Thursday, August 30, 2012

31 Ogos

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

 

Hari-Kemerdekaan

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka


Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !


Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

 

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55. Sayangilah Negara kita MALAYSIA. semoga MALAYSIA sentiasa di dalam rahmat ALLAH s.w.t aamiin

Tuesday, August 28, 2012

Ada lagi ker orang jual kad raya sekarang?

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Ahaha lepas raya baru menggagau ko nak cari kad raya yer. matikkk la…harapnya ada la lagi yang jual kad raya tuh.

IMG_3777 kad raya

IMG_3778 kad raya lagik

IMG_3779 dan kad raya lagik

Semuanya dari member blogger. wahai sahabat semua…ampun kan daku sebab masih belum reply kad raya darimu semua.sabar yer…

Terima kasih atas kad raya ni semua wahai sahabat ku…

Pecah Kaca,
Pecah Gelas,
Sudah Baca,
Harap Balas.

Renew IC & Passport

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

16Ogos baru ni, passport dah expired, ingat malas la nk renew kan sebabnya…hurmm setakaat sekarang tak ada la perancangan nak melencong ke luar negara tuh kan.kalau ada pun ke Kelate & Ganu jer lah;) ngam ngam passport matik 16ogos, skali kena lak ke luar negara, maka kena lah renew;)

Hany renew secara Online kat sini –> RENEW ONLINE PASSPORT <—ini hany untuk renew sahaja. kalau nak buat baru, silalah walk in yer. Korang kena ada softcopy gambar lah kan. nanti nak hapload ke sistem. then isi isi isi…owh yer, buat masa sekarang ni, untuk bayaran renew secara online, hanya menggunakan credit card sahaja. yang lain tak ada lagi. make sure print resit pembayaran.BUKTI ok!

Hany renew pagi, tingtongtingtong, check tengahari, dia kata dah boleh ambil.so lunch hour hany pun pergi lah untuk collect passport. gila lah oiiii ramai sungguh manusia. aaaaa tiba tiba tensi. sampai je tengok kat kaunter nombor giliran dah habis, so kena datang esok. pastu fikir, apa kejadahnya nama renew online, kalau ko kena ambil nombor kan. terus hany ke kaunter tanya dan tunjuk resit hany.

Alhamdulillah, akak kaunter terus proceed hany punya…pungpangpungpang, dalam 1jam la jugak menunggu kan. tapi hany rasa ok lagi kot compare dengan pergi walk in. macam lama nak mamposss jer.

IMG_3685 yg senyum tu yg lama punya, kanan yang baru. ahaha selebet je semua. lantaklah. sebab masa pergi ambil gambar tu, naik motor nak pergi bazar ramadhan skali. so sebab pakai helmet, maka kena la pakai yg tak ada awning;)

Yang lama tuh, u.s visa tamat 2017, maka kena la simpan lagi kan. ahaha macam la ko nak g u.s lagik kannn.;)

Cerita renew ic lak…memang besh, sebab semuanya pantas. hany renew semalam, gerak ke JPN Putrajaya tu pagi pagi. kul8 dah sampai.Ambil nombor, tunggu seketika terus dipanggil. bayar, dan terus ke kaunter ambil gambar. ok siap datang ambil esok. sebelum datang check dulu thru web, sms or call. serius tak sampai 20minit dah siap. owh happy nya saya. sebab masuk on time ke opis td.

kul10lebih, hany check thru web, ic dah siap. so petang kitorang pergi ambil. hehe lajuuuu. thumb up la servis macam ni, tak macam passport, lama weh menunggu. sian orang yang datang walk in tu menunggu…

ok, nanti nanti la hapdet nak pergi mana;). alaaa bukan bercuti cutian pun kan.siap tinggalkan MZ lagik.

Monday, August 27, 2012

Ketupat Palas

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaaa, mood raya lagik;). owh ketupat palas ni, haruslah bukan hany yang buat yer. mak hany yang buat. eh tapi bukan buat untuk makan makan kitorang, tapi ni ambil upah orang punya.

