Ini Wilayah Hijau: Giliran Beraya


15 August 2012

Giliran Beraya


Assalamualaikum,
Ha bila tiba masa beraya ni, yang dah berumahtangga tu mesti akan mengalami penggiliran beraya antara rumah suami dan isteri. Untung la orang yang kahwin 1kampung.;)

Hany tahun ni beraya di rumah mertua sehingga raya ke3,dan petang raya ke3,bertolak balik ke Terengganu,beraya di rumah hany. Tahun ni merupakan tahun pertama beraya tanpa ayah hany.taktahu lah macam mana perasaan ni.aperpun kena redho dan hadapi dengan tabah;)

Owh ya,baru ni ada la dengar radio,sorang pemanggil ni konfius taktahu nak beraya di mana. Dia ni lelaki,mak dia ajak beraya di rumah nenek dia,tapi BAKAL ISTERI dia ajak beraya sekali kat rumah mereka. Hany dengar macam...eh ko ni apahal. Ikutlah mak ko. Dia tu baru bakal isteri kok. Ko dah nak hampakan mak ko nak ikut dia beraya sekali. Eiii rasa nak lempang laju laju.

Yang si DJ ni perempuan. Terus dia cakap, awak ikutlah mak awak beraya kat rumah nenek sama sama. Lepas tu barulah beraya rumah bakal isteri. Jangan hampakan mak awak yer. Ha macam tu lah kan.adeihhhh macam2 lah hai.

Ni baru bakal isteri,kan dah jadi isteri asyik beraya rumah dia je. Ahaha emo lak ok. Rasa nak call je nak cakap kes lelaki ni. Tapi malas la. Xpasal2 bazirkn bil untuk org mcm ni. Ntah apa apa laaaa...

Aperpun,suami isteri kena bincang,kena tolak ansur kan dalam hal macam ni. Memang la semua orang nak berada dengan family sendiri masa raya,tapi once dah berkahwin ni,pasangan kita tu adalah keluarga kita jugak kan. So apa apa hal saling faham memahami. Saling bertolak ansur...





- Posted using BlogPress from my iPhone
Komen
9 Komen

9 comments:

Chic Na said...

kena gilir2 la kan. baru aci.
tp rasa mcm pelik je kan kalau tak raya ngan family sendiri. takde pengalaman lagi. huhu..

Cik Nur said...

kalau dah kawin biasalah, ada giliran. yg bujang ni, kenalah utamakan family. tapi yg pemanggil tepon tu, nur pun rasa macam nak lempang laju2..hihihihi

Cinta Misteri said...

CiM beraya di rumah agam family sendiri dulu, tengah mlm raya ke-2 baru balik umah in law. kami mmg gilir2 setiap tahun. tahun ni raya di rumah family CiM, raya aji di rumah family en.hubby. tahun dpn tukar plak begitulah seterusnya.....

jgn gaduh2 balik raya. tapi sebenarnya... isteri memang kena ikut suami beraya pertama di umah family dia sbb anak lelaki patut cium tangan mak dia di pagi raya. Redha....

Aine Ainun said...

Kan...x matang lg kot teruna tu...
Belum kawin lg tu...
Kalo da kawen camana la...

syalinda johari said...

aper ker cerdik sangat laki dalam radio tu..geram jugak aku.. nak tergedik2 raya dengan bakal isteri..tu tak nikoh lagi.. hahahahha

fazitaismail said...

hadoii kak hany..ayat last tu mcm terkena kat btng idung ita je tu..hahaha

neway slmat hari raya diucapkan dari kami sekeluarga..balik kg nati hati2 dijalan raya ye..semoga selamat semuanya..

are_lin@yu said...

dah kahwin da 2 family kena lah bergilir kan..hehe

p/s:dear,salam aidilfitri,ampun maaf dipinta ya..hehe

Masha Meisters said...

sistem bergilir tu adalah antara yang terbaik....jgn bergaduh ye mzhany...xsyok la nanti raya kamu...selamat hari raya ya dear :)

Si Matatajam said...

Alahai belum kahwin lagi dah jadi camtu..kalau dah kahwin sian mak dia...