- Subscribe to RSSkeep updated!
Monday, December 23, 2013
Support Usahawan Muslim
Wednesday, December 18, 2013
Masih...
Friday, December 6, 2013
Pulau Duyong versi Banjir
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Bila musim tengkujuh ni, Pulau Duyong sememangnya tidak terkecuali daripada dilanda banjir. tapiiii Alhamdulillah setakat yang diberitakan dalam keadaan terkawal.
Jeti yang digunakan untuk ke Bandar Kuala Terengganu
Klinik Desa
ALihkan kete ke tempat selamat
Budak budak memang seronok time gini
ni antara yang teruk
Selalunya kereta akan dibawa dan parking kat tepi jambatan Sultan Mahmud, atau atas jambatan. ini je lah kawasan tinggi yang terdekat.
Sama sama lah kita bantu mana yang kita mampu untuk mangsa banjir. Tak rugi pun kalau kita bantu. kurang kurang doa lah kita kirim kan. Semoga semuanya selamat.aamiin…
**renung renungkan, musibah yang di beri pasti ada kaitan dengan perbuatan kita di atas muka bumi ALLAH ini**
Friday, November 29, 2013
Mimpi dan RM2
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Semalam mimpi pasal Jubah. Jubah sutera chiffon, cutting A corak hijau dan tanah dia hitam yang berharga RM359. Siap dah cuba bagai. sangat cantik, sangat berkenan. tapiiii rupanya mimpi. dalam mimpi semalam memang tak sempat sampai part beli ke tidokkk. hahaha…
Pergi kerja hari ni, terpaksa singgah stesen minyak sebab dah kuning kuning berkelip. kan tak pasal pasal matik kete. Masuk petronas depan Aeon…Belek purse tengok ada rm20 sekeping, rm1 ntah berapa keping la. Okaylah isi RM20 pun cukupla. pergi balik ofis lepas jer ni.
Elok nak maitkan enjin, datang sorang budak lelaki, sambil angkat jari telunjuk dia, menandakan dia nak 1. Hany macam tergamam, terus geleng kepala, masa ni kete masih lock lagi,tak keluar lagi. Dalam otak terus terfikir eh kan dia ni saja saja je buat buat mintak duit kan.ntah ntah ad aniat lain, zaman sekarang ni macam macam jadiii. giler punya takut padahal ramai kot orang kt stesen minyak masa ni.
Lepas tu budak tu blah, budak tak budak la, tinggi dia tinggi sikit jer dari Amir Rajalawak tu. Masa dia dah blah, terus hany teringat. HAri ni hari Jumaat, ya ALLAH kedekut nya aku, hari ni la elok bersedekah kan. Maybe ALLAH saja nak hantart budak ni, nak uji aku ni kedekut ke tidok. terus rasa bersalah…
Bukak purse, terus ambil rm20, dan ambil rm1 tu. lock kete terus g bayar. pusing nak isi minyak, tengok budak tu ada lagi. hany terus hulurkan rm1 tu 2keping kat dia. maaflah dik, ini je yang ada dalam purse. moga ALLAH maafkan aku sebab kedekut pada awalnya tadi. maafkan aku….
Budak tu ntah, macam slow pun ada macam ntah la xtahu nak explain. tapi kesian la tengok budak tu mintak dengan semua orang yang isi minyak kat situ. kebanyakan nya tak bagi la, sebab ye lah pagi pagi orang rush nak pegi keje kan. dan mungkin ada yang taknak ajar orang mcm tu,sesetengah orang berfikir, kalau diajar nanti akan selalu meminta. tapi tak apa lah rezeki budak tu kan.
Semoga ALLAH selamatkan budak tu…aamiin.
Tuesday, November 12, 2013
NELAYAN di Pulau Duyong…
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Sebelum hany teruskan akan cerita mengenai Pulau Duyong ni, hany nak inform kebanyakan gambar yang di upload di dalam entri hany mengenai Pulau Duyong ni adalah hak milik PULAU DUYONG. Ini adalah FB pages Pulau Duyong yang mana admin nya adalah anak jati Pulau Duyong. Semua gambar ini hany dah minta kebenaran untuk di publish di entry blog hany ini…
Okay, kali ni hany nak bercerita mengenai apa aktiviti yang merupakan punca pendapatan penduduk Pulau Duyong. Alhamdulillah masih ada lagi aktiviti warisan dari zaman dulu yang masih aktif.
