بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Friday, December 04, 2015

Baju Yang Mengecut

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Korang pernah tak, baju baru pakai sekali, tapi bila dah basuh dia punya mengecut berkali kali ganda, sampai tak muat terus nak pakai? Haha ni tak kira lagi makin gemuk, sah sah tak muat kan. Ini cerita pasal baju mengecut ni, bukan pasal gemuk yer.

Hany ada 1pasang baju kurung ni, maybe sebab kain jenis mengecut kot. Yang ala ala viscos ke apa nama dia. Baju ni kaler memang tak pernah hany ada, so raya tahun tu beli lah kaler biru, husband pun beli tshirt biru. Kebetulan suruh adik ipar jahit. Jadinya, ngam ngam balik raya boleh terus pakai. Biasa nya hany buat baju pahang, yang kembang kat bawah. Ntah kali ni buat baju kurung biasa jer.

Sebab kemalasan,maka hany tak basuh baju tu, raya ke berapa ntah, terus pakai je. Ni kisah raya 3thn lepas tak silap. Besh selesa je, sebab kain cotton viscos kan lembut. Memang happy lah kan, dah la tak pernah ada kaler camtu. Blablabla...bila lepas basuh je, nangissss dia mengecut sampai hany xmuat weh. Muat tu muat tapi sendat, macam balut nangka. Agak agak lepas ke husband nak bagi pakai? Memang tak lah weh. Iron banyak kali dengan harapan memberi balik dan muat. Sudahnya sama jer. Maka hany hanger kan simpan dalam lemari.

Taraaaaa... ini lah baju nya yang mengecut berganda ganda itu. Ni semalam punya gambar. Hany cuba sarung, hmmm macam boleh pakai ni. Memang la tak de lah longgar sangat2, tapiii takder lah mcm balut nangka. Okay cuba pakai lah.

Lunch hour memang plan nak makan dengan husband. Kalau dia tegur sendat, maksudnya memang tak lepas lagi lah tu. Tapi semalam so far takde komplen dari dia. Weehuuuu suka suka. Sebab kain baju ni memang lembut dan tak panas. Tu hany suka.

Okay hany, jommm gigih gigih... kena kurangkan lagi berat niii, chaiyok chaiyok!!!

Nak try GreenAard???
019 959 7323
019 959 7323
019 959 7323

2 comments:

Yana Libra said...

ok je tgk tuu :)

Cikna said...

Cotton viscose mmg best pakai coz lembut tp yg xbest bila dia mengecut,huhuu... Kalau letak soflan lagi LA best

Followers