Ini Wilayah Hijau: Cuti


26 December 2015

Cuti

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah,
Selamat sampai di rumah mertua di Kelantan, khamis dalam jam 9 lebih. Bertolak 8pagi, hamek ko 9 lebih batu sampai. Standard lah, cuti bersambung sikit, ore kelate kompom balik kampung.

Yang jadi jem nya adalah selepas trafik lite gua musang, yang mana situ sepatutnya dan memang takkan jem. Tak logik sangat je situ. Tengok waze, ada yg cakap excident, tp 1jam yang lalu. Terus la jalan, secoet secoet, sakit nya hati...sebab tak de apa apa pun. Macam jem tak bersebab. Owh kereta yang excident masih ada di lokasi,tapi semua dah clear. Ni mesti orang slow sebab nak tengok. Haruuu...

Alhamdulillah, adra behave la jugak. Masih terkawal. Walaupun mengamuk jugak la. Agaknya boring lama sangat dalam kete kan. Depan belakang depan belakang. Habis semua benda dah main. Tido bangun tido bangun, tak sampai sampai lagi, tu dia boring kan ;)

Masa ni lena dia tidur. Bangun awal pagi khamis tu. 6.45 dia terjaga tak tidur dah, selalu 10lebih baru bangun. Agaknya tahu orang nak balik kampung, dia pun bangun awal kan. Sudahnya lepas breakfast, kitorang gerak, lena terus adra. Lega sikit,boleh layan mata hahaha ummi pun mengantuk.

Yang ni, stop untuk solat zohor. Kitorang stop di masjid Gua Musang. Dekat rnr penuh sangat. Mandikan adra sekali kat sini. Ni suka lah boleh gerak gerak, lompat lompat, dia pun nak betulkan urat jugak haaa...

Lepas tu, dari kok lanas nak masuk ketereh pun jem, dan memang situ selalu jem. Nasib la ada jalan alternatif, memang xpernah lalu, tapi gamble jugak la. Dah la waze memang tak dapat detect gps, sebab takde intrnet cinnection. Gamble, ada sekali tersalah simpang, uturn balik. Naseb baik la smooth je jalan alternatif tu.

Sampai rumah mertua jam 9lebih. Mertua ada buat tahlil dan maulud, so sempat lah sekejap kan.

Alhamdulillah...
Komen
2 Komen

2 comments:

Yana Libra said...

gigihnye duk dalam kete seharian..huhu..kalau sayalah mmg stress dah,,dgn jem lagi..

Rohani Hashim said...

Yana
Hahaha nk buat cmno kampong nya jauh. Sbb nak balik ganu n kelantan,so kena drive.kalau balik 1 je br balik dgn flight mmg xlarat jugak,sbb kesian anak la.kit ani dh biasa sgt dgn jem ni. 14jam dlm kete pun pernah kalau raya tu...