Tuesday, January 20, 2015

Total Weight Loss...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum...


Heeee...lama kan hany tak tempek gambor kat blog hijau ni. Rasanya gambar masa pregnant ada sekali hany tempek. Ni gambar lepas pantang laaa, masa umur Adra 2bulan lebih dah...

Sepanjang mengandung, hany naik 6kg. Ada yang kata sikit. Mungkin sebab hany ada GDM, dan hany memang control makan setelah tahu ada GDM. Start 4bulan dah tahu, maka bermula lah catuan makan. Mungkin sebab tu lah tak banyak sangat naik kan. Wallahualam...

Masa timbang baby umur 1bulan, hany dah hilang berat 13kg. Wooo macam tak caya je. Haha padahal sebab pantang kan memang la kurang. Tapi...hany terkejut sangat sebab hany memang tak pernah berjaya kurnagkan berat tau. Suka kemain la kan...;)

Alhamdulillah...
Berkat mak hany jaga lah ni. Makan masa pantang macam biasa je, nasi berkuahkan sayur air sahaja, ikan panggang. Makan tu tak boleh bertambah. Habis yang dalam pinggang, dah pegi basuh tangan. Itu jer lah...sampingan, biskut dan roti. Set bersalin hany start ambil masa umur Adra nak masuk 2bulan. Hehehe gara gara takot effect kan. QASEH ADINDA memang hany tak tinggal la. Memang sentiasa ambil, sebelum semasa mengandung dan berpantang ni.

Lepas tu, hany sampai sekarang masih utuh lagi, tak minum ais. Harapnya ko kekalkan lah yer. Juga suami punya penangan. Haha hany nak tambah makan pun dia bebel. Maka makan macam masa dalam pantang, dah boleh bertambah. Hehe support suami pun penting kannnn ;)

Erkkkk...
Tapi sekarang macam dah naik je ni hwaaaa... makan tak berapa jaga sangat. Lepas tu asyiklah lapar. Hadeiiii... mak hany kata memangla cepat lapar kalau nyusukan anak. Tak pun memang dasar kuat makan kot. Hmmmm... 

Kena kental la jaga ni sebab nak turun macam ni bukan senang weh...chaiyok chaiyok!!!

3 comments:

syalinda johari said...

Hany..ko memang dah kurus pun wei..
aku ni setelah 2 mggu lebih masuk kerja ni..alhamdulillah baru dapat 60 kg.. dah boleh pakai seluar jean..
ko naik sikit jer berat..aku masa nak bersalin timbang 78 kilo..kikikiki...naik berpuluh kilo..
ni kena kurangkan lagi 5 kilo kasik dapat 55kg...kalo lagi bawah dari 55 lagi syokkk...

dokterFaryn said...

waaaa. bestnyeeeee cute lote dah. hehehe. nak kurusssss jugakkkkk. tapi nak makan sedap jugakkkkk. hahahahhaha

Lady D'yot said...

hehe..mak saya time dalam pantang lagi suruh makan banyak2..katanya takut anak tak cukup susu..tengahari, petang makan berat, means nasi la..sekali makan banyak, tu pon kadang dia suh tambah lagi..belum masuk lagi minum petang, minum pagi..makan roti dan biskut2 tu..sampai ke sudah nak makan banyak je nih..huhu..

~TQ Dear~

Followers