Thursday, May 24, 2012

STRESS! Tekanan perasaan…

Assalamualaikum,

YESSSSS! hany dalam keadaan stressssss sekarang. dan lagik stresssss bila memang tak leh nak luahkan kat sini. quite P&C la sikit. kang lagi diluah jadi lain macam, effect kat orang lain pulak.

Lepas tu, suami pun terjangkit STRESSSS agaknya, sebab masalah hany ni memang effect suami, dan effect family hany jugak. semalam pergi lah klinik, nak check MZ. ahaha hany tak pergi check pulak ;). alkisahnya check MZ sebab dua hari dah mz berdarah hidung, sekali berdarah banyak lak keluar darahnya, mahu tak riso kan…

Alhamdulillah MZ sekarang dah semakin ok…

392567_436639279681927_335925123086677_1643464_935358790_n

**sharing is caring**

Monday, May 21, 2012

Tersentuh hati mak nak…

Assalamualaikum,

Petang tadi hany pergi la kedai baju satu tuh, hany hantar abaya untuk jahitkan bg pendek sikit, maklom ler hany ni katik. Siti yang jaga kedai tuh, ada sorang anak…dalam 1tahun 5bulan macam tu la. hany memang selalu la pergi kedai siti nih.

anak dia ni nama edrina. budak nya baik sangat, comeyyy, tapiii susah sangat nak senyum. maybe sebab hany ni asing bagi dia kot so susah nak senyum. beriya la agah dia, ngendeng2 dengan dia…ahaha akdenya dia nak senyum…dia akan pandangggg je. itula reaksi dia.

Petang tadi dia baru bangun tido, lagikla kan taknak melayan. dah lama sikit, dia start senyum senyum simpul. aaaaa sukanya…terus la main main dengan edrina, ngendeng2, cium2 pipi…lepas tu tunjukkan gambar gambar dia. hany suka amek gambar dia tengah konpius and buat buat tak layan…

dah lama sikit, hany pun nak balik, saja la ajak ajak ayam. sebab dah tahu dia takkan nak ikut la. tengok pun kekadang lari, inikan nak ikut. tapi petang tadi…dia pegang jari hany nak ikut skali. ibu dengan ayah dia terkejut. ahaha selalu susah nak ikut orang, hany pun sarungkan kasut kat kaki dia dan mintak izin ibu dia, bawak jalan jalan depan kedai tu jer. eh siap melambai ibu ayah dia lagi…wahhh ko…selalu tak hingin tengok muka auntie kannnn…

pusing pusing, lepas tu pergi la hantar dia balik. sebenarnya tak puas lagi bawak edrina ni, tapi risau la kan apa kata ibu ayah dia lak kan. sesetengah orang dia tak suka orang lain amek anak dia bawak jalan jalan. so hany mcm realize keadaan tu, terus bawak untuk hantar balik.

ibu dia pun amek, dan hany keluar la dari kedai…sekali edrina menangis menjerit jerit nak ikut. aaahhhhh luluh hati mak nak! adeihhhh…kentalkan hati terus blah masuk kereta…masa reverse kereta sempat lagi turunkan cermin, tengok edrina lagi. dia pndang sambil nangis nangia lagik…owhhhh…

**nak anak….nak anak…nak anak…**

Wednesday, May 16, 2012

Makin bertambah...


Assalamualaikum,

Yeahhh...16.may kini menjelma, maka bertambah la setahun lagi umur. umur bertambah tapi ahli keluarga tak bertambah tambah lagi...

Dah 29tahun dah,
Kalau nak senaraikan memang banyak la apa yang dah dicapai dalam hidup ni kan. Alhamdulillah...Rezeki yang ALLAH bagi.

Tapiiii...
Itulah rezeki yang satu itu masih belum lagi dikurniakan oleh NYA. Semoga ALLAH makbulkan doa kami berdua dan mengurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah.Aamiin...

**semoga makin bertambah jugak koleksi barang barang hijau;)**


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, May 14, 2012

Birth Date

Assalamualaikum,

Bulan MEI, bulan kelahiran MZ dan Hany. juga bulan kitorang bertunang;) Ingat lagi, arwah ayah hany selalu cakap, bukan HARI JADI la, HARI LAHIR. sebab HARI JADI, mana kita nak tahu, bila terjadinya kita kan. itu hanya ALLAH yang tahu. tapi HARI LAHIR, sah sah la kita tahu, sebab HARI LAHIR lah kita dilahirkan oleh ibu dan melihat donia ini.

so mari kita gunakan HARI LAHIR yer.