1) NELAYAN
Sinonim dengan nama nya Pulau Duyong, maka sudah tentulah ianya di kelilingi air kan. dah nama Pulau. Kebanyakan nya adalah nelayan. tapiiiii itu dahulu, waktu hany kecik lagi. sekarang masih ada lagi yang bekerja sebagai nelayan. Alhamdulillah tak di telan zaman lagi. Malah generasi seumur hany pun ada yang menjadi nelayan. Untuk info, kat kampung kalau orang tanya, kerja apa…akan di jawab KELAUT dan bukan NELAYAN yer. orang bandar je panggil nelayan tu.
Contoh perbualan:
“Mu keje mende awang weh?”- mu kerja apa awang?
“Kite kelauk je mokcik”- dia bgtahu dia nelayan je.
**awang=panggilan mesra utk lelaki (muda selalunya)**
Situasi lain:
“Bile nok tubik ni”- bila nak keluar pergi ke laut, bila nak keluar tangkap ikan.
“Luse kite tubik ah”- Lusa kita pergi lah
Ni mutor kelaut (bot yang digunakan untuk menangkap ikan) yang tengah parking. Selalunya yang besar adalah untuk laut dalam dan pergi pun boleh mencapai seminggu atau lebih baru pulang.Ni parking moden yang disediakan oleh mereka yang bertanggungjawab.
Haaaa…nampak tak kayu terpacak kat dalam air tu. ini pun antara parking motor kelaut. ini yang penduduk asal buat. ikat je tali motor kelaut tu kat kayu kayu tu. setel.
Ini adalah aktiviti ‘menjahit pukat’….selalu jugak terjadi bila lepas tangkap ikan, pukat pukat akan koyak. ye lah mungkin ada ikan yang memberontak sehingga pukat koyak kan. Jadi kenalah jahit pukat tu. tak perlu lah koyak sikit nak tukar baru. kasi jahit jer lah. Ini pun skill yang selalu nya ada pada seorang nelayan.
Macam biasa, mana mana kerja mesti ada risiko nya kan. Macam arwah abang hany nelayan juga. dia pernah kena rompak dengan lanun. Masa tu entah macam mana la boleh termasuk ke laut Indon rasanya. Tak pasal pasal kena rompak. semua kena kebas, bukan setakat hasil tangkapan, minyak motor diorang keringkan supaya tak boleh bergerak, yang paling haru pinggan mangkok untuk makan pun diorang kebas.
Ape korang ingat nelayan ni nak bawak pinggang mangkok corelle ker? arcopal ker? plastik punya jer. Lepas tu terapung la diorang ni kat laut. nak gerak minyak takde. tapi Alhamdulillah tak de yang dijadikan tebusan. diorang tinggal je macam tu. Dan Alhamdulillah ada nelayan Indon jugak yang baik hati bagi minyak. Dapatlah geng geng abang hany ni balik.
Dan ini satu lagi yang terjadi pada nelayan di kampung hany. Motor tenggelam/terbalik.
5 nelayan ni lah yang terlibat. tapi Alhamdulillah semua selamat berenang. ini bukan di Pulau Duyong, tapi mereka anak jati Pulau Duyong.
Gotong royong untuk bot yang tenggelam. haaaa kau tengok tali tu…sikit punya besar kan.
Kalau tak silap tali terkeluar dari bot ni masa tenggelam. ni pun bot dah hanyut ke tepi pantai ni.
Ni pulak bot tenggelam waktu tengah parking. Selalunya kalau musim hujan (ha mcm sekarang dah musim hujan) nelayan mesti kena rajin “buang air” dari bot.
Buang air tu adalah membuang air hujan yang bertakung dalam bot. Biasanya ada saluran yang keluarkan air, tapi kalau hujan lebatttt, dan berhari hari hujan, bahaya weh. ini lah salah satu contoh.
Arwah ayah hany dan arwah abang hany memang nelayan. Arwah ayah memang dari muda lagi nelayan. Mula mula arwah pergi yang jenia balik hari. kiranya sebelum subuh dah keluar dah, dalam kul4pagi mcm tu. dan selalunya pulang menjelang waktu Asar.
Serius seronok sebenarnya anak nelayan ni, sebab semua lauk pauk adalah sangat fresh. dapat ikan, asingkan sikit untuk makan anak beranak then lebih jual la kan. Ketam, sotong memang fresh la. kitorang suka makan ketam rebus je, then ratah macam tu. perghhh terbaek! kalau Sotong akan buat ketupat sotong…wallaweiiii sodap!!!
