Assalamualaikum,
**segala yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman yg hany lalui sendiri. Setiap org pasti mempunyai/melalui dgn cara berbeza,mohon jangan ambil negatif dari apa yg hany lalui**
Hari Jumaat,24oct. Hany dah start rasa sakit. Tapiiiii hany tak tahu sakit yg dirasai tu sakit nak bersalin ke apa kan. Terus la google camne sakit nak bersalin. Sebelum ni ada jugak tanya mereka yang dah melalui nya. Disebabkan sakit tak terlalu kerap, hany teruskan aje aktiviti hari jumaat makan sotong celup tepung, pegi jalan jalan di TTC ada sale, ke sana sini jugak lah. Ada yang hany baca kalau sakit nak bersalin ni, ko takkan mampu nak tersenyum sebab sakit sakit. Haha hany bukan setakat senyum,makan minum elok je,tu yang hany ignore jer;).
Malamnya, masih terasa sakitnya...tapiii hany masih boleh lena macam biasa. Jadi hany biarkan lagi. Tak inform husband tak inform mak pun. Sekali sekala terjaga jugak sebab sakit,tapi lepas tu lena balik.
Sabtu,25oct,
Bangun pagi...macam ada lendir.Tapi sikittt sangat tak ada campur darah. Kalau ketuban banyak,ada sesetengah keluar lendir dan darah. Lagi sekali hany ignore. Breakfast paung goreng dan nasik lemak. Masa ni jam 9pagi...dah siap makan sakit tu tiba tiba makin kerap lak. Hany tengok masa dalam 10 hingga ke 15minit sekali. Bagitahu husband, jom lah cari klinik. Untuk pastikan ni sakit nak bersalin ker. Memang taknak pergi hospital...plan nak tanya di klinik,siap discuss dgn husband kalau doc cakap mcm ni lah sakit nak bersalin, kita kemas2 terus gerak ke Kelate.haha ada hati nak balik kelate lagi ni ;)
Sabtu tu Awal Muharram,klinik yg hany suka dan selalu pergi tutup la pulak, pergi cari klinik lagi satu doc perempuan la, tutup jugak. Then jumpa je klinik berhenti lah sekali penuh orang menunggu sampai tak nampak seat. Gigih lagi mencari klinik lain, sama jugak penuh orang menunggu. Last last husband tanya macam mana ni, hany decide pergi hospital je lah. Dalam hati masih dengan plan tadi lah,nak gerak ke Kelate jugak lepas tahu sakit tu betol ke nak bersalin.
11lebih terus pergi ke Hospital Ganu. Terus masuk registration room. Lepas di soal itu ini, daftar itu ini...lama jugak lah dalam tu. Ada lebih kurang 5orang yg tengah memboyot. Dalam 12.30 doctor nak cek jalan. Naseb baik doktor perempuan. Sekali dah 4cm bukak. Hany siap tanya "serius doktor 4cm?" Doktor jawab, "yer...serius". Lepas tu doktor terus explain, biasa kalau 5cm kita akan bawa awak terus ke labour room. Jadi awak tunggu kat sini dulu lah yer. 4.30 nanti saya akan cek lagi sekali. Hany pun tanya lah, tak boleh ke nak keluar. Doc cakap prosedur once datang ke hospital memang akan warded untuk pemantauan 24jam.
Keluar jumpa husband inform la itu ini semua then husband pergi register. Sepatutnya lepas register akan dapat katil la tapiiiii Awal Muharram hari tu, katil PENUH okay! So nak tak nak tunggu di bilik pendaftaran lah. Menunggu untuk dapat katil. Jam 2lebih pergi solat. Sakit dah makin kerap dah turun ke sela masa 7,8minit skali sakit. Tapi hany boleh tahan lagi. Since tak dapat katil,hany mundar mandir jalan jalan dekat koridor depan bilik pendaftaran. Orang kata banyakkan berjalan nanti jalan cepat terbuka.
Jam 4.30ptg, cek lagi sekali dah buka 6cm. Tapiiii tak dapat ke labour room sebab labour room pun PENUH. Haha giler tak semua nak jadi anak awal muharram. Mak, makcik hany dah sampai. Hany keluar duduk bersila tepi kaki lima sambil makan nasi minyak mak hany bawak. Makcik hany dah pesan, jangan makan banyak nanti nak meneran boleh muntah. Hany makan daging dengan ayam sekali. Lepas tu makan Qaseh Adinda jugak. Sedang enak duk makan...tiba tiba doktor panggil. Ingat nak pergi labour room dah,tapi nak buat CTG. Akhirnya merasa lah berbaring melentang utk ctg. Sakit makin kuat,last last hany tertido sebab lama sangat kan. Lepas 20minit siap.
