بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Monday, November 23, 2015

Puding Roti Punya Cerita

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebenarnya,
Haha memang tak pernah buat puding roti ni. Selalu makan member buat kan. Dia dah tahu hany suka,kalau dia buat hany ngendeng la kat rumah dia kan. Tapi now teringin nak makan, tak sampai hati nak minta dia buatkan sebab dia skrg mak buyung, kesian lak kan. Makanya buatlah sendiri. Memang sebijik sebijik hany ikut resipi orang share.

Bahan bahan nya,

Gula kastor

Esen vanila

Susu segar, balance boleh buat minum

Whiping cream, naseb tak beli yg dalam botol tu ;)

Susu cair

Tepung kastard

Kismis buat tabur kat atas nanti

Kaedahnya kan, bila tengok resepi dia cakap 1/2 cawan gula kastor. Aaaa sudah, mcm tak tahu je gula kastor ni. Hahaha terus call member hany, gelak kemain dia hany tak kenal gula kastor. Naseb baik ada kawan yang dah terer kan. Kalu tak sampai sudah ko tak tahu kan...

Untuk jirus atas roti, camni hany buat:
1 cawan whipping cream
2 cawan susu segar
3 biji telur
1 sudu esen vanila
1/2 (setengah) cawan gula kastor
Kismis (untuk tabur)

Mula2 hany pukul 3biji telur, kasi kembang. Pukul pukul pukul...lepas tu masukkan whipping cream, susu segar, gula kastor dan esen vanila tu. Kacau la bagi sebati. Gula kastor bagi hancur lah.

Siap adunan ni, hany start susun roti. Tapi sebelum tu sapu butter pada roti tu dulu, sapu depan belakang, then susun dalam loyang. Setel susun terus tuang kuah yang dibuat kat atas ni.

Ha camtulah rupa dah dijirus. Biarkan dalam 10 hingga 20 minit. Bagi dia meresap pada roti. Sambil tu panaskan lah oven tu. Hany guna suhu 160, dan bakar pada 40minit. Nak bakar tu tabur lah kismis kat atas.

Untuk kuah kastard,
1 tin susu cair
1 cawan fresh milk
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula, ikut citasa sendiri lah yer

Panaskan semua ni atas api sederhana, sambil kacau kacau. Sebab taknak bagi pekat kat bawah. Kacau kacau agak agak dah likat sikit. Hany biarkan sejuk, dan masuk peti ais.

Haha hangus pulok, sebab lama sangat kot. Tapi sedap jugak rangup kat atas nya tu. Dalam masih okay.

Ha ini kuahnya. Bila dah masuk peti ais, elok je dia likat. Sejuk sejuk sedappp...

Ini lah rupanya ha...

Alhamdulillah...suami kata not bad walopun 1st trial kan. Haha harus di ingat hany memang tak pernah on kan oven ni. Haha nampak tak tak pernah buat sekut kek ;)

3 comments:

syalinda johari said...

waaaa..nanti buat 2nd time delivery mai putrajaya sikit..hhahaa

Yana Libra said...

rajinnnyee :)

Yana Libra said...

adam dah setahun 4 bulan..kalau google ckp 2 tahun ke bawah tak elok mkn ubat batuk..tp hari tu pergi doktor tu bagi..saya try bg dia madu tapi dia tak nak..huhu..nanti nak try bg air delima pulak kot..

Followers