Friday, October 9, 2015

Amalan yang boleh dilakukan untuk Cepat Mengandung

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rasanya entry sebelum ni pun dah banyak hany tulis antara usaha serta amalan dan ikhtiar untuk mengandung kan. Haa kali ni hany upkan dalam bentuk bergambar. Mungkin yang ni lagi menarik...sebab biasalah orang tak suka baca panjang panjang kan, kalau tengok gambar banyak banyak tak pe...

Hahaha
Patutnya gambar ni last sekali sebab, kena tawakkal pada ALLAH atas semua usaha yang telah kita buat kan. Memang kena tawakal, sebab ALLAH lah yang bagi semuanya.

Yer, semua orang memang nak anak kan. Yang pastinya kita semua memang nak yang terbaek. InsyaALLAH niat kita memang dah betol...

Dalam Islam pun dah kata haram merokok kan. Haa tu kajian saintifik pun ada buktikan merokok sumbangkan ketidaksuburan. Yer ramai je yang merokok tapi isteri subur senang je dapat anak. Alhamdulillah...tapi kalau yg ada masalah tu baik elakkan...

Berurut ju ga perlu. Macam hany pun pergi berurut juga. Tapiii make sure berurut dengan orang betol betol tahu yer. Sebab nak kena cek peranakan kita jugak. Jangan main taram je berurut.

Makanan tambahan or supplement. Hany pun ada ambil asid folik sebelum pregnant. Orang kata untuk persediaan kan. Cubalah ambil asid folik. Atau nak cuba supplement lain juga. Tapi make sure lah betol betol konsisten yer.

Ingat tak entri hany. Kitorang memang amalkan susu kambing ni. Kitorg buat macam yg di suggest dalam rancangan ustaz syarhan, suami genggam 3biji kurma,isteri genggam 3biji kurma. Mohon doa pada ALLAH semoga dengan ikhtiar ni ALLAH murahkan rezeki dapat anak. Lepas tu kurma 6biji tadi masukkan dalam blender, campur 2botol susu kambing, yang fresh yer. Blender. Agak2 hancur kurma, tuang air susu n kurma dalam 2bekas,isteri dan husband minum.

Lepas tu,setiap pagi amalkan minum 1gelas or sebotol susu kambing setiap seorang. Maknanya suami 1,isteri 1. Setiap pagi. InsyaALLAH...


Haaaa, tang diet ni hany tak berjaya buat. Hari ni kemain diet esok hancur habis diet. Hahaha payah benar nak control makan. Tapi yer setuju, kena maintain berat badan pada berat sepatutnya. Sebab berat berlebihan undang pelbagai masalah, paling kita taknak...hormon kacau bilau... susah!

Doa. Bukan doa untuk kita ajer. Doakan orang lain jugak. Hak ni memang hany amalkan. Tak rugi pun kita doakan orang lain. Kalau siapa jadi customer beli qaseh dengan hany, hany selalu pesan doa kan jugak orang lain murah rezeki blablabla...

Kita suami isteri ni pun kena doa. Yes sah sah kita akan berdoa kan. Sungguh sungguh dan jangan pernah putus asa...

Ha minta juga mak ayah,mak mertua ayah mertua. Doa orang tua ni insyaALLAH... dimakbulkan. setiap kali balik kampung ke, call ke. Mintak la orang tua doakan kita. Kitorang pun macam tu, sebelah mertua ada nenek lagi, mintak juga dia doakan...

Haaa,
Hany bermasalah dengan kitaran haid. Itu punca kan. Kena usaha jugak lah make sure kitaran haid ni elok. Alhamdulillah kitaran haid hany normal bulan 4 2013, bulan 3 2014 hany pregnant. Hany ikhtiar dengan amalkan Qaseh Gold.

Tekanan...
Hoiiii ini pun punca weh. Bila stress akan ganggu emosi kita,kadang kadang boleh ganggu haid tau. Stress ni, hmmm kita kena pandai handle sendiri. Yer diri sendiri kena handle. Orang lain boleh tolong nasihat, tapi yang laksanakan kita sendiri...

Makanan sunnah. Macam hany, hany ambil qaseh gold. Memang dalam tu dah ada kurma,madu, habbatussauda, zafran, buah tiin, gingko baloba...sebab hany ni payah nak telan satu satu kan. So kalau nak cuba 019-959 7323. Meh dapatkan info dari hany.

Seterusnya....

Haaa,
Yang paling penting juga selain DOA. Amalkan bersedekah. Bukan dalam bentuk wang ringgit ke usd ke, tapi dalam apa jua kita boleh bersedekah. Memeberi pada orang. Amalkan, jangan tinggal...sila amalkan bersedekah...

Itulah sikit sebanyak...usaha dan ikhtiar yang boleh kita lalukan...seterusnya berserah pada ALLAH. Kerana DIA tahu apa yang terbaek buat kita...aamiin

**kredit pic to imuslimshop**

    2 comments:

    hana hadi said...

    Mcm Kena ja entri ni ngan hana huhu..yg lain semua sudah kecuali berurut n mum susu.mnum susu tu mcm out of Servis dah..huhu stress xdpt nak elak Kalau dah bekerjaya (cikgu).Tungu cuti panjang baru xstress kot.doakan hana ek..

    Rohani Hashim said...

    @hana hadi
    Hana, xleh minum semua jenis susu ke? Ke susu kambing je? Takpe hana, usaha ikhtiar jangan pernah jemu. InsyaALLAH...sama sama kita doa ye.

    ~TQ Dear~

    Followers