Thursday, November 27, 2014

Pain Relief Sewaktu Bersalin

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Haaa nak bercakap mengenai pain relief ketika nak bersalin ni. Seriusly hany memang tak tahu sangat pasal ubat tahan sakit ni waktu nak bersalin. Yang hany tahu nak bersalin memang sakit. Itu jer. Sebelum hany bersalin ada lah beberapa orang membe hany dah bersalin. Biasa lah kan bertanya la jugak pengalaman diorang kan. Yang kita first time ni memang la nak tahu kan sikit sebanyak...

Baca baca pengalaman orang bersalin ada la mention sedut gas la suntik la apa la kan. Hany masih tak ambil peduli sangat. Hehe lambat lagi nak bersalin...konon nya kan. So baca je sekadar baca gitu la.

Dah dekat dekat tu, ada member cerita dia ambil pain relief. Memang tak sakit langsung la. Lagipun bukan anak pertama kan. So dah terer dah. Ada yang cerita memang ada pain relief yang sedut tu disediakan, tinggal ko nak sedut ke tidak je lah. So hany assume okay...xpe lah nanti usaha la dulu untuk tak sedut.

Cerita la kat husband...dia pn macam takder respon sebab tak tahu sangat kan. Tapi alert la kot pain relief ni ada side effect kan. Di Terengganu hany ke klinik ummi azizan. Untuk cek movement baby sebenarnya, then dah terlanjur terus tanya dia pasal pain relief. Dia senyummm je. Doc ni pakai tudung labuh..muka dia memang menenangkan sungguh la...

Hany: "doktor, apa pendapat pasal pain relief masa nak bersalin ni?"

Doc: "hmmm awak xnak sakit ke?"

Hany: "sy tahu bersalin tu sakit,sy just tanya je kot doktor boleh bagi pndangan pendapat,kot la ada side effect ke?"

Doc: "tak payah la amek pain relief. Tak pe biar je rasa sakit tu. Biar rasa sakit then bersalin..haa lepas tu terhapus dosa. Baru lah macam bayi yang baru dilahirkan. Sakit kan penghapus dosa"

Hany: "betol jugak kan..."

Doc:"takyah risau la...InsyaALLAH awk boleh normal ni..."

Hany cerita kat husband pasal apa doktor ni cakap. Husband hany agree dengan doc ni. So husband pesan kalau boleh elakkan ambil pain relief. Cuba dulu untuk tak ambil, kalau rasa dah tak tahan sangat baru ambil. Hehe gitu pesanan suami kannn.

Sudahnya, dalam LR mana ada apa pun disediakan. Kata ada gas tu.cissss...haha tapi alhamdulillah lah...ALLAH mudahkan segalanya. Hany memang tak ada ambil pain relief. Eh ke kalau bersalin di gomen kena request baru dia bagi? Hmmm...mana mana lah kan.

**nak pain relief la konon, jahit pun tak bius weh...sejibik sejibik terasa...haha hamek ko semoga segala sakit tu menghapuskan dosa dosa ku ya ALLAH...aamiin**

Wednesday, November 26, 2014

Gendong

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Hehehe...dah lama tak bersiaran. Adra sekarang dah sebulan ++. Hihihi tak sabar nak habis pantang nak balik rumah sendiri. Beshnyaaa... Dan akan bermula rutin baru lah kan. Sebab rumah sendiri semua kena buat sendiri lah;)

Hany sejak dua menjak ni, asyik duk ushar benda yang gendong gendong ni. Ringsling atau wrap. Seriusly memang zero knowledge la pasal benda ni. Tapi hany macam berminat nak babywear Adra nanti. Kitorang pun memang tak ada beli stroller lagi, car seat pun tak beli lagi. Haha banyak benda tak beli lagi sebenarnya. Takper lah slow slow kan. Dahulukan mana yang perlu dan penting.