Hany mintak nak pergi toilet, doktor tak bagi. Dia offer nak masukkan ape tu untuk buang air kencing, hany tak mahu. Hahaha takot sakit. Sebab tak tahan sangat sakit, hany baring atas katil yang doktor guna untuk cek jalan tu. Makin ramai di bilik pendaftaran tu. Yer lah katil tak dapat, labour room pun penuh. Tak boleh gerak ke mana mana. Sekali, guard datang panggil nama hany,ada orang nak jumpa. Hany keluar kazen hany lak sampai. Kitorang bersembang di kaki lima tu je lah. Elok je duk bersembang,sekali nurse keluar sambil laungkan nama Rohani Hashim...terkocoh kocoh hany pergi. Masa ni pun tengah sakit lagi,dah 5minit sekali...tapi mcm boleh tahan lagi. Sebab tu boleh keluar sembang sembang dengan sepupu.
Masuk bilik registration, nurse cakap tukar baju, kita pegi labour room. Masa ni dah start berdebar debar. Sempat wassap husband, dah nak mausk labour room ni. Siap tukar baju semua...ada doktor cakap kat hany;
"Awak ni buat lah muka sakit sikit, ni duk senyum senyum lagi"
"Dia ni yang 1st ni sebab tu lah macam ni" sorang lagi doktor cakap.
Elok hany baring kat katil, doktor tu cakap lagi, buat muka sakit...jangan senyum. Keluar dari registration tu, nampak husband mak makcik sepupu anak sepupu semua, terus sebak, habis pas barang2 kat husband...terus di tolak ke labour room. Masa ni jam 6.15petang. Masuk je labour room, dengar orang sebelah tengah duk meneran. Hany pandang sekeliling,di dinding ada sebiji jam dengan ayat Lailahailla anta subha nakainnikuntu minazzolimin. Ayat ni lah yang tak lekang dari mulut hany sejak sampai sakit sampai ke bersalin.
Dibiarkan seketika, sakit masih sama macam tadi jugak. Masih boleh tahan lagi. Lepas tu doktor datang, dia cek 8cm dah bukak. Dalam kul7 doktor pecahkan ketuban. Lepas pecah ketuban tu, baru lah bermula SAKIT yang hany tak boleh tahan. Sakitttttt sangat. Lepas tu doktor cek, dia kata masih ada ruang kiri kanan kepala baby, tak full lagi la. So tak boleh teran lagi. Doktor suruh mengiring. Lega sikit duk mengiring ke kiri tu...lepas tu doktor pasang CTG,so kena melentang la kan. Kejap dapat kejap tak dapat bacaan ctg sebab time sakit hany gerak gerak,lepas tu doktor suruh mengiring dengan ctg terpasang. Lega la sikit.
Dalam keadaan mengiring hany bagitahu doktor tak tahan sangat, rasa nak teran. Doktor pun suruh melentang balik,then suruh teran, sekali bila teran doktor tengok kepala baby macam tak datang, tak bergerak keluar. Doktor kata mengiring balik nak teran pun teran laa...elok pulak rasa nak muntah,doktor bagi beg sampah kaler kuning suruh hany pegang. Bila sakit hany teran...doktor siap hulur tangan dia untuk hany pegang. Kalau tak silap lebih kurang kul8, hany dah tak keruan. Sakitttt gilerrrr...
Masa ni dah ready semua, doktor tengok dah boleh untuk teran. Huiiii serius hany tak pandai teran. Ada sorang doktor sorang JM. Mula mula doktor tu bukan main baik cakap elok elok suruh teran, sekali dia tengok hany teran tak betul...dia tinggikan suara. Sambil dia ajar teran. Hany teran tapi hany curi nafas dan stop lama, so kepala baby macam masuk balik. Masa ni doktor dah keluar ayat semangat+ayat sedih... "Puan, jangan berhenti lama puan,kepala baby masuk balik. Puan tak kesian kat baby ker? Tak sayang baby ker, taknak jumpa baby ker" masa ni memang sedih la dengar ayat doktor ni. Tapi memang tak nangis sebab hany risau kalau menangis nanti jadi lemah.
Lepas tu kumpul balik kekuatan... Teran sepenuh hati....lepas tu doktor cakap curi nafas, hany ikut...doktor cakap teran...hany ikut....lama kali ni teran...gerammmm gerammm suara doktor tu cakap... Lepas tu dengar doktor cakap, " kuat lagi puan, dah nampak dahi ni...cepat terannn" memang sekuat hati teran...lepas tu rasa ada benda keluar...meluncur serentak tu dengar baby nangis...kuat giler suara nangis. Hany macam terdiam sekejap cuba dengar betol betol betol. ALLAHUAKBAR...anak aku dah keluar...
