Sunday, November 23, 2014

Rawatan Sonotron Untuk Bayi Berumur Sebulan

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Pernah dengar SONOTRON? honestly hany pun baru dengar. Kalau Sinetron tu tahu lah. Haha layanke sinetron ;)

Gara gara Adra selalu susah bernafas dan bila bernafas macam orang tua berdengkur. Ada cecair ke lendir ke hingus ntah kat kerongkong or hidung. Dah budak tak sampai pun lagi sebulan kan, risau lah tak tahu nak buat camne kan. Ubat memang tak boleh la kot. So sembang sembang ada member suggest buat terapi sonotron ni pada Adra.

Alhamdulillah..di Kota Bharu ni dekat je pusat rawatan sonotron ni dengan rumah mertua hany. Dan sememangnya tunggu husband balik weekend la nak bawa sekali. Senang pergi dengan husband ni kan. Keputusan terus boleh buat.

Mula mula jumpa doktor dulu. Owh ye klinik ni Klinik Doktor Ramzi, terletak betul betul sebelah JPJ Panji. Memang signboard klinik tak nampak kalau lalu tepi jalan tu, sebab signboard dia jenis terpacak kat tanah bukan kat atas klinik. Sebelah klinik dia ada pusat rawatan sonotron al-hafiz. Rasanya dia punya jugak kot. Kalau tak silap di kota bharu ni memang di sini je yang offer sonotron ni.

Masuk jumpa doktor, dia cakap ada sikit lendir la. Memang penuh la orang, maybe semua nak dapatkan khidmat sonotron ni kot. Dia cakap sonotron ni boleh dan selamat untuk baby.even yang baru seminggu lahir pun boleh. So kitorang pun agree la nak buat sonotron pada Adra. Kitorang gerak ke pusat rawatan kat sebelah. Ade sorang baby rasanya umur lebih kurang Adra jugak...masa buat sonotron menangis nangis. Haaa terus risau kot Adra mcm tu jugak. Haruuuu...

Sonotron tu ape? Haha sila google. Tapi secara kasarnya hany boleh katakan, rawatan dia ni mengeluarkan gelombang. Dan lalukan gelombang di tempat yang sakit. Dalam kes Adra ni, dia akan lalukan gelombang di bahagian dada belakang dan hidung. InsyaALLAH akan mencairkan kahak dan dikeluarkan melalui najis.



Ha nampak tu. Alat tu lah yang keluarkan gelombang. Alhamdulillah...Adra bantai tido je masa buat ni kan. Naseb baek. Untuk baby jangka masa adalah selama 10 minit. Tapi dia takde lah buat 10 minit berterusan. Dia akan stop kejap then sambung stop kejap then sambung. Harapnya ALLAH perkenankan la usaha kami ni. Kesian sangat nak tido susah nak menyusu susah sebab effect dia nak bernafas kan.

Alhamdulillah...nampak la time berak tu ada lendir sekali bercampur. Tapi takde lah terus hilang semua. Adra masih lagi ada bunyi kat kerongkong dia tu. Kitorang sempat buat 2 kali rawatan sonotron ni. Harapnya lepas ni elok la...aamiin.

6 comments:

Unknown said...

dulu anak kami yang no 3 ada jugak lendir kat hidung ngan tekak dia.. risau jugak la.. kami buat steam dengan tepuk percussion je.. tepuk2 untuk longgarkan kahak dgn lendir tu.. alhamdulillah dah besar ni takde dah dengar bunyi2..

Rohani Hashim said...

@Rai
Haaa memang ada baca jugak pasal steam n percussion ni.tapi kitorang xreti buat. Sebab adra kecik sgt la. Kalau kt kl ada bc klinik dr.nadir tu ada buat steam n percussionni.kalau ada kt kl mmg hany dh bwk pegi sana.

Lady D'yot said...

alahai senang nye adra..tidor jek..hehe

AzianKhalil said...

Mudah mudah cepat sembuh ye adra...

Rohani Hashim said...

@LadyDyot
Ha nadia.naseb baek jugak dia tido je sepanjang buat sonotron ni.kalu tak haruuu jugak.dahla dia kalu menangis high volume terus xde main yg slow ni.


@nafisa
Aamiin...InsyaALLAH hrp nya sembuh la cepat2 aamiin....

Unknown said...

Mcmna setelah mjalani rawatn sonoton..ape tndak balas nya

~TQ Dear~

Followers