Friday, October 19, 2012

Great! yes Great Wall…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Okay, hany promise…buat masa ni, ini adalah entri terakhir mengenai Beijing. ahaha sangat banyak jer entri pasal Beijing. Almaklong la orang jarangggg sangat ke luar negara nih kan. Last keluar dulu adalah tahun 2007, ke Boston. setelah 5tahun baru keluar balik…ahaha maka lagi 5tahun la kot nak keluar lagi ni ;)

InsyaALLAH ada rezeki kan, esok lusa kot kot boleh pergi lagi kan. tapiiii kalau menggunakan duit sendiri, tempat pertama hany nak pergi adalah ke Tanah Suci, Mekah…InsyaALLAH…aamiin.

Takyah banyak cakap, mariiii tengok gambau!

1 well, macam biasa “bodyguard” mesti mengiringi punya.ahahha ok ok ini last hany panggil korang bodyguard ;)

Kalau pergi Great Wall ni, please la korang kena pakai kasut. jangan jadi macam hany. yerlah kasut nya dah koyak kan, lepas tu beli yang crocs pink tu jer. bukan kasut tutup full pun. dan memang tak sempat nak beli kasut bertutup lain. seriau jugakla naik pakai slipar jer. hany prefer pakai slipar ni sebab lagi selesa dari crocs yang hany beli. Hush puppies ok! ahaha nak jugak bagitahu kannn. so tapaknya tak licin la. tapi yang masalah lah, masa mendaki tu sah sah la berpelu kan, tapak kaki hany basah, dan rasa licin antara tapak kaki dan slipar. bukan tapak slipar yang licin. Apapun ko memang besh hany slumber pakai slipar, sampai kotor kaki…

DSC_0836Ni geng geng dari Ganu. cakap loghat Ganu ok dekat Great Wall…Terbaekkk ah!!!

Dorang ni cakap la, hany lepas jumpa dengan geng geng Ganu dia, terus tersenyum jer muka. padahal sebelum ni macam takde mood. ahaha memang la sebab risau fikir kang licin pakai slipar ni.ahaha Teganu punya pasal…terus OK!

DSC_0877 Okayyyy, jom kiter…

DSC_0913 eh eh tak balance…jangan pandang bawah…gayat!!!

DSC_0927 panjatttt jangan tak panjatttt. dia punya curam tu boleh tahannn gak la. seb baek ada pemegang.sangat membantu ok.

DSC_0937ahaha nampak ajer orang nak ambil gambar.sempatttt!

Masa kat sini hany agak seriau dan takot, sebab lorong dia sempit, lepas tu mendaki kan, ada yang naik ada yang turun, sekali selisih tu…eiiii rasa macam nak tercampak jer.ahaha imaginasi sangat tinggi…

DSC_0977 Majoriti adalah rakyat china jugak yang datang sini.bagus la dorang ni support betol. eh mamat tu macam pakai kot la pulok.ahaha kelas gitu daki Great Wall pakai kot.

DSC_0892 hssshhhh penat penat. stop dulu. gambar tak ikut susunan dah ni.

DSC_0950 berehat di tepi tepi…ahaha penat weh naik sini…

DSC_0985 wife opismate hany…

DSC_0963 ahaha burok muke. serius gayat bila pandang bawah. ni baru sikit naik ni.

DSC_0973 tak sempat la nak ukir nama sendiri kat sini.

DSC_0980 ni pergi pagi ni, orang dah ramai…kalau lewat sikit lagi la ramai orang.

Hany kalau ada rezeki kena pergi lagi la daki Great Wall ni, sebab hari tu naik sampai station 1je kot. serius, kaki krem. dah la pergi great wall dulu,then lepas tu ada banyak lagi tempat nak pergi. memang kremmm kaki. tu lah dah lama tak exercise kan. padan muka ko hany! masa panjat setiap tangga tu, ada yang sampai kena angkat kaki lebih dr 45 darjah tau. kalau kawad kaki mesti angkat 45 darjah kaki kan. ni ada yang lebih lagi sebab mendaki kan. anak tangga dia boleh tahan besar weh. tapiii yesss, Great Experience.