Doktor cakap kat hany selawat puan selawat...tak silap masa ni nak potong tali pusat. Lepas tu...jm angkat baby tunjuk kat hany. Honestly...masa ni memang tak terkata...macam terkesima...terpegun... Speechless giler tengok baby sendiri... Jm tanya..."puan cuba sebut baby puan ni"... Hany duk pandang muka baby badan semua...lepas tu sebut "puang" tapi slow je sebab masih terkejut...jm ulang lagi "puan...kuat sikit puan".... Hany jawab lagi "puang=perempuan"... Okay puan... Terus jm tu letak baby atas dada hany. Masa ni baby tak menangis langsung...hany angkat tangan slow slow usap pipi baby...terus baby buka mata. Sebak giler masa ni. Dah tak hirau apa doktor dengan jm buat haha... Dah khayal dengan baby kan. Bersih sangat baby, tak ade kerak apa pun kat kepala...berkat minum air kelapa kot ;)
Tak silap dalam 5,6 minit jer baby diletak atas dada hany. Jm ambil bagitahu nak suruh husband azan. Lepas tu dengar doktor bersembang dengan nurse yang catat masa tadi. Uri keluar 5minit after baby keluar blablabla...masa ni mulut memang masih duk ulang ayat untuk permudahkan urusan.
Owh yer...husband hany memang tak dapat masuk untuk tengok serta temankan waktu bersalin. Keciwa la jugak...husband pun memang nak sangat berada bersama waktu hany bersalin. Tapiiii apakan daya, sebab waktu hany bersalin memang labour room penuh. Siap ada yang menunggu tepi tepi lagi, diorang panggil extension ke apa. So husband memang tak dibenarkan masuk untuk hormat privacy yang sedang menunggu. Jadinya, nurse bawa baby ke pintu masuk labour room...husband azan iqamat kat situ je lah... Yer memang lah terkilan tapi apakan daya...kena lah hormat kan polisi dah macam tu.
Setel semua lebih kurang jam 10lebih. Hany ditolak keluar dan masih menunggu sebab katil tak der lagi kot. Masa ni ada nurse buatkan air milo panas, dan suap kan..lega giler rasa dapat minum. Sambil minum sambil dia bersembang dengan hany. Lepas tu...dibiar kan lagi kat situ. Hany nak tido pun tak boleh sebab ada nurse duk ulang alik,lepas tu patient ditolak masuk la...sebab tepi laluan kan.
Lepas tu, dengar ada nurse tanya..."Rohani Hashim ker?"... Hany angguk... "Haaa ni baby lapar ni...mari bagi susu. Bising baby kat dalam ni ha". Haha habis mana la hany tahu...sumpah lepas tu memang tak tahu kemana baby di bawa. Hany menyusu dalam keadaan mengiring la... Huuuu besh giler perasaan saat ni. Pertama kali menyusu. Tenang jer baby. Lama jugak la dibiarkan baby dengan hany. Lepas tu nurse bawa baby masuk bilik balik. Tinggal lah hany sorang diri kat laluan tu. Kelip kelip menunggu masa...
Tiba tiba...datang seseorang berdiri sebelah katil hany. Dongak kepala tengok husband. Huuuu terus sebak...mulut spontan cakap "sakitttt b...." Hahaha...bagitahu sakitttt sangat bersalin ni. Dan dan tu jugak terus bercerita experience bersalin. Yer lah sepatutnya suami ada bersama, jadi suami boleh tahu macam mana bersalin kan. Jadi suami pun tahu macam mana mak dia bersalinkan dia, macam mana isteri dia bersalinkan zuriat dia. Tapi yer lah... Takde rezeki la nak masuk bersama...
Okaylah..itu lah pengalaman hany bersalin. Akhirnya merasa jugak sakittttnya bersalin tu kan.