SELAMAT HARI LAHIR buat MZ, iaitu pada 13.MEI.2012. yang ker…hehehe tak de lah muda lagi dan tak lah tua sangat….terlewat sehari buat entri, tapiii takper…hany menjadi orang pertama yang wish buat suami. hal itu biarkan rahsia…hehehe kat FB pun hany tak wish. ntah…takper la kot, biarlah orang lain yang wish janji hany dah wish dan kitorang sendiri tahu kan…

hany lak, hari lahir adalah 16.mei nanti…maka celebration di postpone…selepas hari lahir hany nanti…alaaa tak de celebrate sangat lah. makan makan saja….

daaaa…;)

Friday, May 11, 2012

Baby Snake pulak…haishhh

Assalamualaikum,

Maaf lah yer, kali ni kes baby snake pulok. kalau mimpi di kejar snake, orang kata akan dipinang orang kan. tapi kok udah kawin ;)

Selepas peristiwa cik snake dalam tong sampah, MZ jumpa plak baby snake, rasa nya beza dalam2/3 hari kot. baby snake tu kat bahagian belakang rumah. tapiiii memang sangat baby lah sebab kecikkkk sangat MZ cakap. tapi dalam kecik kecik pun dah pandai kembangkan kepala tau. marah la kot sebab MZ teralih ape benda ntah.

dah tu memang keturunan dia jenis kembang kepala kan kalau terasa terancam. nauzubillah, mintak jauh la dari benda benda yang tak elok ni. ameen.

perasaan tak tenteram sangat lepas dapat cerita mz nampak baby snake pulak. dahla malam nya tu mz kerja malam. seriau jugak la tidur. terbayang bayang plak macam dalam cerita naconda tuh, yang kat bahagian sarang tuh. uiishhhh seriau weh…

Ya ALLAH, Lindungi hambaMU ini dari kejadian tak diingini…ameen…

Thursday, May 10, 2012

Cik snake


Assalamualaikum,




ha,kisahnya,tu kenderaan JPA dari putrajaya. Adala 1pagi ahad minggu lepas,ada cik snake menghuni tong sampah rumah kitorang. Ala kan ada tong sampah yg atas nya tu postbox tu. ha dalam tu la.

Pagi,sebelum kul8,mz ada masukkn sampah dalam tong tu.then kitorg keluar la pergi pasar pagi kat stadium shah alam tu. then balik rumah dalam 11.45. Hany pun keluar nak masukkan sampah lagi.waaa banyak kan sampah kitorang;)

Selak pintu tong tu ketat,so masa nak bukak memang akan berbunyik la,hany pun masukkan sampah dan letak atas sampah yg mz letak tadi.plastik kaler biru. Skali nampak ada something kaler hitam.hany pun perati la betul betul.U**R!!!!! Pang,terus tutup pintu dan selak sekali. Terus berlari masuk rumah panggil mz.

Lepas bagitahu semua,terus suruh mz call JPA.memang ada phone number JPA Putrajaya,katanya dorang keje 24hours. mz beriya tanya hany betul ke tak sebab takut tersalah kan. Hany cakap la kalau tak percaya pergi lah bukak balik tong tu.of coz la mz taknak kan.kalau dia nak bukak pun kompom hany akan halang la.gila beb,risau weh jadi apa apa kan.

+- 50minit jugak baru sampai. Nasib baik la cik snake tu masih duk diam situ. Brader JPA cakap tu cik snake tedung hitam dan dengan size nya memang merbahaya. Alhamdulillah brader JPA dah selamat tangkap cik snake.

