بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Wednesday, June 24, 2015

Mineral Water & Sepotong Cheese Pie

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah...hari ni dah hari ke7 Ramadan kan. ALLAHUAKBAR...kejap kan masa berlalu.

Ha, ni nak cerita pasangan mineral water dan cheese pie. Alkisahnya, kelmarin...hany sekeluarga, chewah sekeluarga okay... haha kemain ayat. Kitorang memang berlumba lah ke KLIA2. keluar dari rumah kul6lebih, bajet nak naik erl kul7, sekali ada masalah dingdong dingdong, erl kul7lebih.

Elok parking, husband terus pergi beli tiket, hany pergi beli mineral water, lepas tu terpandang la cheese pie ni. Alaa kat putrajaya sentral skrg kan dah banyak kedai kecik kecik tu. Huihhh juling mata tengok pie banyak giler. Toleh pada husband,dia tunjuk 5jari...halamak lagi 5minit. Okay dik, mineral water 1, cheese pie ni 1.


Hany terus capai mineral water sebab ada depan tu je. Adik tu pun duk lipat kotak, nak letak pie. "Dik, cepat sikit dik, train nak sampai dah ni" dia pun toleh kat hany..haha mesti dia bengang, taknampak ke aku tengah buat keje ni...haha bayar then terus masuk ke kawasan erl. Seb baek ada lagi 3minit. Pantasss kan!

Senang ada SSC ni weh, serius sangat membantu. Hany letak je adra dalam carrier. So sangat senang nak bergerak nak nak lagi bila waktu nak kena laju laju mcm ni kan. Kalau stroller? Harapan la nak sempat kan. Kalau dukung, haha honestly hany dah mengah kalau dukung adra tanpa sokongan carrier ni ;)


Hany ambik marble cheese pie. Okaylah sodappp haha lapor kan memang semua sodap. Memang dah bajet akan berbuka dalam erl. Then flight kul8.30. Memang rush weh. Takkan ada masa nak duduk makan elok elok berbuka. Husband hany kureng sikit makanan mcm kek ke pie ke tart ke. Tapiii dia makan je lah kan, dah itu je ada ;)

Hany kalau dah tahu tak kan sempat makan proper ni, hany akan ambil makanan yang boleh galakkan penghasilan susu. Kalau cheese ni dengan hany, alhamdulillah okay. So takder lah risau kan adra kan. Hany bedal sorg je pie tu...husband makan sikit je. Eh adra pn beriya nak jugak dia.

Sampai KLIA2, nak masuk kat kastam tu, cek tu no flight kan sebab nak tahu gate mana, demmit status CLOSED ok. GATE CLOSED. Seriusss cuak gilerrr weh. Pergi kastam tu, sambil cek sambil tanya boleh masuk lagi ke ni,status dan closed. Boleh lagi dia jawab. Carrier memang tak yah bukak kalau lalu kastam.

Husband pecut dulu ke depan, hany follow je dari belakang. Dalam hati berdebar giler kot dah tak boleh masuk kan. Sekali dengar tak dnegar je announcement AK6442, fuhhh lega sikit. Bila sampai di gate J6, ramai lagi duk beratur untuk cek tiket. Fuhhh berpeluh ketiakkk... masa ni lah adra start hekhekhek dia. Sebabnya memang time tido lah, lepas maghrib ni.

Dapat seat tepi tingkap, senang nak tunjuk tunjuk pada adra kalau dia mengamok. 1st time okay bawa infant ni. Pramugara suruh pakaikan adra seat belt, okay kami jakun takreti. Tanya lah camni nak pakai. Rupanya kena attach dengan seatbelt hany. Hehe experience;)

Alhamdulillah, adra okay, adalah cranky sikit. Sebabnya dia tak boleh tidor. Anak bertuah ni memang kalau bising susah nak tidur. Elok masa nak take off, hany bagi susu...sekali adra boleh pulak duk perati peramugara yabg duk bagi cara cara pakai seatbelt bagai tuh. Haha hamboi anak dara ni, berminat dengan peramugara ker kakaka...

Dah take off semua,still tak tidur...duk main kertas la duk tepuk tepuk seat la...lepas tu dia dah mengantuk sangat, dia menjerittt high volume, tiba tiba okay. Semua pandang, makcik seat sebelah sana tu sengeh je. Terus hany baringkan bagi susu. Barulah nak tido, eh tiba tiba nak landing dah. Serius sekejap je rasa.


Happy kemain ha, main main dengan abi dia. Alhamdulillah..selamat sampai ke Kelate. Terus pegi solat dulu...

Dingdongdingdong, hany makan nasi adalah pada 11.30malam. Gemok tak gemok, belakang kira lah...janji dapat makan. Allahuakbar, terasa nikmat giler. Alhamdulillah, naseb tak gastrik kan.

Syukur semuanya dipermudahkan...okay incik suami, adra dah boleh di bawa naik flight, jommm pegi jepun, jumpa sarang ;)

2 comments:

Chic Na said...

wahh.. adra's first flight mission succeed! hihihi.. amboii jauh nau terus nk pegi jepun eh..

Rohani Hashim said...

Chicna,
Hahaha kannn mengada, terus nk ke jepun ;)

Followers