Honestly, sakittttt sangat bersalin ni. Maybe jugak terasa sakitttt sangat sebab hany tak ambil pain relief. Allahuakbar...hebat perempuan ni, dapat tanggung sakit yang memang sakit lah. Dan yang sakit lama serta induce tu lagi lah sakit agaknya. Hany yang cepat ni pun dah terasa sangat sakit... Apepun, perempuan memang hebat!!! ;)
16 comments:
alhamdulillah.. selamat dah bersalin.. hehe..
memang sedih kalau husband tak dapat masuk tau.. kuatnya awak.. kalau saya agaknya mmg dah menangis2 nak husband teman.. bukan apa.. kata2 semangat.. masa anak 1st normal pun saya tak pandai teran.. jenuh.. hahaha..
apa pun..selamat berpantang ya.. tahniah..
alhamdulillah,
takpe bkn rezeki husband hany utk masuk melihat. tu pun da cukup terharukan?
kita da anak tiga pun, husband takde bersama dlm tu, cuma tggu di luar saje. apapun janji selamat.
dia pun da byk pengorbanan hendak sediakan segalanya utk kita.
slmt berpantang hany.
tahniah.
Kannnn :)
Alhamdulillah dah selamat pun. Klo tgk cerita hany ni, kite mesti bersyukurr klo dpt patient mcm hany heheh. Kisses to bby ;)
hehe..anak pertama mmg byk yg kita taktau kak..sy dulu datang2 spital dah 5cm..sebab sakit tu, kita masih leh tanggung lagi kan, so ingat lama lagi la nak bersalin..husband sy pon tak dpt tgok masa bersalin tu, tp kita jadi kuat la coz berdikari sendiri.takpe, insyaallah anak seterusnya nanti doa2 lah husband ada sekali ;) bila kua2 labor room husband tanya ok ke tak, sy cakap boleh lagi ni kalau nak beranak lagi..hahaa
detail gile hany terangkn. mmg samala ayat doktor tu ckp tiap2 ank itula ayat yg azi dgr. tp kn azi 4cm diorg dh xbgi mkn. tiga2 ank semua xdpt mkn sbb cepat sgt bukaannya...
Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
fuh..berpeluh bc entry hany ni..hehe.
apa2 pun tahniah sekali lagi ye..
fuh..berpeluh bc entry hany ni..hehe.
apa2 pun tahniah sekali lagi ye..
fuh..berpeluh bc entry hany ni..hehe.
apa2 pun tahniah sekali lagi ye..
Memang sakit....
Tp lepas nmpk muka baby..
Satu keindahan yg x terhingga.
Moga baby Hany jd ank yg solehah..
Aamiin..
Kita baca sambil mengimbas kembali kenangan dulu..
Ada senyum berdebar dan ada juga tangisan..
Ye! indahnya jadi wanita. Allah bagi kekuatan yg luar biasa.
Kita juga ada pengalaman kena induce utk anak pertama sbb leaking dan blm ada bukaan after 2 days warded..
@Rai
Memang nakhusband masuk tp dah doctor ckp xboleh kan.haha ke boleh melawan nakk jugak. Tp mmg trkilan la hsband xdpt tgk kan. Ntah mungkin ALLAH dh tentukan xbg husbd masuk mungkin hany akn jd lg lemah kot bila husband ada ;)
@Cha
Ooo ye ke cha dah 3 anak semua husband xdpt masuk eh? Hmmm xpe lah kan. Tp cha betul la dh lps brsalin ni memang nmpak sgt sisi lain suami. Sebelum ni xpernah nampak. Bersyukur sgt...
@DocFaryn
Betol doc bahagia sungguh bila dh keluar ;). Kazen hany ckp ko xmelawan. Cuba la mintak itu ini lawan sikit.hahaha ok kot selagi xkena seperti yg selalu org cerita. Nurse mcm tu lah mcm ni lah. Alhamdulillah la smeua ok bg hany. Doctor yg sambut tu siap minta maf sbb tinggikan suara.hany rasa ok je kot kalau x, mau nya duk lemahhh gitu je kan.
@LadyDYot
Betol kan.memang xreti teran.walaupn duk baca duk ty org sblm brsalin kan.bila dh smpai waktunya huru hara nak meneran. InsyaALLAH nadia,doakan murah rezeki lepas ni ;) aamiin...
@Azie
Hany kuor mkn doc n nurse xtahu. Sebab mmg xbagitahu.diorg pn busy dgn ramai mak buyung nak daftar. Ooo azie jenis cepat bukaan ok lah kan xyah tunggu lama lama kan...
@Wida
Haha panjang kan entry kali ni.rasanya antara yg terpanjang kt blog hijau ni ;)
@MM
tq mm...aamiin. Betol lps tgk baby semua nya hilang kan. Tapi time nak jahit diorang bawak baby pergi...huiiii terasa sebijik sebijik sakitnya...
@ena
Waaaa ada pengalaman induce eh. Huiii kagummmm. Ye lah dgr cerita kalu induce lagi berganda sakitnya kan. Tp tu lah..penghapus dosa ;)
bila dah kuar baby semua lupa kan..;)
Post a Comment