السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Hany dapat artikel pasal free child carseat rental ni dari member hany. Campaign dari pihak paultan.org dengan kerjasama MercedesBenz. Campaign ni sebenarnya nak galakkan family di Malaysia gunakan child car seat ni, tapi since memang majoriti agak sukar nak gunaka, so campaign ni fokus pada balik kampung la. Sebab perjalanan jauh dan mungkin lama akibat jem kan.
Hany pun isi online form,then khamis lepas dapat call dari pihak paultan kata kitorang selected la untuk program ni. Sambil sambil boleh la test carseat kan. Hany dah ada carseat yang membe hany hadiahkan, tapi adra kan semakin membesar so perlu survey jugak la untuk new carseat.
Hari sabtu, kami ke Jaya 1, PJ. naseb baek la sempat sampai,sebab untuk ambil carseat from 2pm.untill 5.30pm. Kitorang sampai 5petang. Kami di arahkan park di level 3, kat situ crew dah ada dengan timbunan kotak carseat. Senang diornag nak pasang terus kat situ nanti kan.
Perlu register dulu
Kat sini kami di beri sedikit penerangan
Staff diorang tengah pasang carseat di setiap kereta, sambil explain how to pasang ;)
Gen2 kami takde yg isofix, maka kena amek yg pasang dgn seatbelt je lah...
Masa diorang pasang carseat ni sambil diorang explain la kan,itu ini...yang ni masuk sini sana. Hany duk sipi sipi sambil dengar, then datang la cameraman diorang, untuk event ni...sambil tanya 2,3soalan. Rupanya dia amek video...haha kelibut jugak la menjawab ala ala intrview kannn. Harap xkeluar la kat mana mana video tu ;)
Lepas dah siap pasang diorang suruh try la, letakkan Adra sebab nak ejas apa apa yang patut. Adra masa ni ala ala mengantuk, masuk carseat je terus nangis. Lalalala...sangat tak sporting tau adra ni. Lepas tu datang la sornag lagi fotografer suruh husband mausk dalam kete sekali sebab nak ambil gambar.
Haaa masa ni adra pandai pulak,dia diam dan pandang kamera. Haha baru betol anak ummi, sporting la sikit kan. Yang gambar ni memang hany teringin nak tengok, harap keluar la dekat blog paultan.org ;)
Dalam perjalanan balik, adra lena di carseat. Alhamdulillah...cuma nya dia tak suka pasangkan seatbelt yang bahagian atas bahu tu. So hany pasang paras pinggang dia je. Maka tak cukup safety lagi lah. Yang ni nak kena train lagi. Walau semahal mana pun carseat, se selamat mana pun,tapi tak pakai dengan cara betul tetap tak selamat tau!
Bagi hany, yesss memang perlukan child carseat ni. Untuk keselamatan anak tersayang. Yer memang akan ada yang merungut tak mampu beli, macam kitorang pun...ni yang duk survey mana yang mampu milik ni...
No comments:
Post a Comment