Setiap tahun, memang jiran ni akan buat ketupat palas, dan mak hany lah yang tolong ketupatkan ketupat palas itu;).hehe apa eh perkataan yang sesuai, ala bungkus pulut tu dalam daun palas tu, dan bentukkan sehingga jadi ketupat la;) ni kalau time tak raya ni, memang 2,3 ketul masuk dalam mulut,tapi dek kerna raya ni, tengok jer lah yer.

IMG_3694 Daun Palas

IMG_3690 kasi bukak daun itu,dan lurutkan sehingga terbuka, senang nanti yang nak buatkan ketupat itu.

IMG_3692 Pulut untuk ketupat.ha kasi alas daun pisang untuk elakkan dari cepat sejuk dan keras

IMG_3691 Taraaaaa…ahaha sudah siap ketupat nya;)

IMG_3693 eh kasi potong itu sesungut, tapi tinggalkan sikit sebab nanti senang kalau lepas rebus tu nak goreng kan.

Yang hany perasan la, ketupat mak hany buat ni dia segitiga memanjang ke atas, dan selalu hany jumpa sekarang dia memanjang ke tepi kan.masing masing punya stail la kot.hany masih tak pandai lagi nk bentukkan ketupat ni. dahla kena tarik kuat kuat sebab nak kasi betol2 padat kan.

Sodap makan dgn rendang, dengan serunding pon sodap weh;)

Monday, August 20, 2012

Dia masih muat...


Assalamualaikum,
Salam 1syawal buat semua. Amacam raya hari ni?Pastinya meriah sambutan dgn cara masing masing kan. Alhamdulillah,berjaya tempuhi ramadhan kali ni. Dan harapanya semoga pnjang umur utk brjumpa dgn ramadhan tahun hadapan...aamiin.

Tahun ni baju raya xbanyak pun dan semuanya adalah jubah n abaya;) kata nak jadikan abaya sebagai daily wear. InsyaALLAH...

MZ pulak cakap nak pakai baju melayu tahun 2009 punya. Masa majlis sambut menantu dulu.dah baju melayu tu warna hitam memang ngam la dgn jubah hany yg memang ada warna hitam.sonang cite kan.

Tapiii,jeles owh MZ muat lagi tu baju melayu tahun 2009 punya. Hany dah tak muat dah baju kurung yg matching sekali masa tu. ahaha benciiii ok!





Tak ada gambar keluarga pun. Ha kat sini (umah mertua), kitorang pagi pagi makan dulu then pergi solat sunat aidilfitri. Lepas tu terus pergi rumah saudara mara terdekat. Memang tak balik rumah dah.berbeza dgn umah hany,kitorg balik makan dulu kt rumah lepas solat. Then baru pergi rumah saudara mara. Ni pun bergambar rumah makcik MZ.taram je lah mana yg sempat;)

Memang kekenyangan sangat la. Sebab semua rumah buat makanan berat berat kan.hany xmakan pun pagi,rumah pertama makan sate,rumah kedua,nasi arab,tapi hany xmkn,ambil pudingje.rumah ke3,nasi dagang,xmakan jugak,rumah ke4 mee kari,xmkn jugak,rumah ke5,nasi apa tah dgn ayam kmpong,pun xmakan jugak,rumah ke6 mee kari,ygni hany makan dan rumah ke7 ada rendang. Haruslah hany makan.

Owh ya,lagi satu kan hany prasan kelantan ni,area mertua hany ni,susah nak jumpa rendang.sebab dorang buat ketupat palas tu dah manis,so memang makan ketupat semata mata la.dan nasi himpit dorang mkn dgn kuah kacang jer. Makanya,rendang agak susah nak dijumpai.seb baek semlm jumpa rendang.makanla sbb nanti balik ganu dh raya ke3,maybe xde org buat rendang dah.

So,2thn sekali la time raya baru merasa rendang.giliran kmpong hany bleh la merasa rendang. Giliran MZ tgk nasib. Ada yg buat rendang rezeki la;)

Lain tempat lain cara,budaya dan adat kan. So kenalah sesuai kan diri dimana kita berada. Tak rugi pun merasa dan mencuba benda benda baru...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, August 18, 2012

Keseorangan di hari raya


Assalamualaikum,
Hari sabtu,hari ke29 berpuasa,InsyaALLAH esok kita semua akan menyambut Aidilfitri... Masing masin mesti tengah sibuk kan dengan urusan dan persiapan sebelum aidilfitri kan.

