Ini Wilayah Hijau: Sambungan Cameron Highland


19 December 2015

Sambungan Cameron Highland

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hahahaha jauh bebenor jarak antara entry. Alaa dah lama pergi ni, tu pun biasa biasa jer kan. Cameron Highland semua orang rasanya dah maklum kan. So cite hany ni biasa biasa jer. Saja hapdet penuhkan blog yang tak berupdate ni.

Sebelum pergi ni, mcm risau adra lah. Sebab dia ni kalau sejuk je dia meragam. Selalu kalau pergi mall yang kuat ekon dia, mula lah dia merengek, serba tak kena jer. Almaklom ler kat rumah takdok ekon kan. Tapi fikir fikir takper lah redah je lah kan. Pakaikan baju tebal2.

Kitorang gerak dalam jam 9lebih dari rumah. Hahaha lewat jugak lah kan. Breakfast kat rumah dulu, pergi hari bekerja. Keluar awal awal kan sesak dengan orang nak gi kerja. Kitorang decide lalu Tapah sebab konon nak berhenti dekat lata iskandar tu. Owh bangunkan adra awal, sebab biasa adra ni 10 lebih baru bangun. Hari tu sejuk, maka tak mandikan adra. Nanti lah on da way stop, mandi je lah kan.

Sudahnya stop kat lata iskandar. Betul betul kan urat pergi toilet. Husband cakap air tak sejuk. Maka hany dengan mak mertua masuk tandas, kali harung mandi kan adra. Hahaha melalak adra. Huisshhh sejuk weh ait dia. Ape lah abi adra ni cakap tak sejuk lak. Suka hati dia je. Tapi sebab tak mandi lagi, maka hany pun terus mandikan jugak adra. Melalak la sekejap sayang oi. Lepas tu terus peluk rapat2 panaskan badan dia ;)

Husband takde sebab dia yang amek gambar. Cari orang macam tak de lah pulak nak suruh snap. Alaaa gambar tak banyak sangat ;)

Okay,teruskan perjalanan. Serius, kalau tahu camni jalan tapah tu memang tak lalu tapah la weh. Seriau wehhhh... adik ipar hany yang bongsu siap muntah. Hahaha sian lak.

Okay, sampai cameron petang, dan btengah bulan 11 kan. Hujannn...haruuu jer. Kat sana petang je hujan. Mula mula nak stop dekat ladang teh bharat tu, sekali elok bukak pintu kereta, hujan. Lebattt. Terus cancel lah. Kitorang pergi makan terus, sambil solat. Makan area town dia. Kitorang stay di Desa Anthurium, lebih kurang in between Brinchang & Tanah Rata. Sebelum check in, hany google apa yang dekat. Tengok2 big red strawberry tu tak jauh. Decide pergi situ dulu baru lah check in.

Sebenarnya memang situ lah hany nak pergi sangat, teringin ko nak makan makanan manis manis dengan fresh strawberry. Hahaha berbunga bunga hati. Kikiki beshhhh...

Pusing pusing ambik gambar kejap, tu paksu adra. Kat sini lagi sejuk, sebab hujan kan, lepas tu macam berangin sikit. Alhamdulillah adra sangat okay. Naseb la baju sejuk dia tu muat lagi. Hahaha jimat umi sebab memang xplan nak beli pun. Ni pun jiran belakang rumah hadiah kan, from london tau. Cewahhh nak jugak bagitahu ;)

Kan dekat big red strawberry tu ada pokok2 bunga kat atas tu, tapi kena menapak sikit la kan. Ha gambar family lah konon. Adra suka nau sabotaj gambar. Payah nak suruh dia tengok kamera.

Lepas tu terus ke Desa Anthurium. Hany mandi mandi, panaskan air masak semua. Ha kitorang memang bawak roti, meggi. Sejuk sejuk weh harus lapor je kan. Memang sejukkk, lantai pun macam pijak ais je. Unit yang hany dapat ni, depan pintu masuk dia lantai tak beralas, kat lain semua beralas. So okay lah.

