بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Tuesday, November 11, 2014

Jamu/herba/ubat Sewaktu Pantang...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke 18 hany berpantang. Kadang kadang rasa kejap, tapi ada kala huiii lama lagi ni. Haha... Bertabahlah yer hany. InsyaALLAH jumaat nanti hany akan ke Kelate. Sambung berpantang kat Kelate pulok. Lagi pun sebelah sana pun tak tengok lagi Adra.

Okay, bercerita pasal ubat ke jamu ke herba ke yang di amalkan masa pantang. Hany setakat ni memang tak makan apa apa lagi. Hany ada beli set bersalin Nona Roguy tu. Tapi satu pun tak amik lagi sebab kan Adra ada kuning baru ni. Langkah berjaga jaga baik jangan start lagi lah kan. Risau gak kan panas ke apa ker tak pasal pasal jadi lain macam lak. So far, hany ambil antibiotik dengan ubat pelembut najis je. Hehe risau kalau sembelit tau ;)

Alhamdulillah....
Setakat ni hany rasa macam biasa lah. Dah bertenaga macam sebelum bersalin. Semalam member datang pun tanya, makan ubat ape...nampak sihat bertenaga macam biasa jer. Hany cerita je lah kan, memang tak ambil apa apa lagi. Tapi hany memang makan ikan haruan, dari lepas keluar wad terus beli ikan haruan. Lepas tu air masak memang minum sehari 3liter lah. Dahaga sangat...memang selalunya takkan kurang dari 3liter tu.

Nak kena start juga makan nona roguy ni. Tapiii bila terbau je macam macam hany fikir.haha dah nama nya ubat kan,redho je lah. Telan ajer. Nak kena start la try and error kan...makan itu ini then tengok effect tak pada anak kan. Takkan nak stick pada makanan yang sama jer kan. Harapnya Adra okay bila hany start ambil.nona roguy nanti.

**ikan haruan tu sedap rupanya. Haha selalu duk dengar orang ckp itu ini pasal ikan haruan. Eh sedap lah...nak nak buat sup. Beshhhh **

5 comments:

Lady D'yot said...

ikan haruan kalau fresh sedap la wat sup ke, bakar ke, macam makan ikan lain..yang tak sedap nya pati dalam botol tu..bau ummphh! ;p

Dokter faRyn said...

Hany post la lg gambo bby adra :) selamat berpantang!!

wida said...

mkn mentah2 ke? wida pon kena mkn anak ikan haruan masa berpantang anak sulong..emm serik nk mkn!

Rai OurKizuna said...

saya tak pernah makan ikan haruan.. tapi saya minum jugak teh kunyit.. sekali dalam set bersalin yang beli tu.. alhamdulillah ok je..

Azi Azidah said...

azi mmg xmkn jamu masa pntg. hany psl xcukup susu tu kita bg ikut bby demand jer xyh kisah berak byk ke sikit. jnji bby xkembung perut okla. psl muntah susu tu setiap kali pas menyusu kena sedawakn bby. azi pn selalu jugak bby muntah susu balik.

Followers