Hany tengok yang ringsling ni macam lagi senang la. Macam la kan...hehe memang tak cuba lagi. Hany ada la cari tempat kat Kelate ni yang boleh cuba pakai semua kan. Naseb jumpa 1 di Kubang Kerian. Dia bagi consultation rm40 untuk ringsling ni. Cara pakai semua lah kot dia ajar. Dan boleh try apa yang ada di kedai dia. Kalau beli ringsling atau barang dari kedai dia so tak yah bayar consultation fee tu. Hany plan nak pergi lah nanti. Bawak Adra terus cuba kan. Tengok Adra okay tak.


Ini pulak jenis wrap, macam susah sikit. Hehe pun kena belajar dulu lah kan baru boleh cakap susah ke senang. Harap nya dipermudahkan la nanti.


Ni ha pelbagai position untuk baby. Beshnyaaaa...hehe serius tak sabar nak cuba ni.


Ha kalau kembar...amacam. Kagum owh!!!

**korang ada tak yang gendong gendong anak ni? Meh la bagi komen...**

Sunday, November 23, 2014

Rawatan Sonotron Untuk Bayi Berumur Sebulan

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Pernah dengar SONOTRON? honestly hany pun baru dengar. Kalau Sinetron tu tahu lah. Haha layanke sinetron ;)

Gara gara Adra selalu susah bernafas dan bila bernafas macam orang tua berdengkur. Ada cecair ke lendir ke hingus ntah kat kerongkong or hidung. Dah budak tak sampai pun lagi sebulan kan, risau lah tak tahu nak buat camne kan. Ubat memang tak boleh la kot. So sembang sembang ada member suggest buat terapi sonotron ni pada Adra.

Alhamdulillah..di Kota Bharu ni dekat je pusat rawatan sonotron ni dengan rumah mertua hany. Dan sememangnya tunggu husband balik weekend la nak bawa sekali. Senang pergi dengan husband ni kan. Keputusan terus boleh buat.

Mula mula jumpa doktor dulu. Owh ye klinik ni Klinik Doktor Ramzi, terletak betul betul sebelah JPJ Panji. Memang signboard klinik tak nampak kalau lalu tepi jalan tu, sebab signboard dia jenis terpacak kat tanah bukan kat atas klinik. Sebelah klinik dia ada pusat rawatan sonotron al-hafiz. Rasanya dia punya jugak kot. Kalau tak silap di kota bharu ni memang di sini je yang offer sonotron ni.

Masuk jumpa doktor, dia cakap ada sikit lendir la. Memang penuh la orang, maybe semua nak dapatkan khidmat sonotron ni kot. Dia cakap sonotron ni boleh dan selamat untuk baby.even yang baru seminggu lahir pun boleh. So kitorang pun agree la nak buat sonotron pada Adra. Kitorang gerak ke pusat rawatan kat sebelah. Ade sorang baby rasanya umur lebih kurang Adra jugak...masa buat sonotron menangis nangis. Haaa terus risau kot Adra mcm tu jugak. Haruuuu...

Sonotron tu ape? Haha sila google. Tapi secara kasarnya hany boleh katakan, rawatan dia ni mengeluarkan gelombang. Dan lalukan gelombang di tempat yang sakit. Dalam kes Adra ni, dia akan lalukan gelombang di bahagian dada belakang dan hidung. InsyaALLAH akan mencairkan kahak dan dikeluarkan melalui najis.



Ha nampak tu. Alat tu lah yang keluarkan gelombang. Alhamdulillah...Adra bantai tido je masa buat ni kan. Naseb baek. Untuk baby jangka masa adalah selama 10 minit. Tapi dia takde lah buat 10 minit berterusan. Dia akan stop kejap then sambung stop kejap then sambung. Harapnya ALLAH perkenankan la usaha kami ni. Kesian sangat nak tido susah nak menyusu susah sebab effect dia nak bernafas kan.

Alhamdulillah...nampak la time berak tu ada lendir sekali bercampur. Tapi takde lah terus hilang semua. Adra masih lagi ada bunyi kat kerongkong dia tu. Kitorang sempat buat 2 kali rawatan sonotron ni. Harapnya lepas ni elok la...aamiin.

Wednesday, November 19, 2014

Amalan Semasa Mengandung

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Hehehe bercerita pasal benda yang dah lepas. Amalan yang dilakukan semasa mengandung. Hmmm sebenarnya kalau tak silap takder lah extreme benar amalan yang hany amalkan masa mengandung, cuma adalah kan sikit sikit. Itupun setelah ramai kawan kawan yang share.