Hany tahun ni beraya di rumah mertua dulu. Giliran di kelate.tapi hany balik hari khamis ke ganu,untun berbuka puasa 2hari dengan mak hany kat kampong.pagi sabtu bergerak ke kelate.

Dalam hati sayu terasa.mak hany beraya sorang sorang untuk kali pertama ni.sebelumni kalau pun hany raya di kelate,arwah ayah ada dgn mak.atleast tak la keseorangan kan. Hany tanya mak,mak hanya beli ketupat palas je untuk juadah di pagi raya. Sebabnya tak ada irang kan,so taknak membazir nanti tak habis.

Tapi,on da way ke kelate,abg hany call.dia kata nak sampai kampong dah. Tapi hany tak tanya la dia nak beraya dgn mak ke tak.sebab jarang dia balik. Selalu ke rumah isteri dia je kan.

Lepas se jam hany call mak. Tanya la abg dh sampai ke. Mak cakap abg nk beraya dgn mak. Ya ALLAH,syukur sangat kurang kurang mak tak la rasa keseorangan di pagi raya kan. Memang la umah makcik dekat sgt and anak cucu makcik hany ramai. Akan terasa la meriahnya,tapi still akan rasa sepi sebab rumah sendiri tak ada org kan. Ni dah lega la sebab abg hany sekeluarga ada.even dia nak tido kt hotel pn xkesah la,janji pagi raya dia sekeluarga ada beraya di rumah hany.

Ha,kelam kabut gak la. Sebab mak tak prepare apa apa pun nk masak utk esok. Sekadar ketupat palas untuk mak makan sendiri. Last last decide nak buat nasi minyak. Ahaha berjemm la pergi beli lauk pauk bagai kan.

Alhamdulillah...

Owh ya,
Di kesempatan ini,hany dan suami ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, ampun dan maaf kami pohon di atas segala salah tutur bicara kami.

Selamat hari raya,berhati hati walau dimana berada.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 15, 2012

Giliran Beraya


Assalamualaikum,
Ha bila tiba masa beraya ni, yang dah berumahtangga tu mesti akan mengalami penggiliran beraya antara rumah suami dan isteri. Untung la orang yang kahwin 1kampung.;)

Hany tahun ni beraya di rumah mertua sehingga raya ke3,dan petang raya ke3,bertolak balik ke Terengganu,beraya di rumah hany. Tahun ni merupakan tahun pertama beraya tanpa ayah hany.taktahu lah macam mana perasaan ni.aperpun kena redho dan hadapi dengan tabah;)

Owh ya,baru ni ada la dengar radio,sorang pemanggil ni konfius taktahu nak beraya di mana. Dia ni lelaki,mak dia ajak beraya di rumah nenek dia,tapi BAKAL ISTERI dia ajak beraya sekali kat rumah mereka. Hany dengar macam...eh ko ni apahal. Ikutlah mak ko. Dia tu baru bakal isteri kok. Ko dah nak hampakan mak ko nak ikut dia beraya sekali. Eiii rasa nak lempang laju laju.

Yang si DJ ni perempuan. Terus dia cakap, awak ikutlah mak awak beraya kat rumah nenek sama sama. Lepas tu barulah beraya rumah bakal isteri. Jangan hampakan mak awak yer. Ha macam tu lah kan.adeihhhh macam2 lah hai.

Ni baru bakal isteri,kan dah jadi isteri asyik beraya rumah dia je. Ahaha emo lak ok. Rasa nak call je nak cakap kes lelaki ni. Tapi malas la. Xpasal2 bazirkn bil untuk org mcm ni. Ntah apa apa laaaa...

Aperpun,suami isteri kena bincang,kena tolak ansur kan dalam hal macam ni. Memang la semua orang nak berada dengan family sendiri masa raya,tapi once dah berkahwin ni,pasangan kita tu adalah keluarga kita jugak kan. So apa apa hal saling faham memahami. Saling bertolak ansur...





- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 10, 2012

Ku melihat keindahan ciptaan NYA

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Semalam kat surau, uissshhh terpandangla 2orang wanita ni. serius memang cantik, lawa, comey sangat. kalau hany yang perempuan ni tengok dah cakap cantik, lelaki yang tengok tak tahu lah kan. eh tapi cantik itu subjektif kan. tak sama bagi setiap orang kan.

Mula mula hany ternampak yang sorang ni dari belakang tengah lipat telekung. fuhhh body memang cantik, sebab dia pakai jubah kain cotton, maka sah sah la dapat tengok body dia kan. memang cantik, slimmm…pastu tertunggu tunggu, bila lah dia ni nak berpaling nih. sekali dia berpaling, muka pun cun, putih…Lepas tu dia bangun nak beralih ke belakang…owh man, kain jubah dia terlekat kat celah bontot lak, sebab kain cotton kan…huhuhu…

Lepas tu, sebelah hany sorang lagi anak gadis, masih lengkap bertelekung, wajah dia cantik, ntahla, sejuk je hany tengok.putih…duduk sebelah mak dia. mata bulat…body dia taknampak la sebab masih bertelekong lagi…lepas tu hany pandang depan balik…sambil tunggu tahlil habis. tiba tiba rasa nak pandang lagi si gadis ini. ahaha teruja sangat kot dengan kecantikkan si gadis ni. hany pun selamber la pandang, dia baru siap memakai niqab. dan hanya menampakkan 2biji mata dia. masyaALLAH…bagusnya gadis ini. bilalah hany nak jadi macam ni…

Dan siap semua…hany bersalam salaman dengan kedua dua gadis ni, dua dua manis jer senyum dan sangat ramah…

Ya ALLAH indah sungguh ciptaan MU…

Thursday, August 9, 2012

Sotong Bakar yeahhhh!

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Kalau pergi bazar ramadhan kan, memang akan selalu nampak la ayam bakar, ikan bakar, pari bakar, kat mana mana la memang bakar bakar ni ada kan. Macam dah boring je ayam bakar, ayam bakar, ayam bakar. kalau dulu hany punyalah beriya mencari ayam percik versi kelate. percik dia kaler putih. owhhh susah wooo nak cari. tapi bulan ramadhan ni…berlambak kat bazar tu tinggal sedap dgn tak sedap jer.

Minggu lepas, hany teringin la nak makan sotong bakar ko. ahaha mencari la kan kat bazar ramadhan putrajaya, mini bazar kat taman ni ha, lepas tu bazar area taman equine. harusla TAK ADA, semua pun ayam bakar, ayam percik, ikan bakar, ikan percik, pari bakar. ada la bagitahu MZ nak sotong bakar, tanya jugak marlia katmana ada kan. tpai bila dikir balik, macam mustahil je nak jumpa, maka di bairkan berlalu saja keteringinan itu.

Hari ni, kitorang ke bazar Taman Puncak Jalil 2, ada la ternampak TUPAT SUTONG. RM4 seekor. fikir fikir…jalan dulu lah, kalau teringin gak nanti patah balik. lepastu jalan la lagi…nampak la ramai orang duk menunggu depan 1gerai ni, nampak berasap. hurmm mesti ikan bakar ni. kitorang lalu,ingat nak lalu jer, sekali pandang, tengokkkk tempat bakar mcm bakar daging burger tu…penuh dengan SOTONG!!!!. terus hany pandang MZ, nakkkkk. kitorang stop and masuk Q terus. ahaahahaha, tanpa fikir panjang ok.

IMG_3664 tu dia penuh dengan sotong…

kasi zoommm sikit;)

IMG_3665 dia ada size S, M, XL.

Bila tanya, yang besar RM19,RM20 seekor, yang kecik pulak RM7 seekor. maka kami decide ambil yang kecik 2ekor. RM17. okaylah kan, nak melepas keteringinan ini.

IMG_3666 ha tu dia 2ekor sotong. puas hatiiii.

Yang beshnya, kedua dua ekor sotong tu ada telur dalamnya. lagi la puas hati tau. so semalam berbuka dengan sotong bakar + bihun sahaja. sedapppp sangat. ahah kalau dah teringin  tu kan, dapat jer, harus la terasa keseronokkannya;)

~TQ Dear~

Followers