lupa…sowiii dan sampailah tahun 2000.


270320115186 nampak tak?


270320115189 ha…nampak tak nampak tak?tak nampak lagi tak tahulah kome ni…


270320115195 1983, tahun kelahiran Rohani Hashim ;)


Lepas je ambil gambar nih,
konon kitorang berdua pun nak amek la gambar berdua. siap posing dah ni. elok je kitorang senyum, hany pun tekan la snap kat handphone tuh…2,3kali tekan tak keluar bunyik…cissss handphone mati. ahaha, maka itu sahaj gambar yang ada;)


hurmmm,
sekitarnya Monumen Alaf Baru nih, cantik sangat kawasan dia…masa kitorang pergi ni, ada 2pasangan tengah shoot. maybe pre wedding kot, chinese dan pasangan melayu.


270320115174 ini rumah juga ada…tapi tak tahu boleh masuk ke tak…bukanlah rumah, macam bangsal la…cantik!



Oklah,
setakat nak jenjalan, nikmati udara segar, dekat sangat dengan air. bawak anak anak pun boleh. yang dating tuh standard la, memang ada…


**hurmm ahad ni nak pergi mana pulak yer**

Friday, December 3, 2010

Kaunter tiket bas di Putrajaya…



Korang tahu tak akan kewujudan kaunter tiket bas di Putrajaya, lebih spesifik adalah di Putrajaya Sentral? hehehe, hany dah tahu la sebab pernah naek bus di situ untuk ke KEDAH serta balek ke TERENGGANU…


301120104069pandangan dari luar…


Lokasi kaunter ini adalah di tingkat atas yer…dekat dengan kaunter pertanyaan yang tengah tengah alam tuh, dekat jugak dengan entrance ERL.


301120104074  Perjalanan ke UTARA, SELATAN serta PANTAI TIMUR


Setakat yang hany tahu, boleh dapatkan tiket untuk bas MAHLIGAI, SUTERA serta MUTIARA. dan hanya seorang pekerja wanita sahaja yang menguruskan kaunter ini. mungkin kaunter kecik kot sorang je bleh handle semua.


301120104076
Ini adalah sistem untuk BAS MUTIARA. skrin ini akan dipaparkan pada kita pelanggan, untuk maklumat perjalanan kita dan yang paling penting adalah TEMPAT DUDUK untuk kita pilih. harga tiket jugak dipaparkan, tarikh, masa nombor tempat duduk.


Perasan tak di bahagian tempat duduk…terdapat nombor tempat duduk yang mana kaler kuning tuh dah ada orang beli…dan perasan tak, setiap petak kuning tuh, dia ada outline kaler merah dan kaler biru kan…nampak tak…


Outline kaler Merah = penumpang perempuan
Outline kaler biru = penumpang lelaki


cool kan…hehehe so korang bleh la pilih nak duduk mane kan…bagush weh sebab setahu hany bus lain punyer sistem xde detect seat tuh perempuan dah beli ker, lelaki dah beli…yang ada hanya seat tuh dah ada orang beli….


301120104077
ini pulak skrin untuk MAHLIGAI…see tak de langsung indicator untuk tahu lelaki ke perempuan yang beli. yang


MERAH = pembelian melalui INTERNET
Hijau = telah di booking
Biru = masih kosong


301120104073 

301120104072 phone number untuk dihubungi….


301120104078
ahahha,
tiketnya la mcm ahahaha…sebjik cam resit kite beli beli kat pasaraya tuh…kena yang jenis main letak je dalam purse, then time tengah clearkan purse tuh, ade je yang terbuang tiket nih….ye r kot kot ingatkan resit jer kan…


ok,
sekali lagik, sekirnaya korang nak beli tiket ker, atau nak tanya pasal tiket ker…untuk yang nak menggunakan kemudahan di Putrajaya nih, silalah hubungi….


03-88881033

**hany tak gemar naek bus yang seat dia 2+2, suker yang 2+1, lebih selesa ;)**

~TQ Dear~

Followers