Dari Segi Pemakanan...

1) Vitamin yang klinik bagi hany makan ikut keadaan.hehe ada ingat makan tak ingat tak makan la. Tapi hany ada amalkan QASEH GOLD dan SOLE.

2) Disebabkan hany ada GDM, memang hany jaga makan. Guna beras perang, gula perang, makan tengahari pun makanan ikut piramid makanan. Nasi sikit,sayur banyak lauk pun banyak.

3) Hany gemar nescafee. Tapi bila mengandung masih tak dapat tinggalkan nescafee. Cuma hadkan pengambilan. Seminggu sekali atau 2kali minum nescafee ni.

4) AIR KELAPA, memang hany amalkan 2kali seminggu sejak masuk 6bulan mengandung. Ikut napsu nak hari hari tapi sebab mahal maka 2kali je seminggu.

Amalan lain:

1) MENGAJI
- Kebanyakan membe membe pesan kat hany, kalau boleh khatamkan Quran sekurang kurangnya sekali sepanjang mengandung ni. Kalau boleh acapkali lagi bagus. Hehe kental hany cuba habiskan. Alhamdulillah...berjaya habiskan.

2) AMALKAN SURAH SURAH SEMASA HAMIL
- Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Luqman. Hany pemalas sikit hany beli cd pasang kt kete. Nak pergi check up pagi pagi pasang. Lepas tu cd hafiz hamidun pun ada.
- Tapi, masa kat kampung Ganu, hany rajin baca sendiri surah surah ni. Sebabnya tak der apa nak buat. Tv pun takdok astro. So sangat cemerlang semua baca sendiri.

3) BANYAKKAN BACA SURAH YASSIN
- yang ni pun ada membe pesan banyakkan baca surah Yassin. So memang buat la. Hany pemalas jugak, tapi setiap malam khamis pergi surau, so baca beramai ramai. Bila balik kampung Ganu, bacaan dari masjid boleh dengar dari rumah hany. So bila ornag di masjid baca, hany akan ingat dan buka Quran baca. Rasa bersalah kalau tak baca ;)

Alhamdulillah...hany rasa sepanjang mengandung hanu takde banyak karenah sangat, mabuk morning sickness pun takde. Tu makan sedap sangat tu. Lepas tu setakat hany rasa memang takder lah nak emo emo sangat. Tpai tak tahu lah orang sekeliling hany ada rasa kot ;)

So far itu lah sikit sebanyak amalan hany semasa mengandung. Mungkin tak lah selengkap mahupun sebagus orang lain, tapi ini jer lah hany mampu buat.

Monday, November 17, 2014

Sisi Lain Seorang Suami...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Suami...
Pelengkap kehidupan... Walau selama mana hidup bersama nya, pasti ada benda mengenai diri nya yang kita belum tahu... Yang kita belum kenal...itu yang buatkan kehidupan berumahtangga semakin menarik ;)

Alhamdulilah...sepanjang hany bersalin dan sepanjang berpantang...selama 3minggu suami ada di sisi. Ikutkan hati hany nak suruh suami cuti sebulan. Hehe lemak kan. Tapi apakan daya, ni dah hujung tahun...cuti memang takder dah. Itupun naseb dapat unpaid leave seminggu. Kalau tak naya la...

Selama ni, hany macam tak berapa kisah sangat bila nak berjauhan dengan suami. Macam sebelum ni, lepas nikah kitorang weekend husband n wife. Hany di johor husband di kl. Lepas tu hany station kat Ganu 3bulan jugak. So far okay jer...takde rasa apa apa pun. Lepas tu baru ni, hany cuti dan stay kat Ganu awal...balik raya haji terus tak ikut suami balik. Masih okay lagi sebab ada dengan mak hany.