Sebak weh buat entri nih. Hany yang sikit je merasa ni pun rasa sebak.orang yang betul betul nelayan ni tak tahu la kan. Tapi Alhamdulillah cukup duit untuk sara keluarga. Rezeki dari DIA kan.
okayyy, dah panjang, next entri hany sambung lagi pasal aktiviti penduduk PULAU DUYONG.
Monday, October 28, 2013
Pulau Duyong… episod 1
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Hany dapat komen di blog hijau ni, dari Anonymous. Ha kat atas ni adalah komen dia. Bertanyakan pasal Pulau Duyong. mungkin jugak dia ni pernah menetap di Pulau Duyong dan mahu kan perkembangan terkini. Mungkin juga dia nak mencari saudara mara…Wallahuallam.
To Anonymous yang meninggalkan komen ni…InsyaALLAH saya share kan serba sedikit pasal Pulau Duyong setakat yang saya boleh la yer. Pasal nama nama tu saya tak berani nak share sebab ada yang saya tak ingat…lagipun mungkin tak sama dengan nama panggilan kan…
Ini printscreen dari google map yang hany ambil. awan ada terlindung sikit la. Garisan merah tu adalah Pulau Duyong.
Okay, kat atas ni adalah pembahagian yang hany dah buat. Garisan merah adalah keseluruhan PULAU DUYONG.
A = Pulau Ketam |
B = Duyong Kelab Aya |
C = Duyong Sekolah |
D = Duyong Besar |
E = Duyong Kecil – rumah saya kat sini |
Kawasan dengan outline warna putih tu adalah yang baru, bukan asal dari Pulau Duyong. Tanah di tambah dan dibina chalet kat situ.
Asal Usul nama PULAU DUYONG
Pernah keluar dalam Metro sisipan ie, informasi elektif mengenai Pulau Duyong. Yang pernah hany tahu asal usul nama Pulau Duyong ni adalah berkaitan dengan Ikan Duyong yang datang ke Pulau ini. Lalu penduduk yang melihat akan kehadiran ikan duyong ini terus menamakan Pulau ini sebagai Pulau Duyong. Dikatakan anak ikan duyong mendarat di bahagian pulau yang hujang manakala ibunya pula di satu bahagian lagi. Lalu menamakan DUYONG KECIL pada bahagian yang anak duyong singgah dan DUYONG BESAR pada yang ibu duyong singgah.
Juga ada diceritakan mengenai seorang ulama’ yang pernah tinggal di Duyong Kecil. Di kenali sebagai TOK SYEIKH DUYONG. antara peristiwa yang pernah berlaku adalah pernah berlaku satu kebakaran yang mana telah memusnahkan seluruh rumah penduduk Duyong Kecil tetapi yang tinggal hanyalah MASJID TOK SYEIKH DUYONG. Masjid ini juga tidak tenggalam walaupun berlaku banjir besar di duyong kecil.
Pulau Duyong ni pernah juga dinamapak Pulau Peris sebab dulu bentuk nya adalah seperti buah peria. wallahualam sebab la ni rasanya tak macam buah peria pun.hehe
Okay stop dulu kat sini..kakaka tak sempat sambung la, nanti bersambung di episod lain pulok yer
Saturday, October 5, 2013
F41
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
F41, Pegawai Sistem Maklumat. Hany ada pergi exam, masa puasa lagi examnya. cerita lama punya nih. Exam diadakan di MAEPS, MARDI UPM tu. Kena hari yang hany tak puasa kan. Bangun minum je, tak makan pun, zasss terus pergi exam.
Hany rasa dewan yang sama masa Big Bad Wolf punya tu.ala jualan buku murah murah tu. masuk jer, Ya ALLAH…ramai nya. berapa la kekosongan nih.takper lah, cuba ajer kan. rezeki siapa nak tahu kan. hany duduk tengah jugak la dari kiri kanan tu. sebelah hany adik yang fresh graduate.
Pensel box jaman bila lanih. dah berkulat semua ha. zip pun dah rosak. ini pun nasib la ada isi semua.
Pemadam tu secoet je lagi tinggal. hahaha boleh la, janji ada kan.
Seriusly, memang tak cukup masa untuk menjawab exam tu. nak nak bahagian yang melibatkan pengiraan. masa habis hany ada lagi 15 soalan tak siap. demmit! terus main tanda sesuka hati je…bedal!
