بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Friday, July 17, 2015

Balik Beraya Naik Perahu

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam 1 Syawal buat semua. Salam Aidilfitri buat semua...

Korang mesti ada tengok kan viral di FB mengenai seorang ayah balik beraya dengan anak anak menaiki motor. Katanya dari KL ke Penang, dan ada yang update dah selamat tiba...alhamdulillah.

Teringat zaman hany kecik kecik... kitorang ni memang takde kenderaan darat langsung, motor takde, apatah lagi kereta kan. Kitorang kan stay di Pulau Duyong, yang sememangnya betul betul pulau dan ada jambatan lah. Alhamdulillah arwah ayah hany ada sebuah perahu kecik.

Kitorang memang kalangan orang susah, setiap kali raya, arwah ayah hany akan hantar hany ke rumah anak saudara dia. Beraya kat sana sebab kat sana mewah sikit, ada makanan besh pagi raya kan,plus ramai saudara mara kat sana. Sejak dari kecik kecik lagi memang beraya kat sana. Sampai lah hany darjah berapa ntah, memang every year beraya kat sana.

Petang 7 likur, hany dengan ayah akan menaiki perahu, dari pulau duyong ayah akan mengayuh perahu ke seberang takir, then sampai kg.batin tu, jalan kaki lak ke rumah anak saudara ayah. Arwah ayah hany memang jenis suka berjalan. Maka menapak la kami 2beranak berjalan kaki. Lepas hantar hany arwah ayah akan balik ke rumah. Pagi raya baru arwah ayah dengan mak datang beraya sama sama.

Biasa balance 3,4 hari puasa lagi, hany akan tolong pasang langsir, buat kuih semperit. Hehe meriahhh. Tapi memang tak rasa sedih pun sebab dah dari kecik macam tu kan. Jadi dah terbiasa.

Pagi raya bila arwah ayah datang, hany dengan ayah akan beraya ke semua rumah sedara mara. Ayah hany akan bawa ke semua rumah sedara, dengan berjalan kaki yer, jalan kaki...semua rumah sekitar seberang takir tu lah. Selalu nya collection duit raya hany paling banyak sebab banyak rumah kitorang pergi. Memang arwah ayah suka jalan ke rumah sedara.

Dulu dulu duit syiling je orang bagi kan, 50sen pun dah paling banyak okeh...

Serius, bila tengok yang naik motor tu terus teringat kenangan ni. Allahuakbar...masa berlalu...now alhamdulillah lah, walau tak mewah tapi ada la juga sikit kemajuan kan. Dan alhamdulillah arwah ayah hany pun sempat merasa kemewahan kami ni...aamiin

Salam aidilfitri buat semua...

No comments:

Followers