Sunday, November 1, 2015

Taman Penghayatan Alam, Taman Wetland

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rasanya ramai dah tahu akan taman penghayatan alam di taman wetland, putrajaya kan. Di FB dah viral video ikan yang interaktif tu kan. Maka, daku pun gigih nak bawa Adra pergi, sebab mesti Adra suka kan. Pergi ahad lepas, hmmm tengok kereta yang parking start dari pintu masuk sampai ke dalam. Terus ajak husband balik.

Kebetulan, khamis kelmarin ada check up Adra 1tahun. Lepas check up, makan2 terus pergi Taman Wetland tu. Heaven giler okay, siap dapat parking yang teduh lagi. Parking dia berbumbungkan pokok buluh. Haha kata penghayatan alam kan.

Tak banyak sangat ambil gambar, tapi ada lah jugak kan. Bagus untuk budak budak yang dah reti lah, sebab dia ada pasal burung spesis burung lah, ikan lah, orang duk bercakap, video semua lah.



Haa, ini yang menarik..bila di pijak, macam air di tepuk tepuk tu. Haaa real giler kan. Lepas tu siap ada ikan bergerak gerak. Suka la adra. Ada lagi, bila dipijak pijak keluar rama rama terbang, lepas tu hilang. Haha suka adra, siap nak tangkap lagi rama rama tu.

Semua video tu dia pancarkan di lantai. Jadi Adra kan takboleh jalan lagi. Kitorang gamble lepas je dia, biarkan dia nak merangkak pun. Lagipun memang lengang takder orang, tu yang besh pergi time weekdays kan. Kalau pergi weekend harapannn la nak biar adra merangkak rangkak ni kan.


Haaa nak turun la tu, memang la kan budak besar ni sedap nak explore lah. Mana nak dia ornag pegang.


Tunjuk aper lah tu sayang oiii. Belakang tu video dia paparkan la pasal persekitaran taman wetland. Tak silap la. Haha tak pay attention sangat.


Adra kat sini duk pandang je burung yang tepi tepiglobe tu. Selalu tengok burubg terbang nun jauh di angkasa kan. Ha now depan mata...tapi mesti dia heran apsal tak bergerak gerak ni. Kejung semacam je.


Cantik cantik gambar yang menghiasi dinding dalam tempat ni.

So far besh jugak lah. Tapi untuk budak baya adra ni, dekat bahagian yang interaktif je lah dia suka. Sebab gerak gerak kan. Kalau budak dah sekolah lagi bagus datang sini, banyak input nya.

2 comments:

Liyana Anuar said...

wah..menarik..tp kena datang weekdays la ye..huhu

aziazib said...

teringin jugak nak pergi ni. tp macam hany kata kena cari weekdays la. xsanggup azi kalau tmpt yang padat2 nak angkut bala tentera.. hihi

~TQ Dear~

Followers