Saturday, July 25, 2015

2minggu di kampung sudah berakhir...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maka...
Hari ni kembali lah kita ke kota metropolitan yer sayang adra. Seriussss malas gile nak balik weh. Hahaha dah naik syiokkk duk kampung kannn.

Alhamdulillah, puas hati cuti raya kali ni. Memang husband ambil cuti 2minggu. Sebab utama nya adalah taknak bersesak sesak dalam jem. Dah selalu sangat kena kan, serikkkk weh. Kereta manual, hazab laaa kena hadap jem yang nyet nyet nyet gerak tu.

Balik ke Ganu sebelum raya, sempat beraya 2hari di Ganu, selalunya kitorang punya giliran 3hari,tapi adik ipar nikah, maka kena lah datang awal kan. Ni pun kitorang tak banyak mana tolong nya, akad nikah malam raya ke2, kitorang sampai kul10 malam raya ke2 tu. Memang tak sempat la kan. Tolong tolong hari kenduri je lah. Itu pun hany dengan adra yang takmahu dengan orang lain, faham faham la camne je hany tolong kan.

Sehari suntuk kenduri, esok nya sebelah lelaki pulak. Nasib lah dekat ajer, around 40minit kalau tak jem. Tapi serius memang penat weh kalau kenduri sendiri masak then esok nya sebelah satu lagi punya kenduri. Tolonggg la jangan camtu lepas ni, tak larat.

Lagi bertambah meriah and sibuk sebab sekali dengan kenduri kan. So preparation kat rumah mertua memang lebih pada kenduri,raya tu dah jadi sampingan. Kenduri adalah pada hariraya ke3, hantar menantu pada raya ke4. Serius,kesian mertua memang penat lah..


Kenduri sebelah mertua, tema kunin maybank gituuu. Haha hany buat lace hitam lak di baju kurung, haaa sebijik mcm staff maybank.


Nasib baju adra ni pun cukup kain dan siap last minit. Makcik dia siap jahit lace lagi, jahit tangan lak tu haha kalau hany jahit mesin sudah. Betol betol last minit lah ni.


Keesokan harinya, raya ke4, hantar menantu. Pengantin berbaju merah...kitorang konon la baju ala ala pengantin. Sekali hany takder baju merah, ni baju pink ni pun last minit jahit jugak. Adik ipar jahit betul betul hari raya ni. Kesian dia. Orang datang beraya dia duk ngadap mesin jahit.

Masa yang hantar menantu, adra lena tidur. Hany tunggu dia bangun dulu. Duk dalam kete. Tu muka ambil gambar macam terkejut je kan. Haha tapi dia memang susah pun nak bergambar ni. Ada je reaksi muka kalau pandang kamera, tapi kalau tak pandang kamera elok pulak muka manis senyum.

Alhamdulillah...
Bertolak dari kelantan ku3.30petang jumaat dan sampai jam 12.30malam sabtu. Kete banyak tapi of coz la tak jem kan, dah syawal ke7 mostly semua orang dah ada di kota dah kan. Baru besh macam ni, tak terkejar kejar, tak harun jem...

Tapi kalau balik raya memang sinonim dengan jem kan, kalau tak tak seronok. Hahaha #inikanraya ;)


2 comments:

MISSNICK said...

Hehe sama la kita...sebolehnya memang elak dari jem bila balik raya...

Anonymous said...

Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@zalora.com.my jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

~TQ Dear~

Followers