بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Monday, November 17, 2014

Sisi Lain Seorang Suami...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Suami...
Pelengkap kehidupan... Walau selama mana hidup bersama nya, pasti ada benda mengenai diri nya yang kita belum tahu... Yang kita belum kenal...itu yang buatkan kehidupan berumahtangga semakin menarik ;)

Alhamdulilah...sepanjang hany bersalin dan sepanjang berpantang...selama 3minggu suami ada di sisi. Ikutkan hati hany nak suruh suami cuti sebulan. Hehe lemak kan. Tapi apakan daya, ni dah hujung tahun...cuti memang takder dah. Itupun naseb dapat unpaid leave seminggu. Kalau tak naya la...

Selama ni, hany macam tak berapa kisah sangat bila nak berjauhan dengan suami. Macam sebelum ni, lepas nikah kitorang weekend husband n wife. Hany di johor husband di kl. Lepas tu hany station kat Ganu 3bulan jugak. So far okay jer...takde rasa apa apa pun. Lepas tu baru ni, hany cuti dan stay kat Ganu awal...balik raya haji terus tak ikut suami balik. Masih okay lagi sebab ada dengan mak hany.

Tapiiii...bila berpantang ni, hany rasa tak kuat bila husband nak balik sambung kerja. Rasa macam lemah bila dia takde. Meraung jugak la dia nak balik.hahaha masa berpantang main meraung raung ni. Mak hany marah jugak tak elok menangis katanya...orang berpantang tubuh lemah, risau meroyan katanya. Habis memang sedih sangat, tak dapat dibendung perasaan ini...;)


Eh, mana cerita sisi lain suaminya hehe... Tak perlu lah nak cerita details kan. Tapi semua yang suami lakukan masa berpantang ni memang sangat buatkan hany terharu. Memang tak sangka sangat. Ha gambar kat atas tu suami yang kemaskan.

Buat suami, kot la dia ada baca blog kan. Selalu nya dia tak baca sangat. Terima kasih di atas segalanya...

6 comments:

Lady D'yot said...

Memang betul sangat kak...Time dah bersalin tu rasa bergantung sepenuhnya kat dia, lagi la time awal-awal kan, kita masih tak kuat lagi..pakai bengkung pon suami buatkan, pakai stokin, etc..haha..suami saya dulu dapat teman seminggu je pastu kerja balik..then tiap weekend, atau 2minggu sekali baru balik jenguk kami kat kampung..akak untungla gak suami dapat teman lama..saya dulu pon tersedu-sedu gak bila suami dah habis cuti..pandang anak je nangis teringat kat suami..

Rohani Hashim said...

@LadyDyot
Haha over nadia ni.bengkong pu suami buat.akk bengkong pakai sendiri je.tp stoking tu kadangkala suami pakaikan.sbb time lps mandi dan dan tu ank nk nyusu.tak sempat sarung,dia tlg sarungkan. Betol kan, time dia nk balik tu huiiii rasa sanggup je pantang kt kl sbb demi nk ikut dan ada dgn suami kan...

MZ said...

anything for u :)

Irfa said...

mmg siksa kalau dlm pantang berjauhan ngn suami. sbb dia je yg sggup layan karenah kita. merasa masa pantang anak no 1 dan 2. masuk anak no 3 sendiri jaga

Nafisa81 said...

Anak sulung je pantang kat kampung sepenuhnya...yg ke dua ketiga..sanggup pantang sendiri sbb taknak jauh dengan suami..hehehe

anajingga said...

Salam ukhwah, isteri memang tempatnya disisi suami,namun atas beberapa sebab terpaksa berjauhan jua,semoga tabah dalam kehidupan dunia ini :)

Followers