Ini Wilayah Hijau: Adra & The Light...


01 June 2015

Adra & The Light...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hehehe macam kumpulan muzik pulok, haha okay macam biasa kisah si anak dara hany lah. Adra Rizzqina ni ha. Adra ni suka tengok cahaya, ralik je dia kalau tengok cahaya tu. Tapi...hany tak selalu keluar malam, jadi nya jarang lah Adra dapat tengok cahaya. Cahaya lampu dalam rumah tu memang dah biasa lah.

Kalau iklan di tv yang ada cahaya bergerak gerak suka sangat la dia...

Kebetulan cuti weekend ni, ada apa tu magical night ape benda ntah. Alaaa yang bot berhias dengan bunga api tu. So umi adra berjaya lah pujuk abi adra untuk pergi tengok walaupun jemmm dan penuh orang kan. Hahaha alasan nya nak bagi adra tengok kikiki...

Memang penuh la, masa sampai tu 9lebih, masa tu perasmian tak silap. So ada lah bunga api yang tiba tiba, terperanjat adra sebab tiba tiba ada bunyi dengan cahaya. Lepas tu bersungguh dia tengok bunga api tu. Tapi sekejap sangat,kena tunggu habis perarakan bot berhias baru ada bunga api lagi. Gigih la tunggu kan.

Dah lama sangat, adra dah naik boring... hany lari jauh dari crowded then duduk atas walkaway tu. Main main kotak dengan adra nak alih perhatian. Naseb tak mengamok...

Ni perarakan bot berhias dari semua negeri di Malaysia

Berkat kesabaran menunggu, akhirnya tiba lah waktu untuk firework. Hehehe masa mula mula tu terkejut jugak sebab dengar bunyi tiba tiba dan masa tu adra berdiri. Lepas tu husband hany dukung dia, barulah dia okay,sambil tercengang tengok.

Ha dari sini lah port kitorang, malas nak beramai ramai...

Lepas dah habis bunga api, maka habis lah event tu. Maka berduyun duyun lah semua orang nak balik. Masa nak balik, adra terpengun tengok bayang bayang....

Hehe, puas hati umi dapat tengok. Nampak nau umi adra yang beriya kannn. Anak bukan reti apa apa pun ;)

Floria masih berlangsung kan sampai 6june di Putrajaya. Hmmm apa nak cakap ni nak pujuk pergi ni.haha adra bukan suka tengok bunga kan.hahaha
Komen
2 Komen

2 comments:

Mrs Velentine said...

sedapnya nama anak awak

Rohani Hashim said...

Mrs.valentine,
Alaaa dh biasa ni nama Adra,tengok kt group nama nama bermakna dlk islam ramai guna adra. Xpe nama ape pun kan,janji maksud elok,sbb kita yg panggildh jd doa kan