بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Wednesday, November 05, 2014

Plan Asal

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Dah lama tak hapdet blog, faham faham la kan kalau dah bersalin ni. Nak pulak anak pertama ni kan, serius banyak benda nak kena ejas kan. Nak kena sesuai kan diri, nak kena betulkan rutin semua. Alhamdulillah semakin hari semakin okay...walaupun bagi hany masih kelam kabut lagi ;)

Okay, nak bercerita pasal plan asal kami lah. Kalau di ikutkan kitorang plan nak bersalin di Kelantan, dah booking di Pusat Perubatan An Nisa'. Dah pergi checkup masa raya haji. So doctor cakap dia bagi paling lewat 14november, tak ada tanda tak ada apa apa kena jugak datang on 14.11 sebab hany ada gdm. Risau apa apa jadi kan.

Lepas raya haji,suami balik KL. Hany stay di Ganu dengan mak. Konon plan 7november baru nak gerak balik ke Kelate. Sepanjang kat Ganu memang hany banyak keluar pegi jalan sana jalan sini lah. Hehe bukan banyak sangat pun mall kat Ganu ni nak hany tawaf. Lepas checkup biasa hany pergi la melencong kemana mana. Sorang diri lah. Husband tinggalkan kete senang untuk hany bergerak.

Setelah 2minggu lepas raya haji tu,hany suruh husband balik weekend, husband pun memang nak balik. Bosan duk sana sorang dan takde apa nak buat. Jumaat pagi 24oct, jam 8pagi pergi airport Ganu untuk ambil husband. Terus pegi makan makan, pergi beli tiket bas husband nak balik ahad pagi,26oct. Lepas tu pergi jalan jalan lagi.

Tapi,
Hany memang berdoa sangat, kalau baby nak keluar awal, tolong lah keluar waktu suami ada di sisi. Banyak kali hany mohon daripada ALLAH.

Jumaat petang tu pergi kedai sotong celup tepung, memang hany dah lama nak makan sotong celup tepung. Tapi saja tunggu husband balik, jadi boleh makan makan dengan suami tersayang kannn...haha gediks. Di sebabkan pergi hari Jumaat, maka ramai sangat orang dapat 2ekor sotong je. Takper lah janji dapat makan kan.

Sabtu,25october... Lahirlah "rezeki" yang kami tunggu tunggu. ALLAHUAKBAR!!! ALLAH dengar dan makbulkan doa hany. Hany bersalin dengan suami ada di sisi. Syukur sangat sangat...

Kami merancang...tapi perancangan ALLAH lagi hebat! Jadi anak Ganu jugak puteri kami ;)

**nanti hany share entry bersalin yer;)**

8 comments:

Lady D'yot said...

alhamdulillah..keluar awal, selamat tak kena induce..;)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Hai Hany!!.
Cemana?. Sakit tak bersalin??.
Kekeke..

Dokter faRyn said...

cepat hany nanti share experience bersalin tau. nikmat sakit bersalin ni hanya seorang ibu je yang tau kan :) alhamdulillah syukur sangat ALLAH mudahkan urusan hany :)

Arina Shamsul said...

alhamdulillah...tahniah dear..tahniah :)

Arina Shamsul said...

alhamdulillah...tahniah dear..tahniah :)

Kapten Z said...

alhamdulillah. Waktu anak saya dulu 13 jam dalam labour room. ++! letih... tapi bila anak keluar. wuut!!

Chic Na said...

kalau bersalin kat kelate boleh g melawat bay adra.. kampung sebelah je kan.. hee..

Rohani Hashim said...

@lady
Betol gak kan.kalu smpai due kena induce kan.

@mm
Seriusly sakittttt mm.hahaha tp bila fikir balik sait brsalin penghapus dosa, dan bila tgk anak...berbaloi la dgn sakitnya tu ;)

@docFaryn
Haaa nnti hany buat entry.kena buat awal2 nnti lupa kan.haha

@arina
Alhamdulillah...tq

@kaptenZ
Betol tuh bila anak keluar semua nya hilang kan ;)

@chicna
Xpe chicna,nnti bln12 Adra balik wakaf bharu,mai la jenguk adra yer ;)

Followers