Tapiiii...bila berpantang ni, hany rasa tak kuat bila husband nak balik sambung kerja. Rasa macam lemah bila dia takde. Meraung jugak la dia nak balik.hahaha masa berpantang main meraung raung ni. Mak hany marah jugak tak elok menangis katanya...orang berpantang tubuh lemah, risau meroyan katanya. Habis memang sedih sangat, tak dapat dibendung perasaan ini...;)


Eh, mana cerita sisi lain suaminya hehe... Tak perlu lah nak cerita details kan. Tapi semua yang suami lakukan masa berpantang ni memang sangat buatkan hany terharu. Memang tak sangka sangat. Ha gambar kat atas tu suami yang kemaskan.

Buat suami, kot la dia ada baca blog kan. Selalu nya dia tak baca sangat. Terima kasih di atas segalanya...

Friday, November 14, 2014

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

**segala yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman yg hany lalui sendiri. Setiap org pasti mempunyai/melalui dgn cara berbeza,mohon jangan ambil negatif dari apa yg hany lalui**

Hari Jumaat,24oct. Hany dah start rasa sakit. Tapiiiii hany tak tahu sakit yg dirasai tu sakit nak bersalin ke apa kan. Terus la google camne sakit nak bersalin. Sebelum ni ada jugak tanya mereka yang dah melalui nya. Disebabkan sakit tak terlalu kerap, hany teruskan aje aktiviti hari jumaat makan sotong celup tepung, pegi jalan jalan di TTC ada sale, ke sana sini jugak lah. Ada yang hany baca kalau sakit nak bersalin ni, ko takkan mampu nak tersenyum sebab sakit sakit. Haha hany bukan setakat senyum,makan minum elok je,tu yang hany ignore jer;).

Malamnya, masih terasa sakitnya...tapiii hany masih boleh lena macam biasa. Jadi hany biarkan lagi. Tak inform husband tak inform mak pun. Sekali sekala terjaga jugak sebab sakit,tapi lepas tu lena balik.

Sabtu,25oct,
Bangun pagi...macam ada lendir.Tapi sikittt sangat tak ada campur darah. Kalau ketuban banyak,ada sesetengah keluar lendir dan darah. Lagi sekali hany ignore. Breakfast paung goreng dan nasik lemak. Masa ni jam 9pagi...dah siap makan sakit tu tiba tiba makin kerap lak. Hany tengok masa dalam 10 hingga ke 15minit sekali. Bagitahu husband, jom lah cari klinik. Untuk pastikan ni sakit nak bersalin ker. Memang taknak pergi hospital...plan nak tanya di klinik,siap discuss dgn husband kalau doc cakap mcm ni lah sakit nak bersalin, kita kemas2 terus gerak ke Kelate.haha ada hati nak balik kelate lagi ni ;)

Sabtu tu Awal Muharram,klinik yg hany suka dan selalu pergi tutup la pulak, pergi cari klinik lagi satu doc perempuan la, tutup jugak. Then jumpa je klinik berhenti lah sekali penuh orang menunggu sampai tak nampak seat. Gigih lagi mencari klinik lain, sama jugak penuh orang menunggu. Last last husband tanya macam mana ni, hany decide pergi hospital je lah. Dalam hati masih dengan plan tadi lah,nak gerak ke Kelate jugak lepas tahu sakit tu betol ke nak bersalin.



11lebih terus pergi ke Hospital Ganu. Terus masuk registration room. Lepas di soal itu ini, daftar itu ini...lama jugak lah dalam tu. Ada lebih kurang 5orang yg tengah memboyot. Dalam 12.30 doctor nak cek jalan. Naseb baik doktor perempuan. Sekali dah 4cm bukak. Hany siap tanya "serius doktor 4cm?" Doktor jawab, "yer...serius". Lepas tu doktor terus explain, biasa kalau 5cm kita akan bawa awak terus ke labour room. Jadi awak tunggu kat sini dulu lah yer. 4.30 nanti saya akan cek lagi sekali. Hany pun tanya lah, tak boleh ke nak keluar. Doc cakap prosedur once datang ke hospital memang akan warded untuk pemantauan 24jam.