Siap tengah hari betol betol. keluar je ya ALLAH, panas sangat. call suami suruh ambil sambil pesan bawak air dan kuih. lantak ler, isteri lapar. Dan sebulan selepas itu, keputusan telah keluar.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Redho jer lah kan, takdok rezeki
Tuesday, September 24, 2013
Nampak Muda dengan……..
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
haaaaaa, teka teka, produk apakah? Yang konon nya buat nampak lagi muda…
up kan @FB
Dapat dah???
haaa betol, Pakailah TUDUNG BAWAL, anda pasti nampak lagi muda kakaka
Monday, September 23, 2013
Upah Simpol popia…
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Maaf yer Anonymous, yang send komen semalam,kam 11.38 pagi.
Saya tak ambil upah simpol popia. duluuuuu yer, masa tengah belajar. itu pun ka tkampong la. saja tolong jiran jiran sebab banyak sangat order. Lagipun selalunya upah simpol ni murah, huiiii nak menyiapkan simpol tu boleh tahan sakit belakang. Bayangkan satu paket tu RM4 je tau, 1paket tu adalah sama dengan 500biji+- laaa. gile tak sakit pinggang kan.
Sekarang ni hany jual je. Jual yang dah siap goreng la. tapi tetap hany simpol la. puas hati dapat buat semua sendiri. Itupun boleh la sikit sikit untong.
Maaf yer, saya tak ambil upah simpol jer.
Monday, September 9, 2013
Nok Test Power Bahase Teganung Anda?
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Haaaaa, mari kite jawab soalan kat bawah ni.kakaka loghat ganu pekat ni. Entri seterusnya baru bagi jawapan
Perkataan “ Dok Pah” merujuk kepada
( )Tak Faham
( )Tak Sedak
( )Tak Larat
( )Tak Lulus
‘Tenong’ adalah sejenis?
( )Kenderaan
( )Sayur
( )Kuih
( )Bekas
“Mu la yang saloh, orang suruh wak takdi die xmboh wak”, Perkataan Mu la yang saloh sesuai digantikan dengan?
( )Pahtu
( )Dok Tahu
( )Dekpong
( )GuaneFrasa
“Woh smete” membawa maksud,
( )Wah jahatnya
( )Buat tak peduli
( )Buah Manggis
( )Wah besarnya
Perkataan “ Sekke” dalam frasa “ Dok sekke” memberi maksud,
( )Sangkakala
( )Seekers
( )Sangka
( )Saka
Ayat mana yang sesuai jika dialih loghat ke Terengganu, “ Penat sungguh kerja hari ni”
( )Penak benor keje lening
( )Letihsang ‘nggoh keje hari ning
( )Letih mbeng ‘nggoh keje hari ning
( )Letih perik kite keje hari ning
Perkataan berikut memberi makna ‘Tipu’ kecuali
( )Mussang
( )Plawok
( )Lebong
( )Nawwok
Apakah maksud ‘Tunggu Stor’
( )Jaga line
( )Tunggu pintu stor
( )Rileks dulu
( )Tunggu kejap
“Pak Itam membaling batu kearah sekumpulan burung itu” Perkataan ‘Baling’ boleh digantikan dengan perkataan berikut kecuali;
( )Stik batu
( )Tago Batu
( )Plekong Batu
( )Tang ngo batu
Maksud perkataan ‘Kerahsang’
( )Kaku & tidak bergerak
( )Terangsang
( )Kejur
( )Keras amat sangat
“Doh wakpe yang Matli netting smacang tu.” Ayat ini menerangkan Pak Itam yang …..
( )Melompat
( )Berlari
( )Membaiki Net
( )Terlalu kurus sangat
“ Duk atah lassor” memperihalkan perilaku yang sedang berada di_______
( )kerusi
( )Dapur
( )Beranda
( )Lantai
Orang yang suka membawa awek mereka kemana-mana akan dipanggil sebagai _____
( )Cedding
( )Ngerrek
( )Dok malu
( )Nette
Apakah beza Merang ,Marang dan Merghang?
( )Haiwan,Tempat,Tempat
( )Tempat,Tempat,Haiwan
( )Tempat ,Haiwan,Tempat
( )Haiwan,tempat,Haiwan
Seseorang yang nak menghisap rokok memerlukan ______ untuk menyalakan api
( )Tenong
( )Mecceh
( )Bocong
( )Brekdih
“ Dok leh lepe” membawa maksud?
