Monday, January 19, 2015

Sampaikan Lupa Rupa Anak Sendiri...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum...

Hehe kejam tak? Lupa rupa anak sendiri? Huiii kejam tu kalau tak ada masalah apa apa kan. Terkecuali lah kalau ada masalah kan...ini yang terjadi pada hany...

Alkisah... Adra ni kena sakit mata masa umur 2minggu. Dannnn sakit mata tu berterusan sehingga sebulan yer. Bukan umur sebulan, tapi tempoh sebulan. Sampaikan hany dah lupa macam mana rupa Adra yang normal. Maksudnya masa tak sakit mata...


Haaaa tengok tu, kemain tebal shitttooo itu. Memang Adra buka mata sebelah je. Sebelah kanan tu dia jadi perit kot, memng tak buka. Walaupun kitorang selalu cuci buang shitto, dia tetap tak nak buka. Maybe sebab dah try buka sakit kan. Selalunya kalau bangun tido la tebal macam ni. Hehe sebab tido malam kan lama sikit.


Sedih kan tengok gambar kat atas ni. Ni pun dah hujung hujung nak baik ni. Disebabkan lama sangat sakit mata sampai hany boleh lupa rupa Adra sebelum sakit mata. Hahaha kejam betol laaa...

Seminggu dia sakit mata tu, hany menangis jugak la. Sedih weh, dengan mata sepet, tak boleh buka nya. Mak hany marah la, dalam pantang jangan menangis nanti meroyan ke apa ke kan. Habis dah sedih sangat takleh control dah. Haha emo ok emo. 

Mungkin kot kerana sakit mata ni, sampai sekarang mata sepet sebelah. Sebelah kanan mata Adra lagi kecik dari sebelah kiri. Bila dia buka mata pun memang kecik sebelah. Lepas tu kalau tido, sebelah kanan dah rapat dah tapi sebelah kiri tak rapat lagi. Tak sure lah kesan dari sakit mata ke apa.

Masa sakit mata, kitorang sapu air susu atas kelopak dan bawah. Titis jugak dalam mata. Tapi tetap lambat sembuh. Lepas tu, make sure kena bersihkan selalu itu shitto. Biar dia takde. Memang masa ni cutton bud banyak la guna. Beli yang kecik utk budak tu. Alhamdulillah...akhirnya mata Adra sembuh setelah sebulan... Allahuakbar!


5 comments:

mama eija said...

ksian adra... kecik2 da sakit mata... get well soon adra -,-

Lady D'yot said...

ala cian nye..nasib baik sakit mata tak demam..hanan dulu kena sakit mata gak, tapi dah habis pantang..demam dulu baru sakit mata..pastu kerap bagi susu ibu dan ubat yg doc bagi..pas dua hari alhamdulillah sihat..kitaorang yang berjangkit lak.

Rohani Hashim said...

@mizeija
Alhamdulilah.dah sihat...

@nadia
Tu lah akk risau giler sbb lama sgt kan. Tp alhamdulillah lega sebab xde pakej demam tu. Huiii hati memang tak tenang laaa...

nabihah said...

Tajuk dah panas hihi. Kena kuat ye baby girl. Nanti mama awak risau. Insyaallah semuanya akan cepat sembuh

syalinda johari said...

kijammm jalau lupa muka anak..wakakaka..
aku dulu masa iris...serius aku rasa lagi banyak dari Adra..
kerja aku tetiap masa dok cuci taik mata tu..wakakaka....sampai budak tu nak tdo pun takleh..
bubuh air susu ibu pun lambat lega..
akhirnya lega sendiri ja..

Adra, bila nak jumpa Zara lagi neh?
tengok Adra makin bam2 bagai dipam2..
muahhhhhhh...

~TQ Dear~

Followers