Keluar jumpa husband inform la itu ini semua then husband pergi register. Sepatutnya lepas register akan dapat katil la tapiiiii Awal Muharram hari tu, katil PENUH okay! So nak tak nak tunggu di bilik pendaftaran lah. Menunggu untuk dapat katil. Jam 2lebih pergi solat. Sakit dah makin kerap dah turun ke sela masa 7,8minit skali sakit. Tapi hany boleh tahan lagi. Since tak dapat katil,hany mundar mandir jalan jalan dekat koridor depan bilik pendaftaran. Orang kata banyakkan berjalan nanti jalan cepat terbuka.

Jam 4.30ptg, cek lagi sekali dah buka 6cm. Tapiiii tak dapat ke labour room sebab labour room pun PENUH. Haha giler tak semua nak jadi anak awal muharram. Mak, makcik hany dah sampai. Hany keluar duduk bersila tepi kaki lima sambil makan nasi minyak mak hany bawak. Makcik hany dah pesan, jangan makan banyak nanti nak meneran boleh muntah. Hany makan daging dengan ayam sekali. Lepas tu makan Qaseh Adinda jugak. Sedang enak duk makan...tiba tiba doktor panggil. Ingat nak pergi labour room dah,tapi nak buat CTG. Akhirnya merasa lah berbaring melentang utk ctg. Sakit makin kuat,last last hany tertido sebab lama sangat kan. Lepas 20minit siap.

Hany mintak nak pergi toilet, doktor tak bagi. Dia offer nak masukkan ape tu untuk buang air kencing, hany tak mahu. Hahaha takot sakit. Sebab tak tahan sangat sakit, hany baring atas katil yang doktor guna untuk cek jalan tu. Makin ramai di bilik pendaftaran tu. Yer lah katil tak dapat, labour room pun penuh. Tak boleh gerak ke mana mana. Sekali, guard datang panggil nama hany,ada orang nak jumpa. Hany keluar kazen hany lak sampai. Kitorang bersembang di kaki lima tu je lah. Elok je duk bersembang,sekali nurse keluar sambil laungkan nama Rohani Hashim...terkocoh kocoh hany pergi. Masa ni pun tengah sakit lagi,dah 5minit sekali...tapi mcm boleh tahan lagi. Sebab tu boleh keluar sembang sembang dengan sepupu.

Masuk bilik registration, nurse cakap tukar baju, kita pegi labour room. Masa ni dah start berdebar debar. Sempat wassap husband, dah nak mausk labour room ni. Siap tukar baju semua...ada doktor cakap kat hany;

"Awak ni buat lah muka sakit sikit, ni duk senyum senyum lagi"

"Dia ni yang 1st ni sebab tu lah macam ni" sorang lagi doktor cakap.

Elok hany baring kat katil, doktor tu cakap lagi, buat muka sakit...jangan senyum. Keluar dari registration tu, nampak husband mak makcik sepupu anak sepupu semua, terus sebak, habis pas barang2 kat husband...terus di tolak ke labour room. Masa ni jam 6.15petang. Masuk je labour room, dengar orang sebelah tengah duk meneran. Hany pandang sekeliling,di dinding ada sebiji jam dengan ayat Lailahailla anta subha nakainnikuntu minazzolimin. Ayat ni lah yang tak lekang dari mulut hany sejak sampai sakit sampai ke bersalin.

Dibiarkan seketika, sakit masih sama macam tadi jugak. Masih boleh tahan lagi. Lepas tu doktor datang, dia cek 8cm dah bukak. Dalam kul7 doktor pecahkan ketuban. Lepas pecah ketuban tu, baru lah bermula SAKIT yang hany tak boleh tahan. Sakitttttt sangat. Lepas tu doktor cek, dia kata masih ada ruang kiri kanan kepala baby, tak full lagi la. So tak boleh teran lagi. Doktor suruh mengiring. Lega sikit duk mengiring ke kiri tu...lepas tu doktor pasang CTG,so kena melentang la kan. Kejap dapat kejap tak dapat bacaan ctg sebab time sakit hany gerak gerak,lepas tu doktor suruh mengiring dengan ctg terpasang. Lega la sikit.