Mandikan adra, pakaikan baju tido biasa je dulu,sebab dia ni aktif jugak, nanti nak tido salin lain. Makin hala ke malam makin sejuk. Hany pakai kan 2lapis,kat luor baju and seluar memang utk cuaca sejuk. Hahaha beli preloved je baju nya, seluar beli di f.o.s. gambar banyak takde sebab hp hany problem, format terus.

Malam, keluar pergi makan dekat dengan desa anthurium tu. Kedai tu main dia steamboat, tapi kitorang tak order steamboat lah. Order goreng2. Sebab mak n ayah mertua tak ikut kan lama kesian diorang lapar kan. Adra lak tido tak cukup, agak meragam jugak dalam kedai. Setel makan terus balik. Lepak2 lah. Esok nya nak bangun awal nak pergi pasar pagi. Sebab kitornag kena gerak dari cameron kul12, malam esoknya flight family balik ke kelantan. Risau lambat kan rush pulok.

Balik homestay, adra dah elok. Keras mata pulak dia. Merangkak sana sini. Tapak tangan kena lantai pun rileks je takde sejuk. Hah main la adra oiiii. Syok duk main,sekali bau busuk...hahaha nak nak tido lah dia membuang. Kan pakai baju 2lapis kan. Uish sengsara jugak. Camne lah ornag yang memang berada dalam 4musim tu. Time winter anak anak baju lapis2, time nak tukar diaper, bergaduh dengan anak kan.hahaha sabo je lah.

Alhamdulillah, adra tido kemain lena....

Esok nya adra bangun awal, kul7lebih dah terjaga. Makanya terus husband suruh siap siap lah kan,alang2 adra bangun awal. Terus semua siap2, kitorang breakfast denga roti dulu. Hany dah plan,pergi pasar pagi, then terus gerak balik ikut simpang pulai. Sebab pasarpagi tu dah dekat exit simpang pulai. Yesss kitorang tak jalan jalan sangat, sebab cuaca pun 1, dan kitorang stay 2hr1mlm, singkat. Tapi takper lah...next time plan betol betol.

Sebab tu decide pergi pasar pagi, sana smeua benda ada kan. So beli di satu tempat je. Teh, strawberi, sayur2 buah2, madu pun beli, keychain ke apa ke,semua ada kan.

Haaa husband tengah carry adra. Kat sini tepi jalan, and tepi tu mc gaung haha ye ke gaung, angin kuat jugak. Beshhh suka lah. Yess hany suka cuaca sejuk. Adra sukalah masuk carrier kan sebab boleh rasa hangat badan kita. Masa ni husband carry adra,jarang sangat dia nak carry adra sebab adra dah ganas, xbehave dah dalam carrier ni.

Kalau pergi cameron, hmmm memang suggested and bagus bawak carrier. Sebab kalau stroller agak leceh. Keaadan muka bumi 1hal. Ni tak kira crowd lagi. Kitrang datang hari bekerja memang lah syiok, tak crowded sangat.

See, lengang je kan. Ha buah buah melambak. Strawberi takyah cakap la kan. Yang kering kering pun banyak.

Ha mana nak beli utk bagi sedara mara ke kawan kawan, banyak pilihan. Tapi kalau macam baju tu mahal owh kat sini. Tapi mak mertu beli jugak untuk adra. Baju gambau strawberi lah kan.

Gambar di pasar pagi. Haaa adra memang suggest carrier sebab senang nak bergerak. Eh ni bagi hany lah, apapun ikut keselesaan masing masing kan. Parking kete tepi twpi tu je. Hishhh kalau weekend ni, taktahu lah, mau nya bersusun susun kete. Scary owh sebab twpi tu mc gaung. Nak pandang pun takot.

Kul11 lebih, kitorang pun gerak turun lah. Next time kalau nak datang, jangan datang musim hujan ngeee sian tak dapat jalan jalan sangat....
Komen
2 Komen

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Adra kena biasakan tempat sejuk. Mana tau nanti Mama dgn Ayah ajak gi negara omputeh plak.

Sian Auntie Mirror ni Adra.. blom pernah jejak pun CH tu.

Rohani Hashim said...

@MM
hahaha tu lah kan, teringin nak p jepun tau.