Ini Wilayah Hijau: Kemas kemas...Balik Kampung, yeayyyy!!!


10 July 2015

Kemas kemas...Balik Kampung, yeayyyy!!!

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Huihhhh kalau bab balik kampung, laju ajer kannn... sikit sikit hany kemas, sebab nya kan nanti adra hekhek...jadi memang kena kemas sikit sikit, kalau nak buat sekaliharung kena tunggu husband ada. So dia boleh tengokkan adra...

Macam biasa, kalau raya WAJIB lah balik dua dua kampung. Balik Kelantan, balik Terengganu. Tahun ni giliran beraya di Ganu, lepas tu baru ke Kelate. Tahun ni jugak adik ipar hany nikah, so akan lama sikit la di Kelate.

Antara yang akan di bawa balik ;)

Beg biru atas meja tu beg baju adra, beg hijau tu pulak makanan adra,hand blender, tupperware kecik kecik dan mainan adra. Sebab cuti lama, maka kena lah bawak balik hand blender tu. Nanti buat puree sikit sikit kat kampung. Mainan pun kena bawak sebab rumah hany kt kampung mana ada mainan, kalau umah mertua ada mainan sebab mertua mengasuh budak.

Haha, husband dah cakap hmmm full jugak lah ni. Tu lah setiap kali balik mesti penuh. Kali ni memang kena kurnagkan barang sebab untuk letak barang hany dalam bonet. Hany dengan adra duk belakang kan dengan carseat lagi. Kalau sebelum ni, seat belakang pun guna untuk letak barang barang kan.

Beli mpv?

Hahaha sekarang ni adalah tidak boleh untuk tambah hutang baru weh...guna je apa yang ada ni yer....hehehe

Tak sabar kannn nak balik kampung...korang bile balik kampung?

Komen
2 Komen

2 comments:

hana hadi said...

Waaaa... awalnya balik kampung. Hana 2 hari sebelum raya baru balik. xsabarnya.. hehe

syalinda johari said...

wei syoknyaaaaaaaaaaaaaaa