Dalam keadaan mengiring hany bagitahu doktor tak tahan sangat, rasa nak teran. Doktor pun suruh melentang balik,then suruh teran, sekali bila teran doktor tengok kepala baby macam tak datang, tak bergerak keluar. Doktor kata mengiring balik nak teran pun teran laa...elok pulak rasa nak muntah,doktor bagi beg sampah kaler kuning suruh hany pegang. Bila sakit hany teran...doktor siap hulur tangan dia untuk hany pegang. Kalau tak silap lebih kurang kul8, hany dah tak keruan. Sakitttt gilerrrr...

Masa ni dah ready semua, doktor tengok dah boleh untuk teran. Huiiii serius hany tak pandai teran. Ada sorang doktor sorang JM. Mula mula doktor tu bukan main baik cakap elok elok suruh teran, sekali dia tengok hany teran tak betul...dia tinggikan suara. Sambil dia ajar teran. Hany teran tapi hany curi nafas dan stop lama, so kepala baby macam masuk balik. Masa ni doktor dah keluar ayat semangat+ayat sedih... "Puan, jangan berhenti lama puan,kepala baby masuk balik. Puan tak kesian kat baby ker? Tak sayang baby ker, taknak jumpa baby ker" masa ni memang sedih la dengar ayat doktor ni. Tapi memang tak nangis sebab hany risau kalau menangis nanti jadi lemah.

Lepas tu kumpul balik kekuatan... Teran sepenuh hati....lepas tu doktor cakap curi nafas, hany ikut...doktor cakap teran...hany ikut....lama kali ni teran...gerammmm gerammm suara doktor tu cakap... Lepas tu dengar doktor cakap, " kuat lagi puan, dah nampak dahi ni...cepat terannn" memang sekuat hati teran...lepas tu rasa ada benda keluar...meluncur serentak tu dengar baby nangis...kuat giler suara nangis. Hany macam terdiam sekejap cuba dengar betol betol betol. ALLAHUAKBAR...anak aku dah keluar...

Doktor cakap kat hany selawat puan selawat...tak silap masa ni nak potong tali pusat. Lepas tu...jm angkat baby tunjuk kat hany. Honestly...masa ni memang tak terkata...macam terkesima...terpegun... Speechless giler tengok baby sendiri... Jm tanya..."puan cuba sebut baby puan ni"... Hany duk pandang muka baby badan semua...lepas tu sebut "puang" tapi slow je sebab masih terkejut...jm ulang lagi "puan...kuat sikit puan".... Hany jawab lagi "puang=perempuan"... Okay puan... Terus jm tu letak baby atas dada hany. Masa ni baby tak menangis langsung...hany angkat tangan slow slow usap pipi baby...terus baby buka mata. Sebak giler masa ni. Dah tak hirau apa doktor dengan jm buat haha... Dah khayal dengan baby kan. Bersih sangat baby, tak ade kerak apa pun kat kepala...berkat minum air kelapa kot ;)

Tak silap dalam 5,6 minit jer baby diletak atas dada hany. Jm ambil bagitahu nak suruh husband azan. Lepas tu dengar doktor bersembang dengan nurse yang catat masa tadi. Uri keluar 5minit after baby keluar blablabla...masa ni mulut memang masih duk ulang ayat untuk permudahkan urusan.

Owh yer...husband hany memang tak dapat masuk untuk tengok serta temankan waktu bersalin. Keciwa la jugak...husband pun memang nak sangat berada bersama waktu hany bersalin. Tapiiii apakan daya, sebab waktu hany bersalin memang labour room penuh. Siap ada yang menunggu tepi tepi lagi, diorang panggil extension ke apa. So husband memang tak dibenarkan masuk untuk hormat privacy yang sedang menunggu. Jadinya, nurse bawa baby ke pintu masuk labour room...husband azan iqamat kat situ je lah... Yer memang lah terkilan tapi apakan daya...kena lah hormat kan polisi dah macam tu.

Setel semua lebih kurang jam 10lebih. Hany ditolak keluar dan masih menunggu sebab katil tak der lagi kot. Masa ni ada nurse buatkan air milo panas, dan suap kan..lega giler rasa dapat minum. Sambil minum sambil dia bersembang dengan hany. Lepas tu...dibiar kan lagi kat situ. Hany nak tido pun tak boleh sebab ada nurse duk ulang alik,lepas tu patient ditolak masuk la...sebab tepi laluan kan.

