Ini Wilayah Hijau: Nasi Kak Wok JJ


09 June 2015

Nasi Kak Wok JJ

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Korang pernah dengar nasi kak wok ni? Kalau orang Kelantan mesti tahu. Sebab nasi kak wok ni memang tersohor la. Sekarang dah ada di area KL, Selangor ni. Try la google ada lah alamat semua kan.


Macam kitorang suka pergi yang TTDI tu. Serius memang sedap. Kalau compare dengan yang Jalan Reko, memang jauh la beza. Korang kalau 1st time nak try pergi lah yg TTDI.

Ha cam mana Nasi Kak Wok ni?
Simple je nasi kakwok ni,nasi putih, kuah gulai,ayam gulai dan ayam goreng. Ayam tu dipotong kecik kecik. Lepas tu ada sambal belacan. Walaupun simple, tapi gabungan semua ni memang ngam,masuk,sedappp.


Haaaa nampak gambar nya?ha begitu sahaja nasi kak wok ni. Tapi, korang kena try dulu baru tahu camne. Ni dekat TTDI ni. Thank u incik google. Hany memang tak nyempat lah nak ambil gambar kan. Okay, cadangan untuk air,kalau korang ke nasi kak wok ttdi ni, sila order sirap hijau dia. Ramai cadangkan sirap hijau ni, tapi hany tak cuba sebab memang pantang ais. Order air panas je.

Harga sebungkus RM5 untuk nasi. Memang diorang bungkus dalam kertas minyak tu, makan kat situ pun korang bukak lah balik dan makan lah kat situ yer. Senang tak yah la dorg nak basuh pinggan semuan kan. Penuh kedai diorang, sebab tu dorang gun akertas gini je kot. Tapi air dalam gelas yang proper la.


Haaa ni rupa kedai di TTDI tuh. Memang cun lah dia ambil corner lot kan,sebab memang fullhouse. Kalau pergi lunch hour tak tahu lah. Kitorang pergi hari tu ahad around 3lebih, pun penuh, ada 2meja kosong. Sabtu ahad buka 8.30 smpai 3ptg, hari bekerja 8.30 smpai 6ptg, jumaat tutup dari 1-2. Sebab ramai lelaki yang kerja kat sini. Tapi ahad kitorang pergi kul3 lebih ramai lagi orang, maybe sampai kul6ptg jugak kot.

Memang penjimatan berganda. Kenapa buka dari pagi, nasi nampak macam nasi berlauk kan. Untuk pengetahuan, ore kelate pagi pun ada je pilihan nasi berlauk. So nasi berlauk ni dimakan tak kira masa lah.

Kalau tak tahu lokasi, korang boleh cari guna waze.


Untuk pergi yang TTDI tu, korang search nasi kak wok jj, letak jj terus ada yg ttdi je. Kalau tak letak dia senaraikan semua lah.

Untuk yang Kajang, dia spesel sikit. Nasi kak wok ni di restoren choleq. Dan ada pilihan lain lah selain nasi kak wok, ada meggi ketam, ada choleq. Kitorang dah try choleq, okay lah choleq dia. Ada choleq udang, choleq sotong,choleq campur. Di ingatkan yer, choleq ni bukan colek buah tu yer, yang makan dengan kuah mak bee tu, bukan bukan. Ni choleq yang korang boleh pilih la,nak udang ke sotong ke, then nanti dia akan jirus mcm sos pencecah dalam choleq then di atas nya ada kopok keping yang dihancurkan. Rasa? Korang kena try.



Haaa gitu lah rupa colek nya. Thank u incik google untuk semua gambar ni. Haha series memang sekarang asyik xsempat je nak snap gambar. Kitorang nak repeat ke choleq ni untuk meggi ketam. Nasi kak wok tak mau dah kat sini hehehe...

Okay,so kornag kalau nak menterai tu,sila lah. Waze jer pasti ada dan pasti jumpa. Hehe ok selamat makan makan ;)
Komen
2 Komen

2 comments:

Chic Na said...

dah lama tak makan nasi kak wok.. nama je dok kelate.. hihuu..

Rohani Hashim said...

Haha hany pn xpernah try yang di kelate. Xsilap belakang kbmc kan