Lepas ni memang kena tabur belerang takpun garam kasar la keliling rumah. Semoga semuanya dilindungi...ameen


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, May 6, 2012

MAAF…MAAF…MAAF…

Assalamualaikum,

MAAF,MAAF,MAAF,MAAF sebab dah lama tak update. hahaha so funny, tak ada siapa heran ko tak hapdet, tapi mereka hairan sebab ko dah lama tak jengah blog mereka. tu yang mereka sedar kot;)

Agak busy, kalau dulu boleh jugak cilok cilok kejap tengok blog, sekarang..blog dah kena blok.hehehe, kalau rasa gila kental nak bukak blog jugak, ko tak payah pergi lunch la hany. sebab masa lunch la blog baru di bukak.ahaha tak ada nya hany rajin benau nak tunggu dan tka pergi lunch kan.

Bila balik rumah,serius tak ada masa jugak, ntah macam penat jer dan sedikit kemalasan laaa…ahaha alasan ;)

Hari ni, dengan sakit kepala, sakit belakang. ntah la macam macam la. takper sakit itu penghapus dosa;).

Wednesday, May 2, 2012

Bersih sungguh Semi Final semalam

Assalamualaikum,

Soriiiiii, Blog Hijau ni tak nak bersembang pasal BERSIH 3.0, tapi adalah BERSIH nya perlawanan Semi Final ke2 semalam. ANtara KEDAH dan KELANTAN yang berlangsung di KEDAH, dan Terengganu vs Sime Darby yang berlangsung di Selayang.

Dan, hany kalah dengan MZ, dengan TV hanya satu, maka perlawanan Kelate Kedah yang kitorang tonton. Nasib tak tengok game ganu, kalau tak mesti emo giler. tengok membe member hapdet kat FB semua hanginnn jer.

398787_346150918772252_183368611717151_847082_917496203_n Gomo Kelate Gomo

So far, dari apa yang hany tengok semalam, Kedah Kelate nih dah macam game Final dah. separuh masa pertama memang Kedah banyak menyerang, agresif filer. Kelate lak macam takde haluan, sakit hati tengok passing bola pun asyik kena rampas dengan kedah jer. stresssss tengok game kelate masa 1st half. kedah score 2gol masa 1st half. Bila sambung 2nd half, kelate barulah temu rentak, memang agresif la. dapat jugak score 2gol. yang sumbat gol kelate abe ghaddar dan obinna. eh abe ghaddar pulok doh ;)

Tapi, seriusly puji la game semalam, dengan penyokong pun boleh dipuji. dua dua team penuh penyokong.

405138_282447665174557_119015971517728_636129_1763758260_n gambar dari FB KELAB PENYOKONG KEDAH

540658_346134985440512_183368611717151_847051_441907284_ngambar dari FB KELAB PENYOKONG KELATE

ha, kan aman tuh. nama pun main di darul aman kan. so far hany rasa penyokong kelate dah tak de dah jenis duk baling baling, gaduh gaduh ni. yang penting jangan start provokasi antara satu sama lain. kalau dah start bukan penyokong kelate jer kot yang ganas, penyokong lain pun ada sejarah bertindak ganas nih.

35502_346195052101172_183368611717151_847176_1361744356_n tu dia no 22, abe ghaddar ;)

Kelate akan berjumpa Sime Darby di Final nanti. for sure, the red warrior akan memenuhi stadium. Sime darby mungkin ada penyokong dia, tapi rasanya tak seramai red warrior kannnn. hopefully final adalah di Bukit Jalil. hehe abe MZ kite dah janji nak pergi….;)

owh ada 1cerita, hari tu pergi la kedai akak ni, dia org Kedah. hany tempah tudung kat dia, dah beberapa kali pergi, sekali hari tu hany stay lama dan sembang kat kedai dia. tiba tiba dia tanya:

akak : Hany, hany ni orang KEDAH ker?
hany : eh kakjue, saya orang GANU laaa
akak : ye ker?isshhh awk cakap ada loghat KEDAH laaa
hany : ha? loghat KEDAH? ishhh kakjue ni mana ada
akak : betul, sebab tu akak tanya tu, macam org KEDAH je hany cakap…

ha ngko, loghat KEDAH gitu ha…tak gheti nak sembang loghat kedah ni, dengaq angpa cakap paham, tapi nak balas tak boleh…tergagap2 ahaha, buruk eh…marah org kedah sat agi;)

Final, KELATE VS SIME DARBY FC

**MZ,sila beli tiket yang berbumbung, Grand Stand. kalau boleh beli tempat VIP tu lagi bagus;) reason: nak selamatkan diri**

~TQ Dear~

Followers