Ini Wilayah Hijau: Bukuh Tupat


18 July 2015

Bukuh Tupat

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ketupat palas dengan rendang...
Huiiii memang makanan menyelerakan di pagi raya. Makanan yang tak selalunya ada di hari hari biasa kan. Tapiiii sekarang bukan senang nak cari yang pandai buat ketupat palas ni kan.

Mak hany memang dari dulu lagi, ambil upah bukuh tupat ni. Selalunya jiran jiran kat kampung ni jugak lah yang upah. Sejak tahun tahun kebelakangan ni, hany bebel lah jugak kalau mak hany amik upah tu. Bukan nya sebab duit pun, kadang kadang lebih pada menolong lah. Sebab memang takde yang boleh bukuh tupat ni.

Hany bebel sebab nya, kesian kat mak hany. Dah hujung hujung ramadan ni, dekat nak raya ni, duduk bukuh tupat lagi. Tak boleh kemana mana. Kit ani nak la ajak mak jalan jalan jugak kan. Sekali bukuh tupat tu bukan sikit weh...4,5kg tau. Bengkok pinggang dibuatnya.

Tahun ni,mak hany tak ambil upah. Lega lah rasa. Cuma bukuh tupat makcik hany punya je. Ala sedara mara kan. Itu pun sikit je dalam 2kilo tak silap.


Haaa ni malam raya bukuh tupat. Si kecik ni malam raya dia pun tak tido awal. Haha rugi agaknya kan, nak merasa suasana malam raya. Tengok bersungguh dia usaha nak capai pulut ketupat tuuu.. tuan lagi kecik dari besen ;)


Komen
0 Komen

No comments: