Ini Wilayah Hijau: Gendong


26 November 2014

Gendong

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Hehehe...dah lama tak bersiaran. Adra sekarang dah sebulan ++. Hihihi tak sabar nak habis pantang nak balik rumah sendiri. Beshnyaaa... Dan akan bermula rutin baru lah kan. Sebab rumah sendiri semua kena buat sendiri lah;)

Hany sejak dua menjak ni, asyik duk ushar benda yang gendong gendong ni. Ringsling atau wrap. Seriusly memang zero knowledge la pasal benda ni. Tapi hany macam berminat nak babywear Adra nanti. Kitorang pun memang tak ada beli stroller lagi, car seat pun tak beli lagi. Haha banyak benda tak beli lagi sebenarnya. Takper lah slow slow kan. Dahulukan mana yang perlu dan penting.




Hany tengok yang ringsling ni macam lagi senang la. Macam la kan...hehe memang tak cuba lagi. Hany ada la cari tempat kat Kelate ni yang boleh cuba pakai semua kan. Naseb jumpa 1 di Kubang Kerian. Dia bagi consultation rm40 untuk ringsling ni. Cara pakai semua lah kot dia ajar. Dan boleh try apa yang ada di kedai dia. Kalau beli ringsling atau barang dari kedai dia so tak yah bayar consultation fee tu. Hany plan nak pergi lah nanti. Bawak Adra terus cuba kan. Tengok Adra okay tak.


Ini pulak jenis wrap, macam susah sikit. Hehe pun kena belajar dulu lah kan baru boleh cakap susah ke senang. Harap nya dipermudahkan la nanti.


Ni ha pelbagai position untuk baby. Beshnyaaaa...hehe serius tak sabar nak cuba ni.


Ha kalau kembar...amacam. Kagum owh!!!

**korang ada tak yang gendong gendong anak ni? Meh la bagi komen...**

Komen
6 Komen

6 comments:

Azi Azidah said...

ada baca kt blog intan berlian dia ada beli senang katanya klu ank dah dua tiga. hany klu beli tak rugi ank baru satu leh pakai nnti ank2 lain insyaallah. kita ada fikir nk beli serous payah nk handle 3 ank klu nk kuar nk nk suami azi selalu xde.

Nafisa81 said...

Folo grup fb malaysian babywearer kot namanya.. Dlm tu ada byk info berkaitan babywearing ni..kak yan pun gendong juga pakai ring sling...tapi yg kembar ni...tolak je pakai stroller

Lady D'yot said...

kendong ke gendong? dua2 pon bleh kot..hehe..saya tak beli coz hanan tak suka, time try pon dah nanges2..tak kira la yg jenis wrap ke, sling ke, carrier ke semua dia reject, dia nak dukung guna tangan gak..hehe..tp skrg dia lagi suka duduk dlm stroller..org cakap yg terbaik brand boba wrap tu..selesa utk bayi dan tulang blakang kita..ikutlah masing2 kan.

Rohani Hashim said...

@Azi
Haaa tu lah hany fikir azi. Br sorg ni kalu ok.beli and boleh teruskan utk anak anak seterusnya. InsyaALLAH. Hany tgk mmbe ank 2,3 mmg ramai guna ni sbb senang katanya.monitor yg besar je.yg kecik dh melekat dah.


@azian
Ooo kakyan dulu pakai sling gak eh.hehe nak kena godek balik la entry lama lama kakyan ni.hehe haaa skrg sikembar susah sket la kan nk gendong ni. Xpe lah stroller ade kan. Ikut keperluan kan. Ok kakyan dh join group tu.


@nard
Ooo hanan xnak duduk eh. Tu lah akak nak kena try dulu.xleh main beli je kan. Tp masa nk try ni kena lah tgk mood si kecik ni jugak. Tp biasa nya dia tido je. Harap ok lah mood dia nnti ni. Ha kalau join group tu mcm2 lah brand model.haha smpai tak trkejar akk nk cari.tp buat ms ni nk cuba ringsling ni dulu la. Harap adra nak la duduk kan.

mega said...

hany, kalo wrap sesuai untuk baby under 6month. after 6month better pakai carrier mcm brand ergo, boba etc.. ring sling tak pernah cuba sebab mcm sakit bahu sebelah je...hehe!

selamat mencuba!

Rai OurKizuna said...

saya pakai ringsling tu.. mmg sangat mudah.. actually boleh belajar kat youtube je cara nak pakainya tu.. free..satu lagi.. kalau masuk group malaysian babywearer tu diorang ada buat gathering.. time tu boleh pinjam dan belajar cara2 pakai babywearing gear ni.. kalau newborn sesuai pakai ringsling.. mula2 kalau tak biasa mmg anak akan menangis.. tapi kalau dah cekap sikit senang je.. lepas tu duk dalam tu anak senang tidur.. sbb dekat ngan dada kita kan..

selain tu, kalau tak berani nak beli lagi pun diorang ada sewakan dulu..so boleh try.. hihi.. anak saya kecik2 je..so pakai ringsling tak sakit bahu. unless kalau kendong sampai 2-3 jam tu..