Lepas tu, dengar ada nurse tanya..."Rohani Hashim ker?"... Hany angguk... "Haaa ni baby lapar ni...mari bagi susu. Bising baby kat dalam ni ha". Haha habis mana la hany tahu...sumpah lepas tu memang tak tahu kemana baby di bawa. Hany menyusu dalam keadaan mengiring la... Huuuu besh giler perasaan saat ni. Pertama kali menyusu. Tenang jer baby. Lama jugak la dibiarkan baby dengan hany. Lepas tu nurse bawa baby masuk bilik balik. Tinggal lah hany sorang diri kat laluan tu. Kelip kelip menunggu masa...

Tiba tiba...datang seseorang berdiri sebelah katil hany. Dongak kepala tengok husband. Huuuu terus sebak...mulut spontan cakap "sakitttt b...." Hahaha...bagitahu sakitttt sangat bersalin ni. Dan dan tu jugak terus bercerita experience bersalin. Yer lah sepatutnya suami ada bersama, jadi suami boleh tahu macam mana bersalin kan. Jadi suami pun tahu macam mana mak dia bersalinkan dia, macam mana isteri dia bersalinkan zuriat dia. Tapi yer lah... Takde rezeki la nak masuk bersama...

Okaylah..itu lah pengalaman hany bersalin. Akhirnya merasa jugak sakittttnya bersalin tu kan.

Honestly, sakittttt sangat bersalin ni. Maybe jugak terasa sakitttt sangat sebab hany tak ambil pain relief. Allahuakbar...hebat perempuan ni, dapat tanggung sakit yang memang sakit lah. Dan yang sakit lama serta induce tu lagi lah sakit agaknya. Hany yang cepat ni pun dah terasa sangat sakit... Apepun, perempuan memang hebat!!! ;)

Tuesday, November 11, 2014

Jamu/herba/ubat Sewaktu Pantang...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 18 hany berpantang. Kadang kadang rasa kejap, tapi ada kala huiii lama lagi ni. Haha... Bertabahlah yer hany. InsyaALLAH jumaat nanti hany akan ke Kelate. Sambung berpantang kat Kelate pulok. Lagi pun sebelah sana pun tak tengok lagi Adra.

Okay, bercerita pasal ubat ke jamu ke herba ke yang di amalkan masa pantang. Hany setakat ni memang tak makan apa apa lagi. Hany ada beli set bersalin Nona Roguy tu. Tapi satu pun tak amik lagi sebab kan Adra ada kuning baru ni. Langkah berjaga jaga baik jangan start lagi lah kan. Risau gak kan panas ke apa ker tak pasal pasal jadi lain macam lak. So far, hany ambil antibiotik dengan ubat pelembut najis je. Hehe risau kalau sembelit tau ;)

Alhamdulillah....
Setakat ni hany rasa macam biasa lah. Dah bertenaga macam sebelum bersalin. Semalam member datang pun tanya, makan ubat ape...nampak sihat bertenaga macam biasa jer. Hany cerita je lah kan, memang tak ambil apa apa lagi. Tapi hany memang makan ikan haruan, dari lepas keluar wad terus beli ikan haruan. Lepas tu air masak memang minum sehari 3liter lah. Dahaga sangat...memang selalunya takkan kurang dari 3liter tu.

Nak kena start juga makan nona roguy ni. Tapiii bila terbau je macam macam hany fikir.haha dah nama nya ubat kan,redho je lah. Telan ajer. Nak kena start la try and error kan...makan itu ini then tengok effect tak pada anak kan. Takkan nak stick pada makanan yang sama jer kan. Harapnya Adra okay bila hany start ambil.nona roguy nanti.

**ikan haruan tu sedap rupanya. Haha selalu duk dengar orang ckp itu ini pasal ikan haruan. Eh sedap lah...nak nak buat sup. Beshhhh **

Thursday, November 6, 2014

Keberanian

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,


Adra - Keberanian
Rizzqina - Rezeki Kami

Hany memang macam dah terdetik dalam hati, kalau lah ALLAH makbulkan doa kami dan berikan kami rezeki anak, hany nak namakan anak tu dengan nama yang bermaksud 'Rezeki Kami'. Alhamdulillah ALLAH makbulkan, cuma hany tak tahu lelaki atau perempuan je masa mengandung. Sebab scan tak nampak. So prepare lah dua dua nama kan.

