Ini Wilayah Hijau: Ketupat Palas


27 August 2012

Ketupat Palas

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaaa, mood raya lagik;). owh ketupat palas ni, haruslah bukan hany yang buat yer. mak hany yang buat. eh tapi bukan buat untuk makan makan kitorang, tapi ni ambil upah orang punya.

Setiap tahun, memang jiran ni akan buat ketupat palas, dan mak hany lah yang tolong ketupatkan ketupat palas itu;).hehe apa eh perkataan yang sesuai, ala bungkus pulut tu dalam daun palas tu, dan bentukkan sehingga jadi ketupat la;) ni kalau time tak raya ni, memang 2,3 ketul masuk dalam mulut,tapi dek kerna raya ni, tengok jer lah yer.

IMG_3694 Daun Palas

IMG_3690 kasi bukak daun itu,dan lurutkan sehingga terbuka, senang nanti yang nak buatkan ketupat itu.

IMG_3692 Pulut untuk ketupat.ha kasi alas daun pisang untuk elakkan dari cepat sejuk dan keras

IMG_3691 Taraaaaa…ahaha sudah siap ketupat nya;)

IMG_3693 eh kasi potong itu sesungut, tapi tinggalkan sikit sebab nanti senang kalau lepas rebus tu nak goreng kan.

Yang hany perasan la, ketupat mak hany buat ni dia segitiga memanjang ke atas, dan selalu hany jumpa sekarang dia memanjang ke tepi kan.masing masing punya stail la kot.hany masih tak pandai lagi nk bentukkan ketupat ni. dahla kena tarik kuat kuat sebab nak kasi betol2 padat kan.

Sodap makan dgn rendang, dengan serunding pon sodap weh;)

Komen
9 Komen

9 comments:

Si Matatajam said...

Tiap2 tahun M dapat free ja dari mak dan mak mentua M...Alhamdulillah tak payah susah nak buat...

Rohani Hashim said...

Untung la M, ehehe hany igt nk kena belajar buat ni..hehe verangan ok ;)

r.i.t.a said...

Oooo...rebus pastu goreng yer....bru hr tu aku tetanya2 cmner nk wat ketupat palas ni...

Rohani Hashim said...

Rita, slalunya org mkn yg goreng kan.tp memang kena rebus dulu la,lepastu br goreng,tp aku boleh je blasah yg rebus shj hehehe

Cik Aini said...

mmg la kalo mak yg buatkan mesti terbaek kan :)
kalo kita try mcm mn pun mesti x sama dgn yg mak buat..

**selalu mkn yg rebus je,x penah lg mkn yg goreng setelah direbus..sedap ke hany?

Cik Nur said...

uuuhh..ketupat palas ni mmg sedap..! bila mkn bau wangi je..
teringin la pula bila baca entry ni...

Rohani Hashim said...

dia mcm ada rasa kerak2 sikit, ntah hany mmg suka yg goreng. rasa rangup jer;)

Rohani Hashim said...

ciknur,lepas raya ni kotkot ada ketupat kt openhouse kto, bleh la merasa lagi.hehe

Solehah Shamsuddin said...

wah da ketupat. asal g beraya je,msti asyik makan ketupat je