Tuesday, June 16, 2015

Carrier dan Car Seat

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ha carrier ni banyak jenis kan. Macam hany amek SSC Soft Structure Carrier, Brand Boba. Haha selepas menabung, ini je mamfu.


Carrier ni bagi hany memang mudahkan kalau jalan jalan tu, sebab Adra memang taknak duk dalam stroller. Dah lama tak cuba masukkan dalam stroller. Dah besar ni mungkin boleh cuba balik la,kot dia nak kan. Tapi memang senang dengan carrier ni lagi lah bagi hany.

Tapiiiii,
Kena ingat carrier ni memang tak boleh digunakan masa dalam kenderaan. Contoh kereta, katakan la anak taknak duku carseat,so nampak sennag je kan masukkan dalam carrier je lah,then duduk je dalam kete, setel. TAK BOLEH, NOT RECOMMENDED. Sebab nya kita akan jadikan anak sebagai air bag. Bayangkan, kalau terjadi kemalangan, anak memang tak selamat la.

Jadi, while in the moving vehicle, kena guna CAR SEAT. Car Seat adalah selamat untuk anak. Nak taknak kena jugak guna kan. Especially kalau bergerak dengan baby yang tak boleh duduk lagi, bergerak berdua dgn baby je ke kan.

Adra, masa kecik memang takmau duk carseat. So memnag kemana mana hany la riba. Walopun tahu bahaya kan, sebab tak selamat macam dalam carseat. So semalam, hany terpaksa keluar untuk poskan barang customer. Payment dah dibuat takkan nak tunggu weekend kan. Lama lagi. Sambil boleh latih Adra duk car seat. Dalam hati nekad,kalau dia melalak...naseb la...sebab memang hany dengan Adra je.


Haaaa....ni masa on da way balik. Masa pergi bagi dia kotak. Main lah dia. Alhamdulillah...ralit dia. Sesekali dia pandang keluar sebelah tepi dia tu. On da way balik dia duk gigit tali carrier dia. Sampai tertido.

Sepatutnya, belt utk carseat tu kena pakaikan smpai atas bahu adra, tapi bila pakai dia tak boleh gerak. So hany longgarkan pakai dipinggang ajer. Hehe kena ajar jugak lepas ni,pakai betol betol belt tu.

Alhamdulillah...pergi dan balik, okay ajer. Cumaaaa dalam pos office adra buat konsert.hahaha sebab dah masa tidur dia. Mengamuk la kan. Hehe bertabah aje lah sampai siap semua.

2 comments:

syalinda johari said...

macam Zara suka makan lebihan tali tu..hahahaha

Farha said...

salute mommy. bukan setakat safety car seat, ade babywearing juga..suka jumpa kawan sekapal :)

~TQ Dear~

Followers