Kalau lelaki nak letak Rizqin atau Rizqullah. Rizqin tu Rezeki Kami, Rizqullah Rezeki Dari ALLAH. Yang perempuan memang sama ada Rizqa,Rizzqina yg bermaksud Rezeki Kami. Jadinya kami pilih Rizzqina. Adra macam biasalah nakkk jugak nama yang ada dua ni kan.hehehe

Selalunya orang takkan panggil Rizzqina sebab 3suku kata kan, sebab tu pilih Adra, kalau 2suku kata senang orang nak panggil. Tapi mungkin ada yang panggil Qina, hany dah tanya ustazah Qina-Berkat/yang dikurnia. So makna elok...okaylah kan. Tapi kitorang panggil Adra lah. Hehe lidah org tua susah nak sebut Adra ni. Tok dia lah susah nak sebut ;) nyang kat kelate pun tak boleh sebut. Hihihi

Hany ada cadangkan kat husband nak letak Adra Rayhana...husband cakap mcm mat salleh la pulok. Tapi maksud dia elok tau. Hehe comey gak kan Adra Rayhana ;)

Wednesday, November 5, 2014

Plan Asal

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Dah lama tak hapdet blog, faham faham la kan kalau dah bersalin ni. Nak pulak anak pertama ni kan, serius banyak benda nak kena ejas kan. Nak kena sesuai kan diri, nak kena betulkan rutin semua. Alhamdulillah semakin hari semakin okay...walaupun bagi hany masih kelam kabut lagi ;)

Okay, nak bercerita pasal plan asal kami lah. Kalau di ikutkan kitorang plan nak bersalin di Kelantan, dah booking di Pusat Perubatan An Nisa'. Dah pergi checkup masa raya haji. So doctor cakap dia bagi paling lewat 14november, tak ada tanda tak ada apa apa kena jugak datang on 14.11 sebab hany ada gdm. Risau apa apa jadi kan.

Lepas raya haji,suami balik KL. Hany stay di Ganu dengan mak. Konon plan 7november baru nak gerak balik ke Kelate. Sepanjang kat Ganu memang hany banyak keluar pegi jalan sana jalan sini lah. Hehe bukan banyak sangat pun mall kat Ganu ni nak hany tawaf. Lepas checkup biasa hany pergi la melencong kemana mana. Sorang diri lah. Husband tinggalkan kete senang untuk hany bergerak.

Setelah 2minggu lepas raya haji tu,hany suruh husband balik weekend, husband pun memang nak balik. Bosan duk sana sorang dan takde apa nak buat. Jumaat pagi 24oct, jam 8pagi pergi airport Ganu untuk ambil husband. Terus pegi makan makan, pergi beli tiket bas husband nak balik ahad pagi,26oct. Lepas tu pergi jalan jalan lagi.

Tapi,
Hany memang berdoa sangat, kalau baby nak keluar awal, tolong lah keluar waktu suami ada di sisi. Banyak kali hany mohon daripada ALLAH.

Jumaat petang tu pergi kedai sotong celup tepung, memang hany dah lama nak makan sotong celup tepung. Tapi saja tunggu husband balik, jadi boleh makan makan dengan suami tersayang kannn...haha gediks. Di sebabkan pergi hari Jumaat, maka ramai sangat orang dapat 2ekor sotong je. Takper lah janji dapat makan kan.

Sabtu,25october... Lahirlah "rezeki" yang kami tunggu tunggu. ALLAHUAKBAR!!! ALLAH dengar dan makbulkan doa hany. Hany bersalin dengan suami ada di sisi. Syukur sangat sangat...

Kami merancang...tapi perancangan ALLAH lagi hebat! Jadi anak Ganu jugak puteri kami ;)

**nanti hany share entry bersalin yer;)**

~TQ Dear~

Followers