( )Tak boleh lepak
( )Tak boleh dinilai
( )Tak boleh diharap
( )Tak leh cakap sebarang
Apakah sambungan bagi frasa Komang?
( )Koman skrudrebar
( )Komang playar
( )Komang stangguk
( )Komang Spanar
“Mung nok kene enjja?” Apakah maksud enjja?
( )Tampar
( )Tumbuk
( )Terajang
( )Marah
Buruk_____7
( )Khekkong
( )Lepppok
( )Kohong
( )Nayyang
Cerlong, membawa maksud?
( )Menegur dengan kasar
( )Memandang dengan pandangan sinis
( )Memandang dengan pandangan garang dan kasar
( )Menghidu dengan enak
“ Woh…jangang wak gittu…settok aku..” ..Apa maksud settok?
( )Terkejut
( )Hilang Sabar
( )Marah
( )Berdebar kuat
Apakah itu Ogak-ogak?
( )Sayuran
( )Buahan
( )Sayur Ulam
( )Serangga/ulat
Perkataan Tubek membawa erti
( )Tak tentu pasal
( )Masuk
( )Lalu Lalang
( )Keluar
Permukaan yang rata
( )Lewo
( )Leweh
( )Smabo
( )Lese
“Jerebok” Pilih ayat yang sesuai utk maksud jerebok…
( )Ali memakai kasut berjenama Jerebok
( )Ali jerebok dengan lembaga
( )Ali jatuh jerebok dari atas pokok
( )Ali berjerebok kedalam sungai
Kata ganda bagi Sakit?
( )Sakit tayya
( )Sakit gelekek
( )Sakit puih
( )Sakit nayyang
Maksud perkataan “Dok Imboh”
( )Tak Untung
( )Tak merasa
( )Tak cukup
( )Tak berbaloi
Rasa-rasa macam nak pitam je aku ni….ayat yang paling Tranung…
( )Rasse nok pitang starang baroh
( )Perasaang nok pitang aku ni
( )Wassaang nok pesang starang baroh aku ni…
Pak Itam tiba-tiba tertidur….’Tertidu’r sesuai digantikan dengan perkataan?
( )Khellak
( )Ngekkeng
( )Khembek
( )Nembbo
Perkataan Glewa’k menerangkan perihal….
( )Seseorang yang sedang membuat lawak
( )Seseorang yang terbatuk-batuk
( )Seseorang yang sedang menggeliat-geliat
( )Seseorang yang termuntah
Ho guane gamok?
Buleh gi ke dok?
Sunday, September 8, 2013
For her & for him…
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Ingat tak entri sebelum ni, pencarian kasut untuk MZ. Punyalah cari mencari kan, sampai sudah tak jumpa lagi. Sabtu baru ni, saja jalan jalan ke JJ, masukla BATA. Selalu BATA ni ada jer kan pilihan nya. walau design macam tak besh, tapi okaylah
Hoi, plastik pun nak upload ke…hehe nak ckp dia dh guna plastik yg degradasi. apa tu? sendiri google la…
Nak cari untuk suami, tapi ada jugak bahagian dia…
yang ada merah je, bedal je la…
ha ni baru suami punya…konon hari tu nak beli dari ZALORA RIVER ISLAND kan, sudahnya kat BATA Jugak…
Coklat, okaylah tu masuk jugak kan, gilir2 la dgn yang hitam tu…
Akhirnya, setel kasut MZ. Harganya okaylah, mampu di beli lagi, tapi mahal sikit la dari yang zalora hari tu.
**ada tengok sandal kaler hijau, haha tapi tak berani nak beli, takot tak pakai jer**
Followers
Jalan Jalan
Popular Posts
-
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ • Assalamualaikum, Kalau bab popia ni, tak kira lah, popia simpul ke, popia gu...
-
Assalamualaikum... Se'eh dan So'oh, bunyi dan eja pun berlainan...tapi membawa maksud yang sama. Maknanya adalah keadaan dimana per...
-
Taknak berkias kias, merapu merapan…ni ha hany nak bertanya, korang tahu tak LAICI DALAM TIN tuh? ha hany nak bertanya, LAICI DA...
-
Ha warna versi Ganu dah buat, maka hari ni, kita pergi ke Kelate pulok yer. ini pun sumbangan MZ lah. hany memang tarak tahu loghat kelat...
-
LEBONG yer kawan kawan! Cara sebut LEBONG: LE – bunyik macam LE dalam perkataan LE BAH BONG – bunyik BONG tu macam perkataang BONG K...