بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Friday, July 17, 2015

Soalan Maut???

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebelum panjang lebar, meh tengok gambar ni dulu...

Haaaa...over kan siap ada dialog yang perlu dielakkan. Tapi yesss memang akan ada lah dialog dialog ni ditanya pada hari raya. Untuk yang berkenaan lah kan. Yer lah raya ni lah semua ada, maka masa ni je lah nak bertanya pun kan. Hahaha...

Hany lalui soalan ni 5tahun..hehe even tahun ke5 tengah mengandung pun ada lagi duk tanya. Haha sebabnya perot cenoet je, tak nampak macam mengandung pun.

Bagi hany lah kan, hmmm memang kita akan sakit hati, terasa hati kalau orang duk selalu sangat tanya kan. Lagi lagi kalau yg jenis tanya tu ala ala perli, ala ala ke arah mengata kan. Huiiii berdesing telinga. Tapiiii seingat hany, sepanjang ditanya memang hany takder lah menjawab balik dengan nada marah,atau menjawab yg boleh buatkan si bertanya sakit hati. Mungkin sebab hany takmau husband marah hany kot hehehe... 

Depend atas korang la,ada sesetengah orang fia akan sound balik dengan pedas nya. Tapi bagi hany, buat apa nak sakitkan balik hati yg bertanya tu. Dah sama lah pernagai kita dgn dia kalau kita balas balik kan. Biasanya hany senyum, senyum kelat laaa...hehe boleh nampak sneyum kelat dan jawab takde rezeki lagi,tak sampai lg rezeki nk dapat anak ni.

Biasa, kalau yang betul betul taknak sakitkan hati kita, dia akan counter balik. Ha tak per lah, nak suruh hanimun lagi tu...takde rezeki lagi tu...usaha lagi ada la rezeki tuuu. Haaa nampak kan, yang betul betul concern ni lain macam. Kita boleh beza kan. 

InsyaALLAH perancangan ALLAH adalah yang terbaek. Jangan disangkal yer. Setiap orang ada rezeki masing masing...cuma belum sampai masanya. Aamiin...

No comments:

Followers