DSC_0122 hany sebak tengok gambar ni…

Ko tengok semangat ayah budak ni. sanggup kendong anak dia demi untuk panjat Great Wall ni kan. rela ok. KAsih seorang ayah. dan korang perhatikan, anak dia pegang BENDERA CHINA tu. memang semangat la dorang ni.eiii kalau la aku ada FB bapak dia nih kan, aku tag gambar ni. nanti anak dia dah besar, gambar ni sangat bernilai buat dia…memori nih beb! sebak weh….

DSC_0991 Tangga turun ke kanan tu ada kedai souvenier…

Ahaha, hany turun situ sebab nak pergi toilet. siott jer, boleh nak terkencing lak kan. sekali toilet langsung takde air, sinki pun takder. dahla ada anjing menyalak nyalak. terus kenselkan hajat. moralnya, sila lah membuang dulu sebelum panjat Great Wall. mampos ko kalau nak terberak tiba tiba…ahaha terjun la korang dalam semak tu ahahaha….

hurmmm begitulah seadanya cerita ini. ahaha ending yang siot kan.ok lah korang pun dah boring asyik entri Beijing jer. ni last la buat masa ni.nantikan gatal datang, hany buat lagi entri…

21 comments:

syalinda johari said...

kompem aku takleh panjat..kang ada jugak aku pengsan sebab gayat..adoiii tingginyaaaa

Lady D'yot said...

tingginyeee...tengok gambo pon dah gayat

Miss N™ said...

uuu..tgk gambar pun nur dah terasa gayat..!
err..mmg xde di sediakan toilet ke..?
payoh gitu deh..!
mana tau kot2 emergency...hihih

Miss N™ said...

hany, cubalah cari, kot ade FB bapak budak tu..kekekeke

kinara kinatara said...

huhu..idoklah kina gayat nye...huhu:)

x beranilah...:)

xp bestlah banyak pengalaman..:)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tingginyerrr...wani tgk pun gayat eheee

Chic Na said...

woww!! bestnya dah jejak kaki ke great wall. terbaeklah pakai selipar memanjat. huhu.. :)

Liyana Anuar said...

gayatnya tengok..tp best~ :)

Mrs. Nisa DK said...

Wah.. Hok ni nisa memang teringin nak naik.. Tapi hany naik pakai selipar??? Wah! Cayalah..

~Cik Sweety~ said...

weee sonoknya dia nek tembok cina tuuhh...ada rezki xnk lepaskn peluang ke cnii

Nyue said...

bestnya..arghhhh..cnfrm seronok gila kan...nk g china gakkk....

Abang Karu said...

pegi sana...kena stanby air minirel botol besar hehehee

Cikrosecute said...

memang tiggi giler....gayat tengok..

Rohani Hashim said...

ahaha, ko ni mcm2. pengsan sebab gayat ahaha...lawak owh.

Rohani Hashim said...

memang tinggi dear. ni pun baru pitstop bawah ni...ahaha

Rohani Hashim said...

yup pengalaman yg menarik

Rohani Hashim said...

dear, ahaha baek buang semua dulu sblm naik atas tu. ahaha kang naya jer kan

Rohani Hashim said...

Kina, kalau dah pergi mesti akan naik punya, gayat ke tak kan.hehe rugi kot kalau tak naik sbb dh sampai kan.

RIZZNA said...

Wahhh...sampai tak ke penghujung great wall tue?

Ida Iar said...

Jelesnya nengok orang dapat jalan2 tgk negara orang..

Si Matatajam said...

Bestnya dapat pi situ..M ni dah lama teringin nak pi..tapi Ntah la bila bleh..hu hu....tu pasal tak jemu M baca entry Hany pasal Beijing ni..

~TQ Dear~

Followers