السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Air yogurt ni, hany mula rasa adalah 2tahun lepas, tahun 2013. Bulan ramadan la. Balik kampung husband, pergi bazar ramadan pasar wakaf bharu. Hoenstly, bagi hany memang sangat sedap air yogurt homemade yang dijual ni. Boleh lawan nestle bliss tu.
Tahun lepas,2014, dengan keadaan memboyot hany pegi lagi bazar, dapat pekena air yogurt tu lagi. Memang puas hati sangat. 2hari di kelate, 2hari tu lah berbuka dengan air yogurt. Perisa stroberi dan anggur. Memang 2jenis ni je yang dijual.
Tahun ni 2015, pergi bazar yang sama. Hwaaaaa kuciwa, adik yang biasa jual takder. Serius kuciwa. Hany balik kampung last week, takder dah diorang meniaga.
Terus hany chitchat dengan admin page iLoveKelate, mintak dia up kan status untuk cari peniaga ni, kot la dia meniaga dibazar lain kan. Beratus ratus ribu likers,mesti adalah sorg dua yang tahu kan.
Alhamdulillah, mesej hany disampaikan di page iLoveKelate. Dan...as expected, ada yang reply. Rupanya adik ni meniaga di bazar di stadium kelate. Pantas tuntas reply dari likers iLoveKelate. Dalam 3/4jam, adik yang meniaga air yogurt muncul bagi komen. Allahuakbar! Sukanya hati hany, dia sahkan memang dia meniaga di bazar stadium tu.
Walaupun samar samar, memang daku ingat lagi muka adik ni. So memang bukan penipu. Ya ALLAH serius sedap air yogurt dia. Siapa ore kelate tu,yang berdekatan boleh la cuba air yogurt dia ni. Cuba tengok 10balang, habis licin ok!!!
Dan, hany masih stalk lagi status di page iLoveKelate, ramai yang sependapat dengan hany. Memang sedap. Keesokan harinya, ramai bagi feedback, pegi beli dan memang sedap. Sampaikan ada yang pergi tapi dah habis.
Haaa ni dia banner gerai dia, Yogurt Wakaf Bharu,Cuba Sekali, Nak lagi
Memang betul pun. Dan harga bagi hany sangat berpatutan, Rm3 dan Rm5. Plastik dia besar. Hany kan dah balik kelate last week, so ni tengah berkira kira nak balik lagi ke tidak. Hahaha semata mata air yogurt! Bagi hany lagi sedap air yogurt diorang dari nestle bliss ;)
Bazar tu kan besar, so kalau ada sesiapa yang nak pergi, boleh baca komen ni untuk lokasi tepat adik berdua ni.
Kan pusing 1bazar tu tak jumpa pulok kan. Ni exactly lokasi dia.
Hany sempat chat dengan adik ni,diorang ni student lagi, meniaga di bulan ramadan sahaja. Tapi sekarang tengah nak commercial kan air yogurt diorang. Nak dibotolkan, dan hantar ke kedai yang berkenaan. Jadinya tak perlu tunggu ramadan la nak merasa air yourt diorang.
Semoga terus berjaya dik... insyaALLAH...kak doakan. Aamiin...